Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Ahad, 3 April 2011

sahabat

Apa itu sahabat??

Anda punya sahabat dunia akhirat?
Anda hargai sahabat anda itu?
teringin ke syurga bersama-samanya?

Sahabat di dalam erti kata pada zaman rasulullah bermaksud orang yang pernah berjumpa Rasulullah, berdamping dengan baginda dan berada pada zaman baginda hidup.


Anda punya sahabat setia?

setia bersama anda saat anda suka dan duka?
setia dalam persahabatan?
tidak pernah meninggalkan anda saat anda jatuh?
sentiasa memberikan nasihat yang bermanfaat untuk anda berubah?
jika ada, hargai sahabat anda, moga-moga ketemu di syurga kelak...



Rasulullah juga mempunyai sahabat yang baginda paling sayang antara ramai-ramai sahabat yang ada. Siapa sahabat Rasulullah tersebut?

Tidak lain dan tidak bukan 'orang yang terpilih' tersebut adalah Abu Bakar. Abu Bakar ialah seorang sahabat yang pertama membenarkan kata-kata baginda. Dalam keadaan ramai yang tidak mengaku nabi adalah pesuruh Allah, Abu Bakar tampil ke hadapan mengakui bahawa kata-kata Rasulullah adalah benar belaka!

 Ya, mencari sahabat yang baik bukan mudah, mungkin 1 dalam seribu, sahabat yang mengingatkan kita saat kita terkulai kaku, sahabat yang banyak mengorbankan masa,wang ringgit, malah nyawa sekalipun semata-mata menghargai kita sebagai sahabatnya.

Ada yang bersahabat kerana ALLAH, ada yang bersahabat kerana berkepentingan seperti sahabatnya mempunyai wang, kuasa, pengaruh dan sebagainya.

Kata Umar:

" Tidak ada satupun nikmat yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat islam selain teman yang soleh,apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya,maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh"

Hargailah sahabat setia anda, jika anda 'terjumpa' sahabat yang baik,yang soleh, maka jangan takut untuk bersahabat dengan dia kerana sesungguhnya orang yang soleh akan selalu berpegang pada janji-janji Allah, apabila dia bersahabat, dia akan bersahabat dengan bersungguh-sungguh..

untuk akhir kata, hayati sebahagian lirik lagu ini yang dinyanyikan oleh kumpulan ALL ONE:

Sahabat,ingatlah kemesraan terjalin antara kita,
segala kebahagiaan,kejayaan kita kecapi bersama,

ketika kesunyian kau menemani ku dalam kesepian,
ku pasrah pada ALLAH tanda kasih mu yang abadi,

Hanya dirimu selama ini menjadi teman sejati,
kerana uukhwah yang terbina,

ikatan ini ikatan suci yang terjalin atas rahmatnya,
bersama hingga ke akhirnya,

sahabat ingatlah kemesraan terjalin atara kita,
segala kebahagiaan,kejayaan kita kecapi bersama....

































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan