Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Rabu, 6 April 2011

'Setiap kesusahan akan ada kesenangan'

Salam, apa kabar sahabat sekalian? bagaimana dengan iman? semakin menaik atau menurun? moga-moga kita sentiasa istikomah dalam mencari redo-Nya.

Hari ini saya ingin menukilkan sedikit kekuatan untuk kita sama-sama menempuh hari-hari yang mendatang agar kita lebih kuat dan tabah untuk terus mengejar syurga yang hakiki.

Kadang kala,hidup ini tidak seindah biasa, apabila diuji dengan ujian yang berat, maka hati akan berasa kaku, diri terasa longlai, mulut tidak terkata-kata, dunia ini tidak mampu lagi ditempuhi.

Dunia mahasiswa juga tidak kurang hebatnya diuji, kadang kala seseorang akan diuji dengan harta seperti kehabisan duit untuk meneruskan hidup di tempat pengajian, ada yang diuji dengan wanita, ada yang diuji dengan persahabatan, ada yang diuji dengan ujian keluarga dan pelbagai lagi .

Selaku seorang yang sedang menuntut ilmu, kepayahan itu akan datang, ujian akan 'turun' dengan hebat sehebat tuntutan kita sebagai seorang yang menuntut ilmu Allah. Mungkin Allah mahu menguji hamba-hamba-Nya yang menuntut ilmu untuk membezakan 'niat' mereka menuntut ilmu tersebut. Jika diuji, maka dia sabar, Allah akan menaikkan darjatnya kelak, tetapi jika diuji, dia tidak tahan dengan ujian tersebut, maka kemungkinan ilmu yang dituntut tidak memadai untuk 'menempuh' ujian Allah tersebut, Maka, ujian akan bersilih ganti mengikut tahap keimanannya.


Bagi mereka yang menuntut ilmu di IPT seluruh malaysia, kemungkinan besar akan menghadapi ujian yang begitu hebat, assigment, pembentangan, kerja kursus dan lain-lain lagi membuatkan diri menjadi 'tension' dan tidak terurus, Makan tidak terjaga, tidur tidak cukup waktunya malah dengan kesibukan tersebut menyebabkan hidup terputus hubungan dengan manusia sekeliling.

Bagi seorang da'ie, mereka kemungkinan besar akan diuji dengan ujian yang lebih hebat, apabila melakukan kerja-kerja dakwah, mereka akan diuji dengan kesibukan assigment, ragam mad'u, kesibukan usrah, melibatkan diri dengan jamaah dan sebagainya sehingga pada satu waktu, ramai yang tersungkur dalam dunia dakwah gara-gara tidak tahan dengan kesibukan yang melanda sebagai seorang pelajar.

Namun, saya sering terfikir, bagaimana seseorang itu menjadi hebat dan pandai menguruskan masa, lebih pelik lagi kerjanya bertimbun tetapi masih lagi boleh melibatkan diri dengan jamaah dan kerja-kerja dakwah?
Jawapnnya begitu mudah. Hal ini kerana mereka percaya pada janji ALLAH di dalam surah duha ayat 4 yang bermaksud: " Dan setiap pengakhiran itu lebih baik bagi kamu daripada permulaan".

Usah risau dengan kesusahan yang dialami sewaktu menuntut ilmu, berdakwah di jalan ALLAH, membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana di akhirnya ALLAH kan balas semula usaha anda tersebut sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Kepada sahabat sekalian, marilah bersama-sama kita berusaha mencari redo ALLAH, kuatkan jiwa untuk menghadapi dugaan dan sekiranya sahabatMu jatuh, pimpinlah 'dia' untuk kembali ke jalan Allah..

Satu pesanan daripada umar bin al-khotab: " Janganlah pula cinta itu membawa kepada kesusahan dan kemarahan sehingga menyebabkan kekurangan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan