salam..
Buat sahabat di kelas PPISMP 2.01,
Pada 31 mac sehingga 10 april akan diadakan pesta buku di syabab, PKNS,Bangi.
Kepada sesiapa yang berkemampuan daripada segi kewangan, bolehlah 'membeli belah' buku yang bermanfaat di sana kerana harga buku tersebut mungkin agak murah sedikit berbanding harga asalnya.
Syabab juga tidaklah jauh dari IPG ini, cuma hanya dalam 2 km sahaja dari sini.
Jadikanlah buku itu sebagai 'teman rapat' untuk kita sama-sama mencari keredoannya.
Budayakan diri membaca agar kita mendapat ilmu yang bermanfaat.
semoga ALLAH menjadikan diri kita seorang yang suka pada ilmu.
Al-Nuhas berkata:
" Siapa yang infak bukan untuk taat kepada Allah dianggap membazir dan siapa yang tidak infak untuk taat kepada Allah dianggap bakhil sedangkan siapa yang infak untuk taat kepada Allah maka itulah yang terbaik"
Jom serbu syabab. Elaun dah keluar, jadi mari kita infakkan sedikit harta kita untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah..


pakat ramai2 g sana...
BalasPadamayuh!!!!!!!sama2 kita memeriahkannya!!!!!!!
BalasPadam