Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Ahad, 18 Disember 2011

TV TEMAN SEPERJUANGAN


TAJUK: "Hanya Allah yang Layak didewakan"
Syeikh Utsaimin merupakan seorang ulama di Arab Saudi,  beliau merupakan anak murid syeikh Ibnu Bazz dan juga syeikh Al-albani rahimahullah...
Berikut adalah satu video berkenaan seorang penyair yang mengagungkan beliau. Syair tersebut dibacakan di hadapan beliau. Kemudian, beliau menasihati pemuda itu dengan penuh hikmah.. untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saksikan video tersebut...
Barakallahfeekum..

CORETAN SANTAI


Teringat seketika waktu pertama kali menjejakkan kaki ke bumi IPG KPI yang dulunya dikenali ramai golongan guru sebagai Maktab Perguruan Islam, Bangi. Kemudian nama tersebut ditukar berkali-kali sehinggalah menjadi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.


Waktu itu penulis menjejakkan kaki ke IPG ini pada bulan Julai 2010. Ketika itu penulis begitu gembira kerana hasrat yang selama ini terpendam tercapai jua untuk menjadi pendidik yang diiktiraf ilmunya. Di sini lahirnya pelbagai guru yang sudah bertebaran di serata Malaysia terutamanya mereka yang mengajar subjek Pendidikan Islam dan juga Bahasa Arab.


Setelah berkenalan dengan rakan-rakan pelbagai negeri, penulis juga sempat mendegar luahan rakan-rakan lain berkenaan dengan cita-cita 'asli' mereka. Kebanyakan mereka yang memasuki Institut ini bukanlah kerana kehendak hati. Rata-rata mereka 'dipaksa' oleh orang tua mereka sendiri. Ada juga yang mengisi borang dan datang ke temu duga hanya sekadar memenuhi pengisian yang tidak kesampaian dan sebagainya. Ada juga yang telah memasuki Universiti sebelum ini dan ada juga yang telah mendapat  pelbagai tawaran 'lumayan' daripada luar negara dan IPT tempatan dan menolaknya hanya kerana mahu bergelar sebagai seorang pendidik!


Tahniah diucapkan jika hasrat awalnya begitu tetapi penulis amat kasihan pada mereka yang memasuki Insitut ini secara terpaksa. Bukan apa, penulis kadang-kala berasa hairan dan kasihan dengan mereka. Sudahlah terpaksa belajar selama 5 tahun setengah tanpa ada langsung minat, hanya Allah yang tahu isi hati mereka.


Kadang-kala, hidup di Institut ini terlalu enjoy. Maklum sahajalah, sudah diberikan elaun yang agak lumayan tetapi kadang-kala ada juga mereka yang mengkritik tidak cukup tetapi penulis selalu bertanya pada diri adakah layak kita mengungkapkan perkataan tersebut? berapa ramai di luar sana yang memohon untuk menjadi seorang guru tetapi tidak dipersoalkan? Ya, pada tahun penulis, seramai 100 00 ribu orang memohon untuk menjadi guru dan 10 000 daripadanya terpilih untuk ditemu duga dan dalam anggaran 6000-7000 sahaja yang terpilih untuk menjadi seorang guru yang berkelayakan. Ya, dalam tak sedar seramai inilah guru-guru yang telah terpilih dan diiktiraf untuk menyambung kerja pewaris nabi ini.


Alahai....


Kasihan sungguh, adakalanya penulis bermuhasabah diri. Apabila terlalu enjoy dengan 'kewangan' yang kukuh tidak seperti di Universiti awam dan tempatan, sebahagian besar mereka menggunakan duit sara sendiri ataupun duit daripada ibu bapa mereka tetapi di sini Alhamdulillah, rasanya ibu bapa tidak perlu mengirimkan wang lagi dan mereka juga sudah lega kerana bakal guru yang memasuki maktab di taja penuh pelajarannya sehingga 5 tahun setengah. Penulis begitu bersyukur walaupun ada sebahagian daripada mereka yang tidak pernah bersyukur dikurniakan rezeki ini tetapi mereka perlu ingat, bahawa kesemua rezeki dan nikmat ini akan dipersoalkan kelak.


Sayang seribu sayang...


Profession perguruan sudah dianggap sebagai proffession 'tajaan penuh' dan tidak perlu bersusah payah. Ketika itu ramai yang bersenang lenang dengannya. Ketika dahulu, penulis masih teringat kepada sahabat-sahabat penulis yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk menjadi seorang guru tetapi tidak berjaya memasuki IPG, dia bersungguh-sungguh mengejar cita-citanya tetapi sebahagian bakal guru di mana-mana IPG tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberi...


Ada sebahagian penuntut di Institut ini sangat suka membelanjakan wang ke arah perkara yang tidak sepatutnya dan ada pula yang membelanjakan wang tersebut untuk tujuan yang sewajarnya. Ada yang memberikan wang tersebut kepada adik beradiknya, ada yang diberikan kepada ibu bapanya, ada yang di dermakan, ada yang di belanjakan untuk membeli buku dan ada juga yang digunakan untuk berjalan-jalan di muka bumi Allah ini. Tidak ketinggalan juga ada yang menyimpan untuk mengerjakan haji. Ya, sungguh seronok jika wang itu dapat dimanfaatkan sebaiknya...


Mereka yang tidak berminat itu....


Seharusnya mereka yang benar-benar tidak berminat dengan bidang perguruan bertindak dengan baik dalam menangani masalah ini jika tidak mahu di ambil tindakan oleh Kerajaan apabila telah mentandatangani surat perjanjian. Ya, apabila sudah mengisi borang perjanjian dan menghantarkannya, maka di situ anda sudah 'berkhidmat' dengan kerajaan sepenuhnya sehingga hari yang ditetapkan. Jika tidak, anda akan diambil tindakan berkemungkinan terpaksa membayar wang  RM 120 000 seperti yang tertulis dalam perjanjian sebelum ini...


Jadi, siapa yang salah?


Tidak harus menyalahkan sesiapa, anda yang perlu bertindak cemerlang dalam menangani hal ini. Ramai sahabat penulis yang tidak mahu menjadi guru pada awalnya akan tetapi setelah lama duduk dan belajar di sini, mereka semakin menyesuaikan diri untuk bergelar seorang pendidik. Jangan takut, pena telah ditulis dan sudah kering. Jika anda sudah masuk ke Insititut Pendidikan Guru ini, terimalah hakikat bahawa takdir anda sudah ditetapkan dan anda hanya perlu melalui perjalanan itu dengan tabah. Mana tahu, selepas belajar dan bekerja dengan kerajaan dalam jangka waktu yang ditetapkan, anda mampu mengejar cita-cita anda? Belajarlah dan istikomah dalam menuntut ilmu..


Kadang kala penulis terkenang kenangan lalu...


Kini, penulis sudah setahun setengah berada di sini. Segalanya berjalan lancar dan penulis semakin serasi dengan dunia perguruan. Mungkin kerana  minat yang mendalam. Tiba-tiba penulis terkenangkan semula percaturan Allah dalam hidup penulis. Sungguh, penulis bersyukur kerana terpilih untuk belajar di sini. Malah, penulis tidak pernah berasa kesal kerana berpindah dari Universiti Islam Antarabangsa. Terkenangkan ramai pak cik DAN  mak cik penulis juga ibu bapa penulis yang cukup gembira setelah mendengar khabar penulis menjejakkan kaki ke bumi IPG ini membuatkan penulis merenung jasa mereka. Ada pak cik saudara penulis yang sedia menjadi penjamiN KEDUA untuk borang perjanjian penulis. Bayangkan, apabila tiba-tiba sahaja penulis melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan di buang daripada  IPG, maka pak cik penulislah yang akan menanggung sengsara itu.


Tapi...Mereka sanggup menanggung penulis...Jasan mereka membuatkan diri penulis semakin bertekad untuk melakukan sesuatu. Duduk di IPG bukan untuk berehat tetapi untuk menambahkan ilmu syariat untuk mengajar mereka semula kelak. Siapa lagi kalau bukan anda wahai ustaz dan ustazah...! Mengajarlah, jadilah seperti tanah yang subur yang mengeluarkan pokok yang berbuah subur...


Ingatlah, peluang ini direbut ramai manusia di luar sana tetapi anda salah satunya yang terpilih untuk menjadi seorang pendidik yang diiktiraf!



Jumaat, 16 Disember 2011

TV TEMAN SEPERJUANGAN (LIVE)


TAJUK: "AKIDAH SYIAH"
LIVE: 16.12.2011
JAM: 11.38 P.M
KENALI AKIDAH MEREKA..
LIHAT SEKSAAN YANG MEREKA LAKUKAN TERHADAP PENDUDUK SUNNAH DI IRAQ...
FAHAMI DAN NILAIKAN DENGAN AGAMA ISLAM YANG DIANUTI
SEBARKAN...
BARAKALAHUFEEKUM...

TV TEMAN SEPERJUANGAN (LIVE)


TAJUK: "SAKARATUL MAUT YANG DASYAT"
LIVE: 16.12.2011
JAM: 11.15 p.m
~Sesuai untuk tontonan Umum tetapi perlu dielakkan bagi kanak-kanak yang lemah semangat~
Barakallahfeekum..

UCAPAN TAHNIAH BUAT PIMPINAN BARU 2012


Tahniah diucapankan buat kepimpinan baru kuliah PPISMP 3.01 kerana telah berjaya melantik kepimpinan baru untuk sesi 2012.

Tahniah juga kepada kepimpinan kuliah sesi 2011 kerana telah berjaya menghasilkan tugas dengan cemerlang dalam memimpin kelas ke arah kerjasama yang baik.

Harapan saya untuk kepimpinan sesi 2012 ini, saya berharap kuliah PPISMP ini akan terus ke hadapan dalam menunjukkan akhlak dan tauladan yang baik di samping dapat membawa kelas ke arah perubahan diri menuju SUNNAH..

Saya menyandar harapan kepada ketua kuliah baru kita, saudara Firdaus Imam Asmawi dan juga penolongnya, Nur Adilah agar dapat membawa kelas ini lebih proaktif dalam memahami sunnah nabi..

Kepada rakan-rakan sekuliah, teruskan sokongan kepada pimpinan anda dalam hal-hal yang makruf dan saling menasihati beliau dalam hal kemungkaran menurut sunnah. 

Nasihati beliau dalam keadaan yang tidak mengaibkan disamping teguran berbentuk ukhwah sekiranya beliau melakukan kesalahan..

Kepada pimpinan kelas, ingatlah, Allah sentiasa bersamamu sekiranya kamu bersama DIA..

Allahu'Alam...selamat menjalankan tugas dan saya ucapkan  takziah..

TV TEMAN SEPERJUANGAN (LIVE)


TAJUK: "SUARA TIRUAN SYEIKH YANG MERDU!"
..Sesuai untuk semua lapisan masyarakat....
Pastikan anda menghayati bacaan quran tersebut...
Seorang qari meniru suara masyaikh tersohor seperti Imam Sudais..
Baakallhufeekum...

DOA KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN BARU






اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ آَسَوْتَنِيْهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا
صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ

“Ya Allah, hanya milikMu segala puji, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepadaMu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan yang ia diciptakan karenanya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya dan kejahatan yang ia diciptakan kare-nanya”. (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, Al-Baghawi dan lihat Mukhtashar Syamaailit Tirmidzi, oleh Al-Albani, halaman 47)

Perubahan Itu Milik Kamu



Berubah?
Ramai yang bertanya tentang perubahan...
Adakah menepati apa yang islam inginkan?
Atau berubah mengikut hawa nafsu yang di utamakan?
Ramai yang tidak mengerti erti perubahan..
Atau tidak meingingkannya?
Bagi mereka yang mengerti erti perubahan...
Maka, mereka akan tahu bahawa SUNNAH itu perubahan terbesar..
Sunnah?
Why are you said like that?
Ya..kenapa?
Kerana itulah perubahan terbesar dalam diri Manusia..
Cuba mengikuti sunnah nabi dan aplikasikan dalam kehidupan..
Kenapa takut berubah?
Takut terasing? takut dipulaukan? takut dibunuh kerana mencintai sunnah nabi?
Bagaimana mahu berubah?
Belajar la wahai sahabat...
Apabila kamu belajar, daripada itu kamu akan berubah...
Mengenali serba sedikit sunnah nabi dan akhirnya kamu akan tahu bahawa RASULULLAH itu WAJIB dicintai melebihi segala-galanya..
Kerana apa kamu boleh mencintai rasulullah?
Mudah...
Kerana kam belajar bagaimana mahu mengenali baginda?
Lalu melalui apa?
Sudah tentu mengenali baginda menerusi hadis-hadis baginda yang shahih...
Apabila anda cuba mempraktikkan sunnah dalam kehidupan anda...
Yakinlah, anda akan tenang dan bahagia..


Mari berubah.... :-)

Rabu, 14 Disember 2011

Sebuah gambar menjelaskan segala-galanya.

Sila klik pada gambar jika tidak jelas.

BACAAN KETIKA KELUAR DARI RUMAH



بِسْمِ اللهِ، تَوَآَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
“Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakkal kepadaNya, dan tiada daya dan upaya kecuali karena pertolongan Allah”. (HR. Abu Dawud 4/325, At-Tirmidzi 5/490, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/151)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ
أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ.
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, jangan sampai aku sesat atau disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang), dan berbuat bodoh atau dibodohi”. (HR. Seluruh penyusun kitab Sunan, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/152 dan Shahih Ibnu Majah 2/336.)

BACAAN SETELAH WUDHU

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
“Aku bersaksi, bahwa tiada Tuhan yang haq kecuali Allah, Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya. Aku bersaksi, bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya”. (HR. Muslim 1/209)
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.
12
“Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang (yang senang) bersuci”. (HR. At-Tirmidzi 1/78, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/18.)

DOA MASUK TANDAS

[بِسْمِ اللهِ] اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ.
“Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari godaan syaitan laki-laki dan perem-puan”. (HR. Al-Bukhari 1/45 dan Muslim 1/283. Sedang tambahan bismillaah pada permulaan hadits, menurut riwayat Said bin Manshur. Lihat Fathul Baari 1/244.)

TV TEMAN SEPERJUANGAN (LIVE)




TAJUK: "Hukum bercukur Janggut dan menipiskan misai"
Juga persoalan berkenaan Hadith berkaitan khilaf ulama dalam memotong janggut..
*Selamat menonton dan selamat menambahkan ilmu dengan mengharap wajah allah semata-mata*
Untuk kesahihan berita tersebut sila ke rujuk kitab2 muktabar supaya kita mendapat maklumat yg shahih..
Barakallhufeekum..

Rabu, 30 November 2011

CERPEN: KAU PENGIBAR SEMANGATKU




Cerpen: “Kau pengibar semangatku”
Kelihatan seorang lelaki di bilik Kuliah sedang sibuk dengan tugasannya, dia merupakan salah seorang wakil Jabatan Pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Namanya sungguh sepadan dengan akhlaknya, bahkan, dia merupakan Perwakilan pelajar untuk Biro Dakwah dan kerohanian. Kerjanya sebagai biro Dakwah bukan mudah, akan ada sahaja kedengaran ‘suara-suara nakal’ daripada pelajar yang tidak menyukainya.
“Fiq, kau buat apa tu?”. Izzul merapati Shafiq Yasin.
“Aku tengah siapkan tugasan untuk Kursus Kahwin nanti, semua kertas kerja aku dah settlekan tinggal nak minta kebenaran daripada Pengarah je ni.” Shafiq kelihatan sibuk dengan kertas kerjanya yang berselerakan di atas meja.
“Ooo..aku tengok kerja kau ni mengalahkan YDP, sibuk semacam je sejak akhir-akhir ni.” Izzul membelek-belek kertas kerja yang dibuat Shafiq, ternyata kertas kerja itu cukup berkualiti dan baik.
“Biasa la Zul, nak jadi seorang pemimpin ni bukan mudah, nanti Allah akan persoalkan satu persatu hasil kerja aku sebagai pemimpin pelajar ni. Aku takut Zul, aku tak mampu buat yang terbaik untuk pelajar-pelajar ni. Aku takut sangat.” Syafiq meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
“Fiq, kau kena kuat, Allah pilih kau jadi pemimpin kerana kau ada kualiti, kau ada bakat memimpin dan yang penting kau ada ilmu. Itu ciri-ciri paling penting untuk memimpin manusia ke jalan yang diredoi Allah, lihat sahaja ulama-ulama terdahulu, mereka cukup takut untuk menjadi pemimpin kerana ketakwaan kepada Allah yang cukup tinggi  tapi aku yakin, kau mampu melakukan tugasan yang baik.” Izzul menenangkan seketika sahabatnya itu, Izzul tahu, tugas untuk menjadi pemimpin bukan mudah, perlukan kekuatan spiritual dan fizikal yang baik bagi mendepani cabaran semasa.
“Terima kasih Zul. Kau jangan lupa doakan aku ye, biar aku istikomah di jalannya. Kalau aku jatuh, kau jangan lupa nasihatkan aku, aku pun manusia biasa, bila-bila masa aku boleh rebah. Kau sahabat aku, kau pimpinlah aku jika aku tersilap bicara, jangan kau biarkan aku terjatuh ke lubang neraka.” Suara Shafiq menjadi sayu, dia benar-benar menghargai Izzul sebagai sahabatnya, bahkan dia juga berharap agar Izzul sentiasa bersamanya ketika senang dan susah.
“InsyaAllah, mari kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar dikekalkan di jalan-Nya, Uhibbukafillah fiq..” Tenang sahaja bicara Izzul.
“InsyaAllah, Uhibbukafillah aidon..” Shafiq tersenyum melihat wajah Izzul.
Hari berganti hari, setiap hari Shafiq terpaksa menyiapkan setiap tugasan yang diberikan mengejut oleh pensyarah-pensyarah  dan juag YDP Institut Pendidian Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi.  Ada tugasan untuk KARAK iaitu Karnival Keusahawanan yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi, ada juga untuk minggu penghayatan Islam dan pelbagai lagi tugasan yang datang mengejut. Sudahlah Kerja Kursus makin bertambah, ditambah lagi dengan tekanan daripada pelajar-pelajar yang sejak akhir-akhir ini mengkritik Kepimpinan Dakwah dengan lantang melalui surat layang mahupun kritikan pedas melalui alam maya termasuk teknologi masa kini yang digemari remaja iaitu FACEBOOK. Biro dakwah dicaci, dihina, dikritik gara-gara tidak berjaya menangani isu-isu semasa di dalam Maktab.
“Assalamualaikum semua, apa khabar, bagaiman iman antum dan antunna semua?” Shafiq memulakan sesi mesyuarat tergempar di bilik Biro Dakwah bersama-sama ahlinya. Ketika itu, Jabatan perwakilan pelajar yang lain turut melakukan mesyuarat mengejut bagi memulihkan semula nama Jabatan Perwakilan Pelajar yang kian  ‘tercalar’ dari hari ke hari.
“Khabar baik, Alhamdulillah.” Kesemua ahli biro dakwah kelihatan muram ketika memberi salam, mereka ditekan oleh pelajar-pelajar lain kerana kegagalan mereka dalam memimpin isu-isu semasa di maktab terutamanya isu ‘couple’ dan ikhtilat yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Bahkan, lebih serius, nama Institut ini sudah tercemar sehingga masuk ke dalam-dalam akhbar tempatan.
Pada saat itu, Shafiq tidak mudah beremosi, bahkan dia tenang dalam menghadapi dugaan dan ujian tersebut. Baginya sudah menjadi lumrah apabila menjadi seorang pemimpin, akan ada sahaja pro dan kontra, ada sahaja kawan dan lawan. Lihat sahaja peribadi rasulullah yang mulia, semulia mana pun baginda, akan ada sahaja orang yang menentang baginda.
“Ana nak ingatkan antum semua supaya tabah menghadapi dugaan ini, ingatlah penderitaan nabi-nabi dan pengikutnya waktu dahulu, mereka tetap teguh dengan iman  walaupun rintangan datang melanda, mereka tetap teguh berpegang pada sunnah. Lihat sahaja nabi Muhammad, baginda ditentang begitu hebat, bahkan ada sahaja manusia yang tidak berhati perut cuba untuk membunuh baginda, lihat pula ujian yang datang untuk nabi Musa, Allah kurniakan baginda dengan ‘firaun’ tapi beliau tidak mudah berputus asa  untuk istikomah berdakwah walaupun Firaun itu makhluk paling keras dan melakukan kesyirikan yang besar terhadap Allah.” Jelas dan mapan prinsip Shafiq. Beliau menasihati ahli-ahlinya supaya tidak mudah berputus asa dalam mengajak manusia ke jalan Allah.
Hari berlalu dengan pantas, telah banyak usaha dilakukan Biro Dakwah untuk mengembalikan semula keyakinan pelajar-pelajar terhadap Jabatan Biro Dakwah. Ceramah tentang couple, diskusi bersama pelajar-pelajar, sebaran pamplet, tayangan video dan pelbagai lagi usaha yang dilakukan mereka untuk mengembalikan keyakinan pelajar terhadap Biro Dakwah.
“Fiq, kau tahu tak ni?” Adwa berlari-lari ke arah Shafiq kelihatan ada sesuatu yang perkara penting yang ingin disampaikannya.
“Kenapa ni Wa, macam ada perkara serius je?” Shafiq seakan ingin tahu perkara yang ingin disampaikan Adwa, rakan sebiliknya itu.
“Aku nampak…aku nampak….”. Adwa seakan teragak-agak untuk menyebut perkataan seterusnya.
“Kau nampak apa Wa?” Shafiq terpinga-pinga.
“Aku nampak gambar kau dengan perempuan berpegang tangan dengan perempuan dalam Facebook.” Adwa terpaksa juga menyebutnya.
“Astagfirullahalazim, Innalillahiwainnailaihirajiun…” wajah Shafiq berubah seketika, air wajahnya yang ceria bertukar merah padam, dia tidak tahu bagaimana lagi untuk berkata-kata, dia terdiam membisu, dugaan yang berat datang lagi kepadanya, sudahlah diuji dengan ujian cemuhan pelajar, kini dia diuji dengan fitnah!
“Kat mana kau nampak semua ni?” Shafiq inginkan kepastian.
“Tadi aku buka Facebook, aku tengok gambar kau dah tersebar dekat page Biro Dakwah.” Adwa memberikan maklumat untuk mengukuhkan buktinya.
“Nauzubillah..” Shafiq beredar daripada situ, dia tidak mahu berfikir lama dan dia terus pulang ke bilik.
Dunia Shafiq benar-benar berubah, dia kini ibarat mayat hidup, terperangkap dalam kubur majusi. Rakan-rakannya seakan-akan ‘termakan’ dengan ungkapan fitnah daripada si penyebar gambar yang tidak bertamadun itu. Tidak ada sesiapa yang ingin berbicara dengannya. Malah, ahli-ahli dalam Biro Dakwah sudah tidak mempercayainya lagi. Dia bergelut antara realiti dan fantasi, seolah-olah mimpi ‘ngeri’ buatnya.
“tuk tuk tuk…” Pintu bilik Shafiq diketuk seseorang.
“Masuklah…” Shafiq mempersilakan.
“Ooo..Izzul, marilah duduk sini.” Syafiq menjemput Izzul untuk masuk.
“Kau okey?” Izzul merapati Shafiq.
“Entahla, aku serabut, aku pening, buat apa kau datang tengok aku?” Shafiq berubah bicara, kata-katanya bertukar nada keras.
“Kau ingat tak  janji kita dulu?” Izzul merenung wajah Shafiq.
“Janji apa ha?” Nada suara Shafiq berubah.
“Aku akan sentiasa bersama kau saat susah dan senang.” Ringkas sahaja jawapan Izzul.
“Kenapa kau tak pulaukan aku macam kawan-kawan lain?” Shafiq tidak berpuas hati.
“Sebab kau sahabat aku, aku takkan tinggalkan kau sendirian.” Izzul memegang tangan Shafiq.
“Zul, aku tak kuat, aku lemah, aku jahat, aku tak sabar dengan ujian.” Kelihatan air mata Shafiq mula mengalir di pipinya.
“Bukankah kau pernah berjanji pada aku dulu?” Izzul membuka ruang waktu ‘silam’ untuk dikenang semula.
“Apa yang aku janji pada kau?” Shafiq tidak bermaya.
“Kau berjanji pada aku untuk tidak meninggalkan kau sendirian..” Izzul tersenyum.
“Kau ingatkah kisah nabi Musa dan Harun?” Izzul mengimbas kisah terdahulu.
“Tak..” Shafiq menggelengkan kepalanya tanda tidak mengetahui.
“Nabi Musa pernah berdoa kepada Allah supaya dijadikan Harun sebagai sahabat seperjuangannya.” Izzul menceritakan serba sedikit kisah  ukhwah antara nabi Musa dan Harun.
“Dan  aku bersyukur, kerana dikurniakan sahabat seperti kau.” Izzul menambah.
“Kenapa pula..?”  Shafiq tidak mengerti.
“Kerana kau telah rela menjadi sahabat aku sewaktu aku susah dahulu, kau juga banya mengajar aku erti kesabaran sewaktu aku diuji dengan ujian yang hebat dulu, mungkin kau lupa semua ini tapi aku tak pernah lupa saat kau membantu aku dengan menghulurkan wang ribuan ringgit semata-mata mahu membayar rawatan ibu aku yang sakit ketika itu.” Air mata Izzul mengalir deras, dia bersyukur dikurniakan sahabat sebaik Shafiq, dia mahu menjadi orang yang bersyukur.
Shafiq juga turut bersedih, dia tahu Izzul amat mementingkan sahabat.
“Mulai hari ini, kau perlu kuat Fiq, kau tak boleh terus-terusan bersedih macam ni, kau kena minta pertolongan Allah, aku akan bantu kau semampu mungkin, jangan mudah berputus asa.” Izzul kembali mengibarkan bendera semangat buat sahabatnya itu.
“Terima kasih Zul kerana sudi memberikan semangat untuk aku, aku cuba sedaya mungkin, aku tahu kesemua ini fitnah. Kau percayakan aku?” Shafiq ingin menguji sahabatnya itu sejauh mana kesetiaannya dalam persahabatan.
“Sudah semestinya aku percaya pada kau, dan kau jangan risau, aku dah suruh Hud selesaikan masalah ini tadi, dia dah buktikan bahawa gambar itu ‘diedit’ untuk memfitnah kau, dan aku dah atur beberapa orang untuk mengulas isu ini secara detail sama ada dalam ceramah, perhimpunan dan sebagainya. Paling penting kau jangan risau ye..”Izzul menenangkan sahabatnya itu.
“Betul ke ni? Ya Allah…” Shafiq memeluk sahabatnya itu.
“Betul..” Izzul tersenyum.
Gerakan memulihkan nama Shafiq berjalan dengan lancar, ramai pelajar yang sudah mula membuka mata dengan jelas bahawa mereka ‘tersilap langkah’ dalam menyalahkan Shafiq, mereka tahu Shafiq telah banyak berjasa kepada mereka. Komen-komen positif di Facebook juga telah banyak melegakan Shafiq. Bahkan dengan ujian yang berat ini telah banyak memulihkan nama Biro Dakwah secara khusunya kerana telah berjaya meletakkan keyakinan semula kepada pimpinan mereka.
Apa yang jelas kelihatan, ukhwah itu telah banyak membuatkan Shafiq kembali bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja dakwahnya walaupun banyak rintangan melanda. Penyerahan kepada Allah secara ‘total’ juga menyebabkan Shafiq semakin kuat. Dia tidak mudah untuk bergantung pada manusia kerana Allah diletakkan no.1 di hatinya. Apa yang berharga buat dirinya, kerana ujian ini dia dikurniakan kemanisan iman dan Allah hadiahkan sahabat yang baik kepadanya seperti Izzul.
-TAMAT-


Ahad, 30 Oktober 2011

CERPEN: PIMPINLAH AKU


OLEH : Mohamad Izwan Bin Zainal Abidin,  PPISMP 3.01




“Pimpinlah Aku”
Pagi yang cerah itu dihiasi dengan siulan bunyi burung-burung di awanan biru. Ketika itu terlihat seorang pemuda sedang merenung di tepian sungai sambil berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang.
“Alangkah bagusnya jika aku boleh terbang seperti burung itu, sudahlah tiada dosa, masih boleh bersandiwara di angkasa, SubhanaAllah.” Fauzan bermonolog sendirian.
“Jika aku tahu dunia ini begitu kejam, sudah tentu aku sudah berdoa awal-awal kepada Allah supaya dijadikan aku seperti burung itu.” Fauzan jelas kesepian.
Dia telah dipulaukan rakan-rakannya sekelasnya. Dia malu dengan dirinya sendiri, bahkan dia sudah dilabel dengan pelbagai tomahan dan fitnah ke atas dirinya hanya kerana dia telah tersilap langkah, terhumban ke dunia ‘ala barat’ yang tiada nasnya dalam islam.
“Apa salah aku? Salahkah aku bercouple dengan Aminah tu? Dia baik, aku takut kalau aku tak couple dengan dia, aku takut dia dirampas orang. Apa perlu aku buat?” Pantas juga jari jemari Fauzan melontarkan batu yang kecil-kecilan itu ke dalam sungai itu. Dia kini bingung dengan dirinya sendiri. Jika hendak mengatakan dia tidak mengetahui hukum, dia merupakan pelajar agama. Agama sangat dekat dengan dirinya bahkan setiap hari dia tidak pernah lepas untuk solat fardu berjemaah di masjid.
“Woi, kau buat apa ni Jan!?”? Seorang pemuda, berbaju biru itu menegur Fauzan dari belakang.
“Astgagfirullahalazim…selamat aku tak ada sakit jantung.” Fauzan memasamkan muka.
“Minta maaf la Jan, ana sengaja buat macam tu.” Fikri tersenyum lebar menyakat sahabatnya itu.
“Erm, hari ni ana tengok muka sahabat ana ni masam mencuka je. Boleh tahu kenapa?” Fikri menoleh ke muka Fauzan dengan senyumannya.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Fikri untuk duduk bersama-sama sahabatnya itu di tepian sungai ini. Fikri sudah tahu sangat tempat  ‘melepak’ dan melepaskan tekanan sahabatnua itu. Jika tidak ke masjid, di sungai inilah tempat dia menenangkan jiwanya yang lara itu.
“Entahla, kalau luahkan dekat engkau pun, belum tentu aku dapat selesaikan masalah aku. Tiada seorang pun yang benar-benar memahami aku.” Fauzan seakan sudah mengetahui soalan yang bakal diajukan Fikri. Masakan tidak, mereka sudah bersahabat semenjak daripada kecil lagi. Apa sahaja masalah Fauzan, pasti diluahkan kepada Fikri. Akan tetapi hari ini Fauzan tidak seperti kebiasaannya.
“Kenapa kau cakap begitu? Bukankah ana sentiasa ada bersama dengan kau Jan. Kau lupa janji kita? Ana tidak akan biarkan sahabat ana ni bersedih hati. Biarkan ana rasa apa yang kau tanggung selama ni Jan. Ana akan rasa sakit bila sahabat ana ni rasa sakit.” Fikri memegang bahu Fauzan.
“Jan, ingat, rahmat Allah itu terlalu luas, jika engkau melakukan kesilapan pada-Nya, maka ingatlah rahmat Allah itu mendahului kemurkaan-Nya. Waktu dahulu, Syaitan pernah meminta kepada Allah supaya dipanjangkan umurnya untuk syaitan menyesatkan manusia, kemudian engkau pasti tahu bahawa Allah memakbulkan doa syaitan itu, lalu jika doa syaitan itu pun sudah dimakbulkan Allah walaupun dia dilaknat Allah, mengapa doa hambanya yang masih beriman dengan-Nya perlu ditolak? Yakinlah, Allah sentiasa ada bersama-sama dengan kita.” Fikri merenung mata Fauzan yang mula mengalirkan air mata seakan nasihat sahabatnya itu betul-betul menusuk hatinya  ibarat paku yang diketuk penukul.
“Fik, terima kasih atas segalanya. Aku tahu, kalau aku tidak beritahu pun, kau seakan sudah memahami masalah aku Fik. Aku tidak mahu memberatkan hati kau. Aku tidak mahu engkau terlibat dalam masalah aku. Aku……” Fauzan menangis tersedu-sedu. Dia kini tidak dapat lagi menahan air matanya. Air matanya deras mengalir di pipinya.
“Sabar Jan,  Ana sudah berjanji pada diriku, ana cuba mengasihi engkau semampu mungkin. Ingatlah, persahabatan kita tidak akan berakhir selagi ruh tidak menjemput ana lagi Jan. Ana akan tolong kau sebaik mungkin. Ceritakan pada ana, apa yang telah engkau lakukan…”
Fauzan memeperlahankan sedunya. Dalam keadaan jiwa bercelaru, dia akhirnya menceritakan juga kepada Fikri tentang kisahnya itu.
*********************************************************************************
“Assalamualaikum, nama saya Fauzan. Saya pelajar baru di sini. Jadi, kepada rakan-rakan semua, saya harap anda semua dapat membantu saya mengenali selok belok sekolah ini.” Fauzan tidak kekok memperkenalkan dirinya kepada sahabat sekelasnya yang baru di Maahad Muhammadi lelaki, di Kelantan.
“Begheh boh..”. Rakan-rakan lain menunjukkan ibu jari mereka tanda setuju.
Sewaktu di sekolah tersebut, Fauzan merupakan pelajar contoh buat rakan-rakan yang lain. Dia seorang yang rajin dan sangat menghargai masa. Masa-masa terluang beliau dihabiskan dengan membaca buku dan menelaah kitab-kitab agama seperti kitab Riyadhus Solihin, Sohih Bukhari dan pelbagai lagi kitab yang dibelinya. Dia juga sanggup berjimat cermat hanya kerana mahu mengumpul duit untuk membeli buku kegemarannya itu. Baginya, ilmu itu umpama pelita hidup. Jika tidak dinyalakan, maka akan mati la segala ilmu. Manusia akan jahil tanpa ilmu. Itu prinsip hidupnya.
Fauzan juga terkenal dengan sikap peramahnya dengan rakan-rakan dan juga guru. Mereka sangat menghormati dan menyayangi Fauzan. Bahkan, ada sebahagian gurunya sanggup mengambil Fauzan sebagai anak angkat. Itulah realiti kehidupan Fauzan.
Masa bergerak pantas. Fauzan semakin hari semakin menunjukkan contoh yang baik. Beliau juga begitu dermawan. Dia banyak membantu rakan-rakannya yang dalam kesusahan. Kadang-kala Fauzan sanggup membelikan barang keperluan seharian keluarga sahabatnya itu jika dia mempunyai lebihan duit.
“Eh Mi, kau Nampak taka pa yang aku Nampak depan mata aku ni.” Syahmi menunjukkan sesuatu kepada Aril.
“Apa dia? Aku tak Nampak apa-apa pun.” Aril kebingungan.
“Tu ha..kat stesen bas tu, kau Nampak tak Fauzan tengah berpegangan tangan dengan perempuan?”. Syahmi seakan tidak percaya.
“Kau biar betol? A’ah la tapi aku rasa itu mungkin adik dia kot.” Aril cuba bersangka baik.
“Macam la aku tak kenal keluarga dia.” Syahmi menegakkan hujahnya.
“A’ah la. Aku pun macam tak percaya Fauzan sanggup buat macam tu. Depan kita dia sanggup berlagk hebat.” Aril mengiyakan kata-kata syahmi.
“Jom kita hebohkan kepada semua orang di sekolah.” Syahmi dan Aril meninggalkan tempat tersebut.
Pagi itu di sekolah hangat dengan berita dan gossip berkenaan Fauzan yang memegang tangan seorang perempuan. Berita-berita itu juga telah sampai kepada guru-gurunya di sekolah. Beliau seakan dipulaukan. Tiada siapa yang mahu berkata-kata dengannya lagi hatta sahabat yang duduk di sebelahnya sekali. Apa sahaja percakapan daripadanya tidak dilayan langsung oleh sahabat-sahabat yang rapat dengannya. Bahkan, tazkirah di dalam masjid yang disampaikan rakannya juga benar-benar menyentuh hatinya. Dia dihina, dikecam, dimaki dan pelabagai lagi dugaan yang datang kepada dia.
Hidupanya sudah tidak teratur. Jika dulu dia orang yang sangat menghargai masa, kini dia hanya seorang  remaja yang suka melengahkan masa. Dia masuk ke kelas 15 minit lewat seperti kebiasaannya. Gurunya juga seakan tidak melayan dia lagi seperti dulu. Dia ibarat mayat hidup.
**********************************************************************************
“Oh, begitu rupanya! Kenapa kau tidak cakap kepada aku awal-awal.?” Fikri cuba berfikrian positif. Dia tahu, Fauzan benar-benar menghargai dirinya. Jika tidak, masakan dia sanggup berkongsi luahan perasaan kepada dirinya.
“Aku tidak ada siapa-siapa lagi di dunia ini. Hidup aku tidak bermakna lagi Fik.” Fauzan kesedihan.
“Ana kan ada.? Fikri merenung mata Fauzan.
“Wajah Fauzan kembali tenang. Betul kea pa yang kau cakap ni Fik.?” Fauzan teruja dengan kata-kata fikri.
“Jan, Manusia itu tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut hendakah ditopup dengan keinsafan dan taubat kepada-Nya. Ana tahu, kau mampu lakukannya. Percaya pada diri kau Jan. Hanya diri kau sahaja yang mampu membantu diri kau. Kelak, bila kita semua mati, amalan kita sahaja jadi peneman kita, bukan makwe, keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, guru-guru kita yang jadi peneman kita. Mereka semua akan pulang daripada kubur kita.” Fikri menasihati Fauzan dengan cara yang paling berhikmah.
“Aku tahu aku salah Fik. Aku janji, aku tidak akan buat lagi perkara terkutuk ni. Terima kasih banyak-banyak Fik sebab kau sahaja kawan yang boleh menasihatkan aku. Kau tidak marah walau sekelumit pun. Aku bertuah ada kawan macam kau Fik.”
“Sudahlah, aku ini tidak ada apa-apa Jan. Hanya manusia biasa. Nanti, mungkin satu hari nanti aku juga boleh jadi jahat? Aku akan mati jua nanti. Yang Kekal hanya Allah.
“Uhibbukafillah Fik.”
“Uhibbukafillah aidon..” . Sungguh indah persahabatan mereka. Walaupun sahabatnya dipulaukan dengan pelbagai tomahan, tetapi Fikri sanggup mendekati Fauzan dengan cara paling berhikmah sekali. Dia tidak terus menegur sahabatnya itu dengan kasar akan tetapi dia lebih suka mengetahui masalah sahabatnya itu sebelum dia bertindak melakukan apa-apa.
Kini, mereka menjadi sahabat baik. Malah hubungan persahabatan mereka berdua bertambah erat umpama belangkas.
Indahnya persahabatan jika disulami dengan persefahaman dan ketakwaan kepada Allah.

Selasa, 11 Oktober 2011

KAUKAH KEKASIHKU?


Selama pena ini masih utuh digerakkan, maka saya mengambil peluang ini untuk menyampaikan sesuatu untuk dikongsikan bersama. Selama jari jemari ini punyai kekuatan untuk mengungkapkan sesuatu, maka saya akan cuba sedaya upaya menggerakkan jari ini untuk menyatakan pendapat saya. Hidup manusia itu perlu ada pemurnian jiwa. Hatinya perlu diketuk untuk sama-sama bermuhasabah diri.


Barangkali, sudah hampir setahun setengah kita bersama. Kekuatan ukhwah kita juga semakin serasi namun tidak dinafikan ada antara kita yang sering bertelagah dek kerana nafsu semata-mata. Hal itu juga terjadi kepada saya selama ini. Manusia itu mana mungkin tidak ada kesilapan dalam dirinya, sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang bertaubat setelah mereka melakukan dosa.


Kau kekasihku.....


Siapa antara kita yang tidak mahu berkahwin, berumah tangga, mempunyai anak, mempunyai keluarga besar? Ya, saya rasa kita semua ada niat sedemikian cuma belum waktunya untuk kita berumah tangga belum kunjung tiba. Fitrah dan sunnah nabi untuk menggalakkan umatnya berkahwin. Bahkan ada dalam beberapa riwayat nabi yang menggalakkan umatnya berkahwin. 


Ada caranya.....


Kadang-kala dalam ghairah bercinta, kita terlupa sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita, kita terlupa pada Yang Maha Mencintai Kita. Dia selalu menjaga kita, Selalunya Dia lebih memahami kita, akan tetapi kita lupa pada-Nya. Tiap kali kita cuba menjaga diri orang lain, Dia menjaga kita, tiap kali kita mengingati-Nya, Dia tidak akan cuba untuk melarikan diri daripada hambanya.


Umumnya, dalam diri kita, sahabat sendiri tidak mampu menjaga diri kita. Kita kadang kala mahukan sahabat yang terbaik dalam diri kita, ataupun kekasih yang terbaik dalam diri kita akan tetapi kita terlupa sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan kita, Yang Maha Mencintai kita adalah sahabat terbaik kita. 


Ringkasnya, kata-kata saya sekadar untuk mengajak diri saya dan sahabat-sahabat semua mencintai Yang Maha Mencintai. Kemana kita selepas ini jika tidak kembali menjadi tanah. Ditimbus dengan tanah lalu hancurlah tulang belulang kita? Lalu, kepada siapa lagi kita wajar meminta pertolongan? Bukan sahabat kita, bukan ibu bapa kita, bukan adik beradik kita, bukan saudara mara kita, namun jawapan yang bukan mustahil adalah DIA Allah yang Maha Kuasa.


Letakkan pengharapan kita pada-Nya. Kembalikan hati kita mencintai-Nya. Belajar lah mengenal Diri-Nya. Mengabdikan diri kepada-Nya dengan sebenar-benar pengabdian. Wallahualam..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Hasan berjiwa pendidik

                                 Hasan walaupun bertubuh kecil tetapi jiwanya sarat dengan jiwa mendidik

Sahabat itu perlu dikasihi kerana pertemuan dengannya satu anugerah dan rahmat daripada Allah untuk saling melengkapi.

Rasanya sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di blog kelas ini. Sudah berbulan-bulan juga blog ini sepi dengan penulisan daripada 'teman seperjuangan'. Hari ini saya teringin sekali bercerita tentang sahabat saya, Hasan.

Hasan merupakan satu daripada 11 orang sahabat saya di dalam kelas PPISMP 3.01. Tubuhnya kecil seakan-akan Shafiq Rahim. Hasan tinggal di Sabak Bernam, antara majoriti tempat sahabat sekelas saya menetap.

 Hasan juga berkuturunan jawa, maklum sahajalah, apabila disebut negeri Selangor dan Johor, kedua-dua negeri ini amat berkait rapat dengan keturunan Bugis. Lebih-lebih lagi Sabak Bernam, antara tempat terkenal masyarakat jawa.

Masuk semester ini, sudah setahun setengah saya bersahabat dengan Hasan. Hasan terlalu peramah orangnya,   malah, hasan juga tidak pernah lekang daripada selalu senyuman.  Setiap kali ada sahaja aktiviti di Maktab, Hasan antara orang yang 'terkehadapan' dan berani mencuba sesuatu perkara yang baru.

Apabila disuruh sahaja melakukan sesuatu, pasti Hasan akan menjawab 'ya'. Jarang sekali kedengaran perkataan 'tidak' yang keluar daripada mulutnya. Jika di kelas, Hasan antara sahabat saya yang berani mencuba.

Saya masih teringat lagi, walaupun Hasan diajukan soalan dalam bahasa Inggeris ketika pelajaran ELP (English Language Profiency), dia sanggup menjawab soalan tersebut walaupun salah dan memalukan dirinya di hadapan kawan-kawan yang lain, tetapi beliau berani mencuba walaupun silap. Ya, itu antara salah satu ciri-ciri orang yang berjaya 'mendidik' diri mereka untuk 'kehadapan'.

Bukan mudah untuk membentuk keyakinan diri. Kadang kala saya suka mencabar diri saya agar 'bersaing' secara sihat dengan Hasan memandangkan beliau berani mencuba sesuatu perkara. Ya, saya banyak belajar erti 'keyakinan' yang sebenar daripadanya.

Dalam diri Hasan juga terdapat nilai kasih sayang yang mampu mengeratkan ukhwah antara kami. Di kelas juga, saya duduk bersebelahan dengannya, ketika saya sakit dahulu dan sesak nafas secara mengejut, Hasan antara sahabat yang banyak membantu saya, Hasan yang menelefon ustaz, memanggil ustaz Razak untuk merawati saya.

Ya, sungguh indah persahabatan ini jika antara kita saling menyayangi dan memahami antara satu sama lain. Hasan juga sanggup 'berhabisan' duit demi 'islam tercinta'. Hasan pernah mengajak saya berkongsi duit untuk membeli buku berjilid imam ghazali dalam versi melayu tetapi atas faktor kewangan menyebabkan saya menolak dengan baik permintaan Hasan.

Mengejutnya, Hasan sanggup membeli buku itu walaupun harganya mencecah RM 300 ke atas. Hasan secara tidak langsung mendidik saya 'erti pengorbanan' dalam kehidupan. Setiap apa yang dilakukan untuk islam perlu dikorbankan kerana maharnya menati di akhirat kelak.

Walaupun kadang-kala saya berbeza pendapat dengan Hasan, itu tidak membuatkan hubungan persahabatan kami goyah dan bermusuhan akan tetapi apabila kami berselisih pendapat, kami kelihatan semakin rapat dan bersama-sama menghormati pendapat masing-masing.

Itulah yang di ajar ulama terdahulu, apabila berselisih pendapat, mereka tidak pernah berbalah dan saling menuduh akan tetapi mereka saling menghormati.

Keyakinan mencuba yang wujud pada dirinya membuatkan Hasan juga kadang-kala tidak segan silu untuk berkongsi masalah dan meminta nasihat daripada sahabat-sahabat yang lain. Saya akui, bukan mudah untuk berkongsi masalah dengan sahabat sekeliling akan tetapi kerana 'keyakinan diri' yang wujud pada diri Hasan membuatkan Hasan mudah untuk berkongsi perasaan dan menceritakan masalah yang dialaminya.

Bagi saya, Hasan mampu menjadi orang yang kehadapan suatu hari nanti. Pada dirinya terdapat semangat yang kuat demi melihat islam itu ditegakkan di muka bumi ini. Setiap hari perbicaraannya tidak lekang untuk islam dan saya berharap agar Hasan selalu dirahmati Allah s.w.t...

Terima kasih Hasan..dalam diam dirimu berjaya mendidik diriku... :-)
Semoga persahabatan ini kekal ke alam syurga..insyaallah..

Sabtu, 25 Jun 2011

NOVEL: 'Budak Gangster' (bab 5)



“Hahahahah, habis rosak MPI kita kerjakan, terbaik la!”. Man ketawa berdekah-dekah seolah-olah kemenangan berpihak kepada mereka.
“Aku suka bila kita baling bom dari udara, aku tengok dari atas dah macam pesta bunga api je”. Shahid kelihatan gembira melihat  taktiknya berjaya.
“Eleh kau Man, mula-mula kata tak best la rancangan kita, tapi seronok juga kau ni”. Firdaus menyakat Man.
“Itu mula-mula dulu, tapi sekarang aku rasa puas!”. Wajah Man bertambah riang.
“Lepas ni apa pula plan kita?”. Rizduan membuka persoalan.
“Aku ada idea”. Man bangun dari tempat duduknya sambil  memanggil rakan-rakannya rapat kepadanya dan berbisikkan sesuatu.
“Terbaik la”. Mereka semua bersepakat dengan idea Man tersebut.

*******************************************************************************************************
Malam itu, di Masjid Imam Shafie mengadakan solat hajat untuk memohon perlindungan daripada Allah daripada bala yang menimpa, Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) menganjurkan solat hajat perdana bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya ditetapkan hati para mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut terutamanya motorsikal mereka yang hancur lebur dibedil bom.
“Arif, kau rasa apa patut kita buat?” Jamry menyoal sahabatnya itu. Arif merupakan Yang Dipertua Perwakilan Pelajar di MPI ini.
“Aku rasa kita perlu adakan program mendekati para mangsa yang terlibat. Kita tidak boleh biarkan mereka terus-terusan bersedih hati, malam ni, kita kumpulkan kesemua EXCO kita dan aku nak buat sedikit mesyuarat tergempar”. Arif begitu mengambil berat dengan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
“Baik Rip, aku cuba hubungi kesemua EXCO sekarang juga”. Jamry menurut perintah sahabatnya itu.
Sementara itu di dalam Masjid, isu pengeboman itu tersebut diperkatakan dengan hangat sekali, satu persatu abang-abang senior tampil ke hadapan untuk memberikan semangat kepada mangsa kejadian supaya bersabar di atas dugaan yang menimpa mereka. Antara salah seorang daripada mereka ialah saudara Fendi Ujang.
“Sebagai manusia yang beriman kepada Allah, kita hendaklah sabar di atas dugaan yang melanda, jika kita susuri perjalanan nabi-nabi terdahulu, ujian mereka lebih berat daripada ujian manusia biasa seperti kita, malah mereka juga pernah mendapat ujian diugut, dibunuh, dikecam, diracun dan sebagainya lagi, tetapi ujian kita Cuma sekelumit sahaja, Ana harap antum dapat bersabar, mohonlah kepada Allah supaya dibesarkan iman jangan mohon kepada-nya supaya dikurangkan ujian.’ Fendi Ujang cuba menenangkan para mangsa yang berada dalam kesedihan akibat kehilangan motorsikal yang mereka sayangi itu”.
Malam itu kelihatan suram, hujan yang turun lebat mengiringi kesedihan mangsa kejadian.
***************************************************************************************************
Kesemua EXCO JPP sibuk menzirahi para mangsa yang kehilangan motorsikal , Mereka berhempas pulas menyediakan yang terbaik buat pemangsa. Ada yang membawa makanan, ada yang memberikan kata-kata semangat dan mereka juga menjemput para penceramah yang hebat untuk menceriakan Masjid Imam Syafie dengan ceramah motivasi pada minggu itu. Bagi mereka, biar berhabis wang, asalkan mangsa kejadian yang dibomkan motorsikalnya tempoh hari dapat menenangkan jiwa mereka. Bukan mudah untuk menenangkan jiwa orang yang berada dalam keadaan sedih, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada orang lain. Mereka hanya berusaha, natijahnya diserahkan bulat-bulat kepada Allah.
Dalam satu sudut, kelihatan mata-mata sedang seronok melihat reaksi Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) melayani para mangsa,  mata-mata itu kelihatan meneliti satu persatu perbuatan dan perbualan daripada aggota JPP tersebut.
“Kau ingat, kau buat macam ni, budak-budak tu boleh terima ke?”. Man, bermonolog sendirian sambil memerhati satu persatu EXCO JPP tersebut.
“Kau tunggulah tindakan susulan kami”. Man terus menyimpan dendam kepada ahli JPP.
Kelihatan seorang pemuda juga turut meneliti satu persatu perbuatan JPP, namun pemuda itu ternyata tenang tanpa ada pransangka buruk terhadap JPP.
Malam terus berlalu dan usaha keras JPP menampakkan hasilnya dari hari ke hari.
*************************************************************************************************************

Isra'Mikraj (cerita 2)


Adik Hassan, PPISMP 3.01



Alhamdulillah,setinggi-tinggi  ana merafa’kan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah inayah serta kekuatan dari-Nya,ana dapat meneruskan penulisan ini hasil daripada bahagian pertama sebelum ini, berkaitan satu peristiwa yang sangat ajaib dalam sejarah islam iaitu “Isra’ dan Mikraj”.Sebelum ini kita telah membaca tentang peristiwa,gambaran serta seksaan dan nikmat yang Allah pertontonkan kepada baginda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sepanjang perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.Pada penulisan kali ini,ana akan berkongsi dengan para pembaca tentang apa pula yang berlaku kepada junjungan besar sepanjang perjalan baginda dari masjidil aqso sehingga bertemu dengan Maha Pencipta,Allah Azza Wajalla.
Ikwah akhawat ahibbah,
Setelah junjungan besar Nabi Allah,Muhammad s.a.w  selesai mengimami solat sunat para nabi di Masjidil Aqso,maka Nabi Muhammad s.a.w dengan menunggang burok diiringi  Malaikat Jibrail a.s meneruskan perjalanan naik kelangit untuk bertemu dengan Allah Azza Wajalla.Setibanya Nabi Allah,Muhammad dan Malaikat Jibrail a.s tiba di langit pertama,di langit pertama ini,Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Allah,Adam a.s.Maka,Nabi Muhammad memberi salam dan di jawab oleh Nabi Adam sambil menyambut kedatangan baginda dengan begitu seronok.Setelah itu,Nabi Muhammad melihat Nabi Allah,Adam a.s duduk di satu tempat yang digambarkan di kanan tempat duduknya satu gambaran di mana sewaktu Nabi Adam a.s. menoleh ke arah kanan ,beliau tersenyum.Namun,sewaktu beliau menoleh pula kearah kiri,beliau kelihatan begitu sedih dan menangis.Lalu,Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada  Malaikat Jibrail, “Wahai Jibrail,apakah maksud gambaran ini?”,lalu,Jibrail mengkhabarkan bahawa di sebelah kanan tadi adalah gambaran bagi ummat tuan yang akan memperolehi syurga,manakala di sebelah kiri pula adalah gambaran bagi mereka yang akan masuk ke dalam api neraka.
Nabi Muhammad s.a.w meneruskan perjalanannya bersama Malaikat Jibrail.Pada kali ini,baginda dipertontonkan pula,di mana di atas sebuah meja  terdapat dua bekas berisi daging.Salah satu daripadanya berisi daging yang elok dan baik,namun tiada sesiapa yang mendekatinya dan memakannya,namun,daging yang tidak baik,busuk yang terdapat pada bekas satu lagi di kerumuni oleh satu golongan lalu mereka memakan daging tersebut walaupun daging tersebut busuk.Maka,Nabi Allah,Muhammad bertanya lagi kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,apakah erti gambaran ini?”.Lalu Jibrail memberitahu bahawa inilah balasan untuk ummat  tuan bagi mereka yang meninggalkan perkara yang halal dan mengambil perkara yang haram.
Astaghfirullah~~~~~

Seterusnya baginda diperlihat lagi satu golongan di mana bibir golongan ini seperti unta,mulut mereka terbuka serta di sumbat kedalamnya dengan baraan bara api neraka dan keluar melalui dubur mereka sambil berteriak dengan kuatnya.Maka Jibrail memberitahu bahawa inilah balasan bagi ummat tuan yang memakan makanan dari harta anak-anak yatim.
Setelah itu,baginda di perlihatkan pula satu golongan kaum wanita dimana di cangkuk “Breast(Maaf)” mereka lalu berteriak dengan kuat sambil meminta pertolongan kepada Allah.Manakala pasangan mereka tersangkut di bahagian “Breast(Maaf)” mereka.Maka Jibrail menjawab,inilah balasan bagi mereka yang berzina.Nau’zubillah…
Setelah itu,Nabi Allah,Muhammad s.a.w diperlihatkan lagi satu golongan dimana perut mereka buncit dan berat,setiap kali mereka hendak berdiri,mereka rebah kembali lantaran bebanan dari perut mereka.Maka Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah gambaran seksaan bagi ummat tuan yang memakan hasil riba’.Seterusnya,Nabi Allah dipertontonkan pula satu golongan dimana daging-daging dibawah tulang rusuk mereka dikerat lalu disumbatkan ke dalam mulut mereka sambil berkata, “Makanlah sebagaimana engkau memakan daging saudaramu”.Lantas Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah gambaran untuk ummat tuan yang mengumpat serta merendahkan dan menegejek sesama sendiri.Seterusnya,nabi dperlihatkan lagi satu golongan dimana mereka mempunyai kuku yang diperbuat daripada tembaga,lalu mereka mencakar  muka dan dada mereka.Nabi bertanya, “Ya Jibrail,apakah maksud gambaran ini pula?”.Jibrail memberitahu bahawa inilah gambaran untuk ummat tuan yang mencela antara satu sama lain.
Ikwah akhawat ahibbah,
Setelah nabi melihat semua gambaran tadi,maka Nabi Allah,Muhammad berangkat bersama Jibrail untuk naik ke langit kedua.Setibanya Nabi Muhammad dan Jibrail di langit kedua,bertemu pula dengan Nabi Allah,Isa bin Maryam bersama Yahya bin Zakaria a.s.Kedatangan mereka disambut dengan seronok sekali dengan diiringi salam serta doa.Seterusnya,Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibrail naik lagi untuk ke langit ketiga.Disini,mereka bertemu dengan Nabi Allah Yusuf a.s yang dikurniakan rupa paras yang sangat indah dan baik sambil memberi salam.Lantas Nabi Allah Yusuf menjawab salam baginda sambil mendokan kebaikan ke atas baginda.
Seterusnya,Nabi Muhammad meneruskan lagi naik kelangit ke empat bersama Jibrail.Pada kali ini,penjaga pintu langit  ke empat ialah Nabi Allah Idris a.s.Lantas nabi memberi salam kepada Nabi Idris a.s.Lalu,disambut Nabi Muhammad dengan penuh kehormatan sambil mendoakan ke atas baginda.Setelah itu,mereka meneruslakan lagi naik untuk ke langit yang ke lima.Di langit kelima ini,penjaga pintunya adalah Nabi Allah harun a.s.Lalu,nabi terus memberi salam serta disambut dengan penuh kasih sayang serta menjawab salam baginda dengan penuh hormat.
Subhanallah~~~~

Ikwah akhawat ahibbah,
Nabi Allah,Muhammad s.a.w meneruskan lagi untuk naik ke langit ketujuh.Di sini baginda bertemu pula dengan Nabi Allah Ibrahim a.s.Lantas,Nabi Muhammad memberi salam kepada Nabi Allah Ibrahim dan dijawab serta disambut dengan penuh hormat.Di langit ke tujuh ini,Nabi Allah Muhammad s.a.w dipertontonkan Baitul Ma’mur dengan satu gambaran gambaran dimana para malaikat sentiasa bertawaf tanpa berhenti.Disini juga,Dibawakan kepada Nabi Allah,Muhammad 3 bejana air dimana setiap satu berisi dengan arak,madu serta susu.Lantas,Nabi Allah,Muhammad memilih bejana yang berisi susu.Lalu Jibrail berkata, “Sesungguhnya tuan dan ummat tuan akan akan menjalani kehidupan di atas jalan yang lurus iakni bagi mereka yang yang beriman kepada Allah”.Seterusnya Nabi Muhmmad digambarkan bahawa ummatnya terbahagi kepada dua golongan.Satu golongan berpakaian berjubah putih lagi bersih,manakala satu golongan lagi berpakaian berjubah kelabu.Namun,Nabi Allah bersama golongan yang berpakaian berjubah putih masuk ke dalam Baitul Ma’mur manakala golongan yang berpakaian berjubah kelabu hanya menanti diluar sahaja.Setelah selesai,Nabi dipertonton sekali lagi bahawa ada satu golongan dimana perut-perut mereka buncit,manakala didalam perutnya boleh dilihat banyaknya ular didalamnya.Lalu Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,siapakah mereka ini?”.Lantas Jibrail menjawab, “Ini lah balasan bagi ummat tuan ketika hidupnya didunia memakan hasil riba’.Seterusnya,Nabi Muhammad mendengar kalam-kalam suci yang begitu shaydu dan indah.Maka,Nabi Allah Muhammad naik keatas dan baginda sungguh terpesona kerana disinilah baginda dapat bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.Kemudian,Nabi dibawa pula untuk melihat balasan serta janji Allah bagi hambanya yang taat akan perintahnya.Maka,nabi bersama Malaikat Jibrail masuk kedalam syurga Allah.Sewaktu Nabi Allah Muhammad masuk kedalam Syurga bersama Jibrail,nabi dipertontonkan pula gambaran dimana baginda melihat seorang wanita muda yang sangat cantik.Lalu,Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,siapakan wanita itu?”.lalu Jibrail menjawab, “Wanita yang cantik tadi adalah wanita yang disediakan oleh Allah untuk Zaid Bin Sabit”.Setelah itu,Nabi Muhammad terdengar satu suara yang lemah lembut dari salah satu penjuru syurga.Lantas Nabi Allah Muhammad bertanya, “Wahai Jibrail,suara siapakah itu?”.Lalu Jibrail menjawab, “Itulah suara Bilal Bin Robah”.Sesudah itu,Nabi diperlihatkan lagi satu golongan yang sedang bersenang-senang didalam dan tidak pernah digambarkan oleh akal.Lantas Nabi bertanya, “Siapkah pula golongan yang sedang bersenang-senang itu Ya Jibrail?”.Jibrail menjawab, “Itulah golongan dimana mereka yang sentiasa taat serta patuh akan perintah Allah Azza Wajalla”. Setelah itu,nabi Allah dipertontonkan pula keadaan Neraka.Nabi Allah dapat melihat perbagai jenis seksaan disediakan didalamnya sehingga tidak dapat untuk diceritakan.Lalu, Allah menutup pemandangan nabi dari melihat keadaan dan gambaran neraka.
La hau la wala kuwwata i’lla billah~~~

Ikwah akhawat ahibbah,
Maka,setelah dipertontonkan dengan pelbagai keaadaan,maka tibalah saatnya Nabi yang Mulia bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.Maka,terimalah nabi dari Tuhan Pemerintah sekalian alam akan kefarduan solat lima puluh waktu sehari semalam untuk dilaksanakan oleh baginda dan ummatnya.Setelah itu,Nabi Allah bersama malaikat Jibrail turun semula sehingga bertemu dengan Nabi Musa a.s..Lantas nabi Allah Musa a.s. bertanya, “Apakah yang diperintahkan oleh Allah Rabbul Jalil ke atas mu?”.Maka Nabi Muhammad s.a.w menjawab, “Aku telah diperintahkan agar menunaikan kefarduaan solat lima puluh waktu sehari semalam.Nabi Musa mengkhabarkan agar baginda naik semula bertemu dengan Allah agar dikurangkan lagi kerana ummat Muhammad tidak mampu untuk melaksanakan perintah tersebut.Lantas,Nabi naik semula bertemu dengan Allah agar dikurangkan bilangan waktu solat sehari semalam.Begitulah yang berlaku sehingga sampai ke satu peringkat bilangan waktu solat sampai hanya untuk lima waktu sehari semalam.Lantas,Nabi Allah Musa a.s berkata, “Wahai Penghulu sekalian nabi dan rasul,naiklah lagi bertemu dengan Tuhan Segala Pencipta agar dikurangkan lagi bilangan waktu solat untuk ummatmu laksanakan”.Lantas Nabi Allah,Muhammad menjawab, “Sesungguhnya aku malu untuk bertemu dengan-Nya lagi”.Lalu,Nabi Allah,Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibrail turun semula ke bumi serta disebarkan akan perintah Allah untuk dilaksanakan sebagai tanda taat dan akur ke seluruh pelusuk alam.Walaupun pada mulanya ramai dikalangan manusia tidak mempercayai akan apa yang berlaku serta perintah dari Allah,namun bagi mereka yang benar-benar beriman,mereka menerima serta mempercayai akan apa yang dikhabarkan kepada mereka oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka mengetahui bahawa nabi tidak pernah berdusta.
Ikwah akhawat ahibbah,
Begitulah serba ringkas gambaran serta paparan yang dipertontonkan oleh Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.Mudah-mudah,apa yang berlaku serta gambaran yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kita,dapat kita ambil ikhtibar serta pengajaran bagi mencari keredaan Allah.Mudah-mudahan,kita mendapat manfaat serta maghfiroh dari-Nya Yang maha Pengampun.
Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِالَّليْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ الَّليْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا.
  Bermaksud:Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya dimalam hari untuk  menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari.Keadaan ini akan berterusan sehinggalah matahari terbit di sbelah barat(kiamat)
                                                                                                                                             Hadith Riwayat Muslim
Jazakallah…

DI SEBALIK TABIR 1 (ISRA’ DAN MIKRAJ)



Adik Hassan, PPISMP 3.01



DI SEBALIK TABIR 1 (ISRA’ DAN MIKRAJ)
Dengan nama-Mu  Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Wahhab,aku memulakan penulisanku ini dengan cermat agar dapat memberikan manfaat buatku yang menulis serta manfaat bagi mereka yang membaca penulisanku ini..Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,para sahabat serta para shuhada’ yang berjuang mempertahankan agama islam yang suci.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi,kerana memberikan kekuatan kepada ana untuk terus menulis dalam blog ana.Mudah-mudan,perkongsian ana pada kali ini dapat menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.wt dengan sebenar-benar taqwa.
Ikwah akhawat ahibbah,
Pada kali ini,ana akan menulis salah satu peristiwa besar  yang paling bersejarah dalam dunia umat islam dimana kesan darinya,kita dapat melaksanakan solat lima waktu sehari semalam sebagai tanda ketaatan dan keimanan kita kepada Allah Azza Wajalla.
Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 27 rejab setahun sebelum hijrah dan peristiwa ini dinamakan peristiwa ISRA’ DAN MIKRAJ.Pada malam 27 rejab itulah,Nabi Allah,Muhammad s.a.w diperjalankan dari dua tempat yang suci iaitu dari Masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqso,Palestin seterusnya  diangkat kelangit untuk menerima ibadah fardu yang sehingga kini kita laksanakannya yakni solat yang pada asalnya 50 waktu akhirnya menjadi 5 waktu sahaja.Maka,pada malam 27 Rejab tersebut,maka terbukalah bumbung rumah Nabi Allah,Muhammad s.a.w  lalu turunlah penghulu segala malaikat,Malaikat Jibrail a.s dengam membawa sebuah bejana yang penuh berisi dengan hikmah dan iman.Lantas,ia belah dada Muhammad s.a.w bermula dari lekuk di bawah leher  sehingga berhampiran perut baginda,maka dikeluarkan hati baginda dan di bersihkan dengan air zamzam dan dimasukkan hikmah dan iman kedalam hati baginda.
Setelah segalanya selesai,maka Allah menghantar  seekor binatang dari syurga  dimana warnanya putih bersih,badannya lebih besar daripada himar(keldai),boleh melangkah sejauh mata memandang dan binatang inilah yang dinamakan “Burok”.Pada asalnya,binatang Burok ini kelihatan sangat liar,kemudian,berkata Malaikat Jibrail a.s : “Hai Burok,sesungguhnya tidak pernah engkau ditunggang oleh seorang makhluk yang lebih mulia selain daripada utusan Allah,Muhammad”.Lalu,setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibrail a.s.,maka,Burok tersebut berubah sikapnya menjadi sangat jinak.Maka,naiklah Nabi Muhammad s.a.w  dan berangkatlah baginda daripada Masjidil Haram,Mekah menuju ke Masjidil Aqso di Palestin.



Inilah yang diceritakan oleh Allah dalam kalamnya Surah Al-Isra’,ayat pertama juzuk ke 15:
سُبْحَانَ الَّذِى اَسْرَى بِعَدْهِ لِيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ اَيَاتِنَا اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيرُ.
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya(Muhammad) pada malam hari dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkatib sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Ikwah akhawat ahibbah,
Sewaktu Nabi Allah,Muhammad s.a.w menuju ke Masjidil Aqso,nabi dipertontonkan oleh Allah dengan pelbagai peristiwa ajaib yang tidak boleh dicapai dan didambar oleh aka manusial.Pelbagi peritiwa yang aneh nabi diperlihatkan ketika menunggang Burok yang di temani Malaikat Jibrail a.s menuju ke Masjidil Aqso.Di antara peristiwa yang Allah perlihatkan kepada baginda adalah,baginda melihat seorang wanita tua berdiri di  tepi jalan,lalu baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail, “Siapa itu Ya Jibrail?”..Jibrail menjawab, “Jalanlah terus”.Kemudian baginda dilihatkan lagi dengan satu suara di suatu simpang menyeru, “Marilah ke sini wahai Muhammad”,lalu baginda bertanya lagi, “Suara siapakah itu Ya Jibrail?,Jibrail menjawab, “ Teruskanlah perjalanan”,Seterusnya nabi bertemu dengan seorang yang memberi salam kepada baginda, “ Salam sejahtera atasmu”,maka Malaikat Jibrail meminta agar baginda menjawab salam tersebut.Lalu,Jibrail menjawab semua pertanyaan yang diajukan kepadanya bahawasanya ,wanita tua yang sedang berdiri di tepi jalan tadi adalah,itulah gambaran  umur dunia yang sudah sangat tua.Suara yang menyeru kepada baginda agar mendekatinya tadi adalah itulah suara Iblis laknatullah dan yang terakhir tadi,orang yang memberi salam kepada baginda tadi ialah Nabi Allah Ibrahim,Musa dan Isa  A’laihissalam.
Kemudian Nabi Allah Muhammad meneruskan lagi perjalanannye menuju ke Masjidil Aqso.Sewaktu dalam perjalanan tersebut,Nabi di perlihatkan lagi satu kaum dimana mereka menanam dan menuai dalam masa satu hari sahaja.Setelah  mereka selesai menuai,maka tanaman tersebut kembali seperti sedia kala,maka mereka menuai lagi.Lalu,Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail a.s, “ Siapakah mereka itu Ya Jibrail?”,Jibrail menjawab, “Mereka itulah orang yang berjihad dijalan Allah dan di beri ganjaran sebanyak 700 kali ganda pahala.Suhbanallah..
Ikwah akhawat ahibbah,
Seterusnya,Nabi diperlihatkan lagi satu golongan dimana mereka ini menghempap kepalanya sendiri di atas sebuah batu yang sangat besar,lalu pecah berderai kapala mereka.Namun,tiap kali kepala mereka pecah berderai,maka,akan bercantum kembali seperti asal dan mereka mengulang kembali perbuatan mereka ini tidak putus-putus.Maka Nabi bertanya, “ Siapakah mereka itu Ya Jibrail? “,maka Jibrail a.s. menjawab, “Mereka itulah golongan yang susah dan berat untuk mengerjakan solat fardu”.


Kemudian,Nabi diperlihatkan satu golongan dimana mereka hanya menutup kemaluan mereka dengan menggunakan kain-kain perca yang koyak rabak,kemudian mereka makan makanan yang busuk,berduri serta menelan batu-batuan daripada batuan  api neraka.Nabi meneruskan lagi pertanyaannya kepada Jibrail,maka JIbrail a.s. menjawab, “Mereka inilah orang yang tidak mengeluarkan zakat setelah cukup syarat dan khaul.
Setelah Jibrail a.s. menjawab pertanyaan Nabi,Nabi melalui satu  golongan manusia dimana dihadapkan dihadapan mereka ada dua bekas penuh berisi daging.Satu bekas daging yang elok serta enak untuk dimakan,dan satu bekas lagi berisi daging yang mentah,kotor lagi  busuk.Namun,mereka ini memilih untuk makan daging daripada bekas yang kedua,mentah,kotor serta  busuk.Lalu Jibrail mengkhabarkan,inilah seksaan dan balasan bagi mereka dari kaum  lelaki dan wanita yang telah mempunyai pasangan yang halal lagi baik,namun mereka ini berzina dengan pasangan yang haram lagi berdosa buat mereka.Kemudian Nabi dipertontonkan dengan satu golongan  yang mengangkat bebanan dibahu mereka,namun mereka tidak mampu mengangkatnya sebaliknya mereka menambah lagi bebanan tersebut,maka Jibrail memberitahu kepada baginda, “Inilah balasan bagi mereka yang tidak mampu memikul amanah,namun mereka tetap memikul amanah itu”..
Astagfirullah~~~~~~~~~~~
Ikwah akhawat ahibbah,
Nabi Allah,Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalannya,seterusnya Nabi di perlihatkan oleh Allah satu kaum dimana mereka menggunting bibir dan lidah mereka sendiri menggunakan gunting yang diperbuat  dari bahan api neraka.Setiap kali bibir dan lidah tersebut terpisah dari bahagiannya,maka,akan bercantum kembali.Nabi bertanya lagi, “Wahai Jibrail,apakah seksaan dan balasan mereka ini?”,maka Jibrail menjawab, “Mereka inilah golongan yang suka menabur fitnah”.Seterusnya,Nabi tiba di suatu lembah yang bertiupan angin yang dingin,mengeluarkan bauan yang harum lagi wangi.Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah dia gambaran syurga Allah bagi mereka yang taat akan perintah-Nya.Namun,tidak jauh dari situ,nabi merasa tiupan angin yang panas,serta  mengeluarkan bauan yang busuk lagi sakit menghidunya.Lalu Jibrail mengkhabarkan,inilah dia gambaran neraka Allah bagi mereka yang ingkar dari melaksanakan sedala  perintah-Nya.
Kemudian nabi mendengar satu suara dari sebelah kanan baginda dan menyeru, “Hai Muhammad,aku hendak bertanya kepadamu”,namun nabi tidak mengindahkan suara tersebut.Maka Jibrail berkata, “Inilah seruan dari yahudi,sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan menjadi seperti orang yahudi.Nabi mendengar lagi seruan yang sama dari sebelah kiri baginda pula,nabi turut tidak mengendahkan seruan tersebut,maka Jibrail menjawab, “Inilah seruan dari kaum nasrani,sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan menjadi seperti kaum nasrani.Nabi meneruskan lagi perjalannya,kali ini nabi lihat seorang wanita menyinsing lengan bajunya maka terlihalah segala perhiasan di tangannya,namun nabi tidak mengindahkan  wanita tersebut.Maka Jibrail memberitahu bahawa itulah dunia.Sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan memilih dunia dari akhirat.

Nabi Allah Muhammad meneruskan perjalanannya,namun pada kali ini,Nabi berhenti di suatu tempat dan malaikat jibrail meminta agar baginda menunaikan  solat sunat 2 rakaat di situ.Maka setelah baginda selesai menunaikan solat sunat,Jibrail mengkhabarkan bahawa tempat ini bernama Taif(Madinah),Nabi meneruskan lagi dan tiba di suatu tempat,maka malaikat Jibrail meminta agar nabi solat sunat di situ pula,maka setelah selesai,Jibrail mengkhabarkan bahawa tempat ini bernama Madyan dimana terdapatnya pohon Nabi Allah Musa a.s..Seterusnya,Nabi berhenti lagi di tempat yang lain dan Malaikat Jibrail meminta agar nabi solat sunat di situ,maka setelah selesai,jibrail mengkhabarkan bahawa inilah tempat yang bernama Baitul Laham di mana kelahiran Nabi Allah Isa a.s.
Akhirnya,Nabi Allah,Muhammad tiba diMasjidil Aqso.Maka di tambatnya haiwan tunggangan Burok tersebut di mana nabi-nabi sebelumnya menambat haiwan mereka.Maka,Nabi Muhammad masuk ke dalam masjd dan solat sebanyak dua rakaat.Setelah selesai menunaikan solat,Nabi Muhammad s.a.w keluar dari masjid,namun,baginda berasa begitu dahaga.Maka,Jibrail membawa dua bekas bejana.Salah satu dari bekas tersebut di isi dengan arak dan satu bekas lagi berisi susu.Lantas,Nabi memilih bekas berisi susu lalu meminumnya.Maka Jibrail mengkhabarkan bahawa sekiranya Nabi memilih arak tadi,maka seluruh ummatnya akan menghadapi kesusahan.
Seterusnya,Malaikat Jibrail meminta Nabi agar pergi di sebalik batu besar tersebut dan memberi salam kepada penduduk tersebut.Maka,nabi pergi mellihat apa yang berada disebalik batu besar tersebut dan melihat ramai wanita yang cantik,baik, bersih lagi berseri.Lantas Nabi memberi salam kepada mereka dan bertanya, “Siapakah kalian semua ini?”,Maka mereka menjawab, “Kamilah wanita yang baik,cantik dan isteri bagi mereka  dari kalangan orang yang baik dan soleh serta kami akan tetap berada disini dan tidak akan mati menanti pasangan kami”..
Alhamdulliah,inilah sebahagian peristiwa yang dipertontonkan oleh Allah sewaktu perjalanan Nabi Allah  Muhammad menunggangi Burok diiringi Malaikat Jibrail a.s.Insya-Allah,ana akan sambung kembali peristiwa serta gambaran yang diperlihatkan kepada badinda dalam perjalanana baginda dari Masjidil Aqso naik untuk ke langit bertemu dengan Maha Pencipta,Allah Rabbul Jalil di post yang akan datang.
Jazakallah,Barakallah a’laikum..
Wassalam..