Mati? bersediakah kita?
Jika direnungkan kembali perjalanan hidup ini, kita umpama penunggang unta di padang pasir, berhenti seketika di beberapa tempat sebelum meneruskan perjalanan ke 'dunia' lain.
Manusia itu tidak kesemuanya bakal mendapat ijazah, tidak kesemua dapat hidup dalam keadaan mewah, tidak semua antara manusia yang selalu ceria tetapi hanya satu yang bakal kita perolehi kelak, kesemua manusia pasti merasai kesempatan untuk bertemu dengan hari tersebut iaitu hari kematian.
Tidak dapat dinafikan ayat Allah itu sendiri bahawa kesemua benda hidup akan menemui ajal, baik yang sihat ataupun muda, yang kaya ataupun miskin, kesemua bakal merasai kedudukan sebagai 'bakal-bakal jenazah'. Wahai sahabat, apabila disebutkan tentang kematian, apakah perasaan anda?
Bagi Umar Abdul Aziz, beliau merupakan khalifah yang banyak mengingati mati, apabila teringat akan kematian, segera beliau melakukan kebaikan, pernah beliau melalui kubur dan beliau terdengar suara manusia di dalam kubur itu menyatakan bagaimana proses manusia itu dihancurkan, apabila beliau mendengar pernyataan 'suara' tersebut, maka beliau terus berlari tanpa arah tujuan seperti ibu yang kehilangan anak, beliau menangis sepuas-puasnnya sehingga akhirnya beliau pengsan.
Begitu juga dengan para wali yang begitu mencintai Allah, mereka amat merindui pertemuan dengan Allah memandangkan kehidupan di dunia ini begitu 'menggoda' iman mereka. Bayangkan betapa peritnya sakaratul maut nanti. Mati itu satu yang pasti, di bumi mana kita mati nanti itu tidak dapat dipastikan tetapi bersedialah kita seawal-awalnya untuk mencari syurga hakiki.
Apabila mahu menuju alam kematian, kita perlu bersedia awal untuk menghadapi hari-hari tersebut, berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan, memperbaiki diri dan juga meningkatkan iman dan amalan dari hari ke hari. Ilmu wajib dimantapkan agar kelak kita dapat mengetahui kebaikan dan keburukan dalam sesuatu hal.
Apabila berperang, belajar, peperiksaan, ujian amali dan sebagainya, kita amat memerlukan persediaan, begitu juga dengan ujian 'terbesar' manusia iaitu ketika menghadapi saat kematian, itulah ujian terbesar kepada segala ujian kita sewaktu di dunia.
Apabila mati anak adam, maka saat itu, dia akan mengetahui di mana tempatnya berada sama ada di syurga ataupun neraka, apabila sakaratul maut datang, maka saat itu juga dia akan mengetahui syurga dan neraka untuk tempatnya dan itulah 'keputusan muktamad' untuk peperiksaan di dunia ini. Jadi, peperiksaan kita belum tamat lagi di dunia ini..
Teruskan perjuangan wahai sahabat...usah berputus asa dengan rahmat Allah...


Alhamdulillah wan..teruskan wan..ana akan terus sokng...barakallah a'laiki..JAHUL BAKHIR!!!!!
BalasPadam