OLEH : Mohamad Izwan Bin Zainal Abidin, PPISMP 3.01
“Pimpinlah Aku”
Pagi yang cerah itu dihiasi dengan siulan bunyi burung-burung di awanan biru. Ketika itu terlihat seorang pemuda sedang merenung di tepian sungai sambil berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang.
“Alangkah bagusnya jika aku boleh terbang seperti burung itu, sudahlah tiada dosa, masih boleh bersandiwara di angkasa, SubhanaAllah.” Fauzan bermonolog sendirian.
“Jika aku tahu dunia ini begitu kejam, sudah tentu aku sudah berdoa awal-awal kepada Allah supaya dijadikan aku seperti burung itu.” Fauzan jelas kesepian.
Dia telah dipulaukan rakan-rakannya sekelasnya. Dia malu dengan dirinya sendiri, bahkan dia sudah dilabel dengan pelbagai tomahan dan fitnah ke atas dirinya hanya kerana dia telah tersilap langkah, terhumban ke dunia ‘ala barat’ yang tiada nasnya dalam islam.
“Apa salah aku? Salahkah aku bercouple dengan Aminah tu? Dia baik, aku takut kalau aku tak couple dengan dia, aku takut dia dirampas orang. Apa perlu aku buat?” Pantas juga jari jemari Fauzan melontarkan batu yang kecil-kecilan itu ke dalam sungai itu. Dia kini bingung dengan dirinya sendiri. Jika hendak mengatakan dia tidak mengetahui hukum, dia merupakan pelajar agama. Agama sangat dekat dengan dirinya bahkan setiap hari dia tidak pernah lepas untuk solat fardu berjemaah di masjid.
“Woi, kau buat apa ni Jan!?”? Seorang pemuda, berbaju biru itu menegur Fauzan dari belakang.
“Astgagfirullahalazim…selamat aku tak ada sakit jantung.” Fauzan memasamkan muka.
“Minta maaf la Jan, ana sengaja buat macam tu.” Fikri tersenyum lebar menyakat sahabatnya itu.
“Erm, hari ni ana tengok muka sahabat ana ni masam mencuka je. Boleh tahu kenapa?” Fikri menoleh ke muka Fauzan dengan senyumannya.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Fikri untuk duduk bersama-sama sahabatnya itu di tepian sungai ini. Fikri sudah tahu sangat tempat ‘melepak’ dan melepaskan tekanan sahabatnua itu. Jika tidak ke masjid, di sungai inilah tempat dia menenangkan jiwanya yang lara itu.
“Entahla, kalau luahkan dekat engkau pun, belum tentu aku dapat selesaikan masalah aku. Tiada seorang pun yang benar-benar memahami aku.” Fauzan seakan sudah mengetahui soalan yang bakal diajukan Fikri. Masakan tidak, mereka sudah bersahabat semenjak daripada kecil lagi. Apa sahaja masalah Fauzan, pasti diluahkan kepada Fikri. Akan tetapi hari ini Fauzan tidak seperti kebiasaannya.
“Kenapa kau cakap begitu? Bukankah ana sentiasa ada bersama dengan kau Jan. Kau lupa janji kita? Ana tidak akan biarkan sahabat ana ni bersedih hati. Biarkan ana rasa apa yang kau tanggung selama ni Jan. Ana akan rasa sakit bila sahabat ana ni rasa sakit.” Fikri memegang bahu Fauzan.
“Jan, ingat, rahmat Allah itu terlalu luas, jika engkau melakukan kesilapan pada-Nya, maka ingatlah rahmat Allah itu mendahului kemurkaan-Nya. Waktu dahulu, Syaitan pernah meminta kepada Allah supaya dipanjangkan umurnya untuk syaitan menyesatkan manusia, kemudian engkau pasti tahu bahawa Allah memakbulkan doa syaitan itu, lalu jika doa syaitan itu pun sudah dimakbulkan Allah walaupun dia dilaknat Allah, mengapa doa hambanya yang masih beriman dengan-Nya perlu ditolak? Yakinlah, Allah sentiasa ada bersama-sama dengan kita.” Fikri merenung mata Fauzan yang mula mengalirkan air mata seakan nasihat sahabatnya itu betul-betul menusuk hatinya ibarat paku yang diketuk penukul.
“Fik, terima kasih atas segalanya. Aku tahu, kalau aku tidak beritahu pun, kau seakan sudah memahami masalah aku Fik. Aku tidak mahu memberatkan hati kau. Aku tidak mahu engkau terlibat dalam masalah aku. Aku……” Fauzan menangis tersedu-sedu. Dia kini tidak dapat lagi menahan air matanya. Air matanya deras mengalir di pipinya.
“Sabar Jan, Ana sudah berjanji pada diriku, ana cuba mengasihi engkau semampu mungkin. Ingatlah, persahabatan kita tidak akan berakhir selagi ruh tidak menjemput ana lagi Jan. Ana akan tolong kau sebaik mungkin. Ceritakan pada ana, apa yang telah engkau lakukan…”
Fauzan memeperlahankan sedunya. Dalam keadaan jiwa bercelaru, dia akhirnya menceritakan juga kepada Fikri tentang kisahnya itu.
*********************************************************************************
“Assalamualaikum, nama saya Fauzan. Saya pelajar baru di sini. Jadi, kepada rakan-rakan semua, saya harap anda semua dapat membantu saya mengenali selok belok sekolah ini.” Fauzan tidak kekok memperkenalkan dirinya kepada sahabat sekelasnya yang baru di Maahad Muhammadi lelaki, di Kelantan.
“Begheh boh..”. Rakan-rakan lain menunjukkan ibu jari mereka tanda setuju.
Sewaktu di sekolah tersebut, Fauzan merupakan pelajar contoh buat rakan-rakan yang lain. Dia seorang yang rajin dan sangat menghargai masa. Masa-masa terluang beliau dihabiskan dengan membaca buku dan menelaah kitab-kitab agama seperti kitab Riyadhus Solihin, Sohih Bukhari dan pelbagai lagi kitab yang dibelinya. Dia juga sanggup berjimat cermat hanya kerana mahu mengumpul duit untuk membeli buku kegemarannya itu. Baginya, ilmu itu umpama pelita hidup. Jika tidak dinyalakan, maka akan mati la segala ilmu. Manusia akan jahil tanpa ilmu. Itu prinsip hidupnya.
Fauzan juga terkenal dengan sikap peramahnya dengan rakan-rakan dan juga guru. Mereka sangat menghormati dan menyayangi Fauzan. Bahkan, ada sebahagian gurunya sanggup mengambil Fauzan sebagai anak angkat. Itulah realiti kehidupan Fauzan.
Masa bergerak pantas. Fauzan semakin hari semakin menunjukkan contoh yang baik. Beliau juga begitu dermawan. Dia banyak membantu rakan-rakannya yang dalam kesusahan. Kadang-kala Fauzan sanggup membelikan barang keperluan seharian keluarga sahabatnya itu jika dia mempunyai lebihan duit.
“Eh Mi, kau Nampak taka pa yang aku Nampak depan mata aku ni.” Syahmi menunjukkan sesuatu kepada Aril.
“Apa dia? Aku tak Nampak apa-apa pun.” Aril kebingungan.
“Tu ha..kat stesen bas tu, kau Nampak tak Fauzan tengah berpegangan tangan dengan perempuan?”. Syahmi seakan tidak percaya.
“Kau biar betol? A’ah la tapi aku rasa itu mungkin adik dia kot.” Aril cuba bersangka baik.
“Macam la aku tak kenal keluarga dia.” Syahmi menegakkan hujahnya.
“A’ah la. Aku pun macam tak percaya Fauzan sanggup buat macam tu. Depan kita dia sanggup berlagk hebat.” Aril mengiyakan kata-kata syahmi.
“Jom kita hebohkan kepada semua orang di sekolah.” Syahmi dan Aril meninggalkan tempat tersebut.
Pagi itu di sekolah hangat dengan berita dan gossip berkenaan Fauzan yang memegang tangan seorang perempuan. Berita-berita itu juga telah sampai kepada guru-gurunya di sekolah. Beliau seakan dipulaukan. Tiada siapa yang mahu berkata-kata dengannya lagi hatta sahabat yang duduk di sebelahnya sekali. Apa sahaja percakapan daripadanya tidak dilayan langsung oleh sahabat-sahabat yang rapat dengannya. Bahkan, tazkirah di dalam masjid yang disampaikan rakannya juga benar-benar menyentuh hatinya. Dia dihina, dikecam, dimaki dan pelabagai lagi dugaan yang datang kepada dia.
Hidupanya sudah tidak teratur. Jika dulu dia orang yang sangat menghargai masa, kini dia hanya seorang remaja yang suka melengahkan masa. Dia masuk ke kelas 15 minit lewat seperti kebiasaannya. Gurunya juga seakan tidak melayan dia lagi seperti dulu. Dia ibarat mayat hidup.
**********************************************************************************
“Oh, begitu rupanya! Kenapa kau tidak cakap kepada aku awal-awal.?” Fikri cuba berfikrian positif. Dia tahu, Fauzan benar-benar menghargai dirinya. Jika tidak, masakan dia sanggup berkongsi luahan perasaan kepada dirinya.
“Aku tidak ada siapa-siapa lagi di dunia ini. Hidup aku tidak bermakna lagi Fik.” Fauzan kesedihan.
“Ana kan ada.? Fikri merenung mata Fauzan.
“Wajah Fauzan kembali tenang. Betul kea pa yang kau cakap ni Fik.?” Fauzan teruja dengan kata-kata fikri.
“Jan, Manusia itu tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut hendakah ditopup dengan keinsafan dan taubat kepada-Nya. Ana tahu, kau mampu lakukannya. Percaya pada diri kau Jan. Hanya diri kau sahaja yang mampu membantu diri kau. Kelak, bila kita semua mati, amalan kita sahaja jadi peneman kita, bukan makwe, keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, guru-guru kita yang jadi peneman kita. Mereka semua akan pulang daripada kubur kita.” Fikri menasihati Fauzan dengan cara yang paling berhikmah.
“Aku tahu aku salah Fik. Aku janji, aku tidak akan buat lagi perkara terkutuk ni. Terima kasih banyak-banyak Fik sebab kau sahaja kawan yang boleh menasihatkan aku. Kau tidak marah walau sekelumit pun. Aku bertuah ada kawan macam kau Fik.”
“Sudahlah, aku ini tidak ada apa-apa Jan. Hanya manusia biasa. Nanti, mungkin satu hari nanti aku juga boleh jadi jahat? Aku akan mati jua nanti. Yang Kekal hanya Allah.
“Uhibbukafillah Fik.”
“Uhibbukafillah aidon..” . Sungguh indah persahabatan mereka. Walaupun sahabatnya dipulaukan dengan pelbagai tomahan, tetapi Fikri sanggup mendekati Fauzan dengan cara paling berhikmah sekali. Dia tidak terus menegur sahabatnya itu dengan kasar akan tetapi dia lebih suka mengetahui masalah sahabatnya itu sebelum dia bertindak melakukan apa-apa.
Kini, mereka menjadi sahabat baik. Malah hubungan persahabatan mereka berdua bertambah erat umpama belangkas.
Indahnya persahabatan jika disulami dengan persefahaman dan ketakwaan kepada Allah.


