'Orang yang diam selalu keseorangan namun dalam diam tersebut terdapat satu nikmat yang tidak kita ketahui'.
Ramai yang tersalah sangka dengan kehidupan orang yang selalu 'mendiamkan diri' dalam sesuatu perkara, adakalnya kita fikir orang yang diam itu sombong, bongkak, tidak mendatangkan manfaat dan sebagainya namun kita terlupa sesuatu tentang orang yang diam tersebut lebih-lebih lagi diam orang yang berilmu.
Ibnu Mubarak berkata, 'orang yang banyak diam imejnya akan tinggi di sisi manusia mahupun di sisi Allah s.w.t'
Diam orang yang berilmu itu manfaat baginya, mungkin dengan mendiamkan diri akan dapat mengelakkannya daripada melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa yang besar seperti mengumpat sehinggakan Abu Hanifah berkata:
"Sifat diam itu mendatangkan cahaya di hati dan Allah swt akan menganugerahkan hikmah yang banyak kepada orang yang diam kerana Allah"
Rasulullah sendiri bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata benar atau diam"
Maka, apabila kita hendak berkata-kata, berhati-hatilah dalam menyebut sesuatu, mungkin kata-kata kita akan mengguris hati manusia lain, mungkin dengan kata-kata kita akan menyebabkan pertelingkahan dan dendam kesumat yang tidak akan berakhir...
Rasulullah sendiri contoh yang terbaik dalam mendiamkan diri. Rasulullah hanya berbicara perkara yang baik-baik sahaja dan bermanfaat kerana lidah yang lembut kejadiaannya boleh 'membunuh' diri sendiri di akhirat kelak.
Imam Ali RA berkata: 'sedikit bicara adalah sebuah hikmah yang amat besar. Oleh itu, kita hendaklah banyak diam, kerana diam adalah satu ketenangan hidup dan satu faktor yang dapat meringankan dosa"
Benar kata imam ali, dengan diam, mampu meringankan dosa seseorang, orang yang beribadah namun apabila lidahnya tidak dijaga, maka pahala yang dilakukan tidak bermanfaat bagi dirinya kerana dosa daripada percakapannya membuatkan dosa dan pahala menjadi 0. Maka tidakkah kita berasa rugi?
Saya akui, lidah antara anggota badan yang sukar dijaga, setiap perkataan yang disertai nafsu membuatkan lidah sering berkata-kata buruk, malah lidah antara faktor terbesar membawa seseorang ke neraka. Nauzubillah, Entah berapa banyak manusia yang saya pernah sakiti hanya dengan menggunakan lidah.Jadi,saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada anda yang pernah saya sakiti.
Diam itu emas? benar bukan? apabila menjaga lidah, maka baiklah hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia, maka tenteramlah hati dan tenanglah jiwa...
Insyaallah..


Mabruk!!! :)
BalasPadam