Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Sabtu, 25 Jun 2011

NOVEL: 'Budak Gangster' (bab 5)



“Hahahahah, habis rosak MPI kita kerjakan, terbaik la!”. Man ketawa berdekah-dekah seolah-olah kemenangan berpihak kepada mereka.
“Aku suka bila kita baling bom dari udara, aku tengok dari atas dah macam pesta bunga api je”. Shahid kelihatan gembira melihat  taktiknya berjaya.
“Eleh kau Man, mula-mula kata tak best la rancangan kita, tapi seronok juga kau ni”. Firdaus menyakat Man.
“Itu mula-mula dulu, tapi sekarang aku rasa puas!”. Wajah Man bertambah riang.
“Lepas ni apa pula plan kita?”. Rizduan membuka persoalan.
“Aku ada idea”. Man bangun dari tempat duduknya sambil  memanggil rakan-rakannya rapat kepadanya dan berbisikkan sesuatu.
“Terbaik la”. Mereka semua bersepakat dengan idea Man tersebut.

*******************************************************************************************************
Malam itu, di Masjid Imam Shafie mengadakan solat hajat untuk memohon perlindungan daripada Allah daripada bala yang menimpa, Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) menganjurkan solat hajat perdana bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya ditetapkan hati para mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut terutamanya motorsikal mereka yang hancur lebur dibedil bom.
“Arif, kau rasa apa patut kita buat?” Jamry menyoal sahabatnya itu. Arif merupakan Yang Dipertua Perwakilan Pelajar di MPI ini.
“Aku rasa kita perlu adakan program mendekati para mangsa yang terlibat. Kita tidak boleh biarkan mereka terus-terusan bersedih hati, malam ni, kita kumpulkan kesemua EXCO kita dan aku nak buat sedikit mesyuarat tergempar”. Arif begitu mengambil berat dengan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
“Baik Rip, aku cuba hubungi kesemua EXCO sekarang juga”. Jamry menurut perintah sahabatnya itu.
Sementara itu di dalam Masjid, isu pengeboman itu tersebut diperkatakan dengan hangat sekali, satu persatu abang-abang senior tampil ke hadapan untuk memberikan semangat kepada mangsa kejadian supaya bersabar di atas dugaan yang menimpa mereka. Antara salah seorang daripada mereka ialah saudara Fendi Ujang.
“Sebagai manusia yang beriman kepada Allah, kita hendaklah sabar di atas dugaan yang melanda, jika kita susuri perjalanan nabi-nabi terdahulu, ujian mereka lebih berat daripada ujian manusia biasa seperti kita, malah mereka juga pernah mendapat ujian diugut, dibunuh, dikecam, diracun dan sebagainya lagi, tetapi ujian kita Cuma sekelumit sahaja, Ana harap antum dapat bersabar, mohonlah kepada Allah supaya dibesarkan iman jangan mohon kepada-nya supaya dikurangkan ujian.’ Fendi Ujang cuba menenangkan para mangsa yang berada dalam kesedihan akibat kehilangan motorsikal yang mereka sayangi itu”.
Malam itu kelihatan suram, hujan yang turun lebat mengiringi kesedihan mangsa kejadian.
***************************************************************************************************
Kesemua EXCO JPP sibuk menzirahi para mangsa yang kehilangan motorsikal , Mereka berhempas pulas menyediakan yang terbaik buat pemangsa. Ada yang membawa makanan, ada yang memberikan kata-kata semangat dan mereka juga menjemput para penceramah yang hebat untuk menceriakan Masjid Imam Syafie dengan ceramah motivasi pada minggu itu. Bagi mereka, biar berhabis wang, asalkan mangsa kejadian yang dibomkan motorsikalnya tempoh hari dapat menenangkan jiwa mereka. Bukan mudah untuk menenangkan jiwa orang yang berada dalam keadaan sedih, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada orang lain. Mereka hanya berusaha, natijahnya diserahkan bulat-bulat kepada Allah.
Dalam satu sudut, kelihatan mata-mata sedang seronok melihat reaksi Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) melayani para mangsa,  mata-mata itu kelihatan meneliti satu persatu perbuatan dan perbualan daripada aggota JPP tersebut.
“Kau ingat, kau buat macam ni, budak-budak tu boleh terima ke?”. Man, bermonolog sendirian sambil memerhati satu persatu EXCO JPP tersebut.
“Kau tunggulah tindakan susulan kami”. Man terus menyimpan dendam kepada ahli JPP.
Kelihatan seorang pemuda juga turut meneliti satu persatu perbuatan JPP, namun pemuda itu ternyata tenang tanpa ada pransangka buruk terhadap JPP.
Malam terus berlalu dan usaha keras JPP menampakkan hasilnya dari hari ke hari.
*************************************************************************************************************

Isra'Mikraj (cerita 2)


Adik Hassan, PPISMP 3.01



Alhamdulillah,setinggi-tinggi  ana merafa’kan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah inayah serta kekuatan dari-Nya,ana dapat meneruskan penulisan ini hasil daripada bahagian pertama sebelum ini, berkaitan satu peristiwa yang sangat ajaib dalam sejarah islam iaitu “Isra’ dan Mikraj”.Sebelum ini kita telah membaca tentang peristiwa,gambaran serta seksaan dan nikmat yang Allah pertontonkan kepada baginda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sepanjang perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.Pada penulisan kali ini,ana akan berkongsi dengan para pembaca tentang apa pula yang berlaku kepada junjungan besar sepanjang perjalan baginda dari masjidil aqso sehingga bertemu dengan Maha Pencipta,Allah Azza Wajalla.
Ikwah akhawat ahibbah,
Setelah junjungan besar Nabi Allah,Muhammad s.a.w  selesai mengimami solat sunat para nabi di Masjidil Aqso,maka Nabi Muhammad s.a.w dengan menunggang burok diiringi  Malaikat Jibrail a.s meneruskan perjalanan naik kelangit untuk bertemu dengan Allah Azza Wajalla.Setibanya Nabi Allah,Muhammad dan Malaikat Jibrail a.s tiba di langit pertama,di langit pertama ini,Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Allah,Adam a.s.Maka,Nabi Muhammad memberi salam dan di jawab oleh Nabi Adam sambil menyambut kedatangan baginda dengan begitu seronok.Setelah itu,Nabi Muhammad melihat Nabi Allah,Adam a.s duduk di satu tempat yang digambarkan di kanan tempat duduknya satu gambaran di mana sewaktu Nabi Adam a.s. menoleh ke arah kanan ,beliau tersenyum.Namun,sewaktu beliau menoleh pula kearah kiri,beliau kelihatan begitu sedih dan menangis.Lalu,Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada  Malaikat Jibrail, “Wahai Jibrail,apakah maksud gambaran ini?”,lalu,Jibrail mengkhabarkan bahawa di sebelah kanan tadi adalah gambaran bagi ummat tuan yang akan memperolehi syurga,manakala di sebelah kiri pula adalah gambaran bagi mereka yang akan masuk ke dalam api neraka.
Nabi Muhammad s.a.w meneruskan perjalanannya bersama Malaikat Jibrail.Pada kali ini,baginda dipertontonkan pula,di mana di atas sebuah meja  terdapat dua bekas berisi daging.Salah satu daripadanya berisi daging yang elok dan baik,namun tiada sesiapa yang mendekatinya dan memakannya,namun,daging yang tidak baik,busuk yang terdapat pada bekas satu lagi di kerumuni oleh satu golongan lalu mereka memakan daging tersebut walaupun daging tersebut busuk.Maka,Nabi Allah,Muhammad bertanya lagi kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,apakah erti gambaran ini?”.Lalu Jibrail memberitahu bahawa inilah balasan untuk ummat  tuan bagi mereka yang meninggalkan perkara yang halal dan mengambil perkara yang haram.
Astaghfirullah~~~~~

Seterusnya baginda diperlihat lagi satu golongan di mana bibir golongan ini seperti unta,mulut mereka terbuka serta di sumbat kedalamnya dengan baraan bara api neraka dan keluar melalui dubur mereka sambil berteriak dengan kuatnya.Maka Jibrail memberitahu bahawa inilah balasan bagi ummat tuan yang memakan makanan dari harta anak-anak yatim.
Setelah itu,baginda di perlihatkan pula satu golongan kaum wanita dimana di cangkuk “Breast(Maaf)” mereka lalu berteriak dengan kuat sambil meminta pertolongan kepada Allah.Manakala pasangan mereka tersangkut di bahagian “Breast(Maaf)” mereka.Maka Jibrail menjawab,inilah balasan bagi mereka yang berzina.Nau’zubillah…
Setelah itu,Nabi Allah,Muhammad s.a.w diperlihatkan lagi satu golongan dimana perut mereka buncit dan berat,setiap kali mereka hendak berdiri,mereka rebah kembali lantaran bebanan dari perut mereka.Maka Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah gambaran seksaan bagi ummat tuan yang memakan hasil riba’.Seterusnya,Nabi Allah dipertontonkan pula satu golongan dimana daging-daging dibawah tulang rusuk mereka dikerat lalu disumbatkan ke dalam mulut mereka sambil berkata, “Makanlah sebagaimana engkau memakan daging saudaramu”.Lantas Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah gambaran untuk ummat tuan yang mengumpat serta merendahkan dan menegejek sesama sendiri.Seterusnya,nabi dperlihatkan lagi satu golongan dimana mereka mempunyai kuku yang diperbuat daripada tembaga,lalu mereka mencakar  muka dan dada mereka.Nabi bertanya, “Ya Jibrail,apakah maksud gambaran ini pula?”.Jibrail memberitahu bahawa inilah gambaran untuk ummat tuan yang mencela antara satu sama lain.
Ikwah akhawat ahibbah,
Setelah nabi melihat semua gambaran tadi,maka Nabi Allah,Muhammad berangkat bersama Jibrail untuk naik ke langit kedua.Setibanya Nabi Muhammad dan Jibrail di langit kedua,bertemu pula dengan Nabi Allah,Isa bin Maryam bersama Yahya bin Zakaria a.s.Kedatangan mereka disambut dengan seronok sekali dengan diiringi salam serta doa.Seterusnya,Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibrail naik lagi untuk ke langit ketiga.Disini,mereka bertemu dengan Nabi Allah Yusuf a.s yang dikurniakan rupa paras yang sangat indah dan baik sambil memberi salam.Lantas Nabi Allah Yusuf menjawab salam baginda sambil mendokan kebaikan ke atas baginda.
Seterusnya,Nabi Muhammad meneruskan lagi naik kelangit ke empat bersama Jibrail.Pada kali ini,penjaga pintu langit  ke empat ialah Nabi Allah Idris a.s.Lantas nabi memberi salam kepada Nabi Idris a.s.Lalu,disambut Nabi Muhammad dengan penuh kehormatan sambil mendoakan ke atas baginda.Setelah itu,mereka meneruslakan lagi naik untuk ke langit yang ke lima.Di langit kelima ini,penjaga pintunya adalah Nabi Allah harun a.s.Lalu,nabi terus memberi salam serta disambut dengan penuh kasih sayang serta menjawab salam baginda dengan penuh hormat.
Subhanallah~~~~

Ikwah akhawat ahibbah,
Nabi Allah,Muhammad s.a.w meneruskan lagi untuk naik ke langit ketujuh.Di sini baginda bertemu pula dengan Nabi Allah Ibrahim a.s.Lantas,Nabi Muhammad memberi salam kepada Nabi Allah Ibrahim dan dijawab serta disambut dengan penuh hormat.Di langit ke tujuh ini,Nabi Allah Muhammad s.a.w dipertontonkan Baitul Ma’mur dengan satu gambaran gambaran dimana para malaikat sentiasa bertawaf tanpa berhenti.Disini juga,Dibawakan kepada Nabi Allah,Muhammad 3 bejana air dimana setiap satu berisi dengan arak,madu serta susu.Lantas,Nabi Allah,Muhammad memilih bejana yang berisi susu.Lalu Jibrail berkata, “Sesungguhnya tuan dan ummat tuan akan akan menjalani kehidupan di atas jalan yang lurus iakni bagi mereka yang yang beriman kepada Allah”.Seterusnya Nabi Muhmmad digambarkan bahawa ummatnya terbahagi kepada dua golongan.Satu golongan berpakaian berjubah putih lagi bersih,manakala satu golongan lagi berpakaian berjubah kelabu.Namun,Nabi Allah bersama golongan yang berpakaian berjubah putih masuk ke dalam Baitul Ma’mur manakala golongan yang berpakaian berjubah kelabu hanya menanti diluar sahaja.Setelah selesai,Nabi dipertonton sekali lagi bahawa ada satu golongan dimana perut-perut mereka buncit,manakala didalam perutnya boleh dilihat banyaknya ular didalamnya.Lalu Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,siapakah mereka ini?”.Lantas Jibrail menjawab, “Ini lah balasan bagi ummat tuan ketika hidupnya didunia memakan hasil riba’.Seterusnya,Nabi Muhammad mendengar kalam-kalam suci yang begitu shaydu dan indah.Maka,Nabi Allah Muhammad naik keatas dan baginda sungguh terpesona kerana disinilah baginda dapat bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.Kemudian,Nabi dibawa pula untuk melihat balasan serta janji Allah bagi hambanya yang taat akan perintahnya.Maka,nabi bersama Malaikat Jibrail masuk kedalam syurga Allah.Sewaktu Nabi Allah Muhammad masuk kedalam Syurga bersama Jibrail,nabi dipertontonkan pula gambaran dimana baginda melihat seorang wanita muda yang sangat cantik.Lalu,Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,siapakan wanita itu?”.lalu Jibrail menjawab, “Wanita yang cantik tadi adalah wanita yang disediakan oleh Allah untuk Zaid Bin Sabit”.Setelah itu,Nabi Muhammad terdengar satu suara yang lemah lembut dari salah satu penjuru syurga.Lantas Nabi Allah Muhammad bertanya, “Wahai Jibrail,suara siapakah itu?”.Lalu Jibrail menjawab, “Itulah suara Bilal Bin Robah”.Sesudah itu,Nabi diperlihatkan lagi satu golongan yang sedang bersenang-senang didalam dan tidak pernah digambarkan oleh akal.Lantas Nabi bertanya, “Siapkah pula golongan yang sedang bersenang-senang itu Ya Jibrail?”.Jibrail menjawab, “Itulah golongan dimana mereka yang sentiasa taat serta patuh akan perintah Allah Azza Wajalla”. Setelah itu,nabi Allah dipertontonkan pula keadaan Neraka.Nabi Allah dapat melihat perbagai jenis seksaan disediakan didalamnya sehingga tidak dapat untuk diceritakan.Lalu, Allah menutup pemandangan nabi dari melihat keadaan dan gambaran neraka.
La hau la wala kuwwata i’lla billah~~~

Ikwah akhawat ahibbah,
Maka,setelah dipertontonkan dengan pelbagai keaadaan,maka tibalah saatnya Nabi yang Mulia bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.Maka,terimalah nabi dari Tuhan Pemerintah sekalian alam akan kefarduan solat lima puluh waktu sehari semalam untuk dilaksanakan oleh baginda dan ummatnya.Setelah itu,Nabi Allah bersama malaikat Jibrail turun semula sehingga bertemu dengan Nabi Musa a.s..Lantas nabi Allah Musa a.s. bertanya, “Apakah yang diperintahkan oleh Allah Rabbul Jalil ke atas mu?”.Maka Nabi Muhammad s.a.w menjawab, “Aku telah diperintahkan agar menunaikan kefarduaan solat lima puluh waktu sehari semalam.Nabi Musa mengkhabarkan agar baginda naik semula bertemu dengan Allah agar dikurangkan lagi kerana ummat Muhammad tidak mampu untuk melaksanakan perintah tersebut.Lantas,Nabi naik semula bertemu dengan Allah agar dikurangkan bilangan waktu solat sehari semalam.Begitulah yang berlaku sehingga sampai ke satu peringkat bilangan waktu solat sampai hanya untuk lima waktu sehari semalam.Lantas,Nabi Allah Musa a.s berkata, “Wahai Penghulu sekalian nabi dan rasul,naiklah lagi bertemu dengan Tuhan Segala Pencipta agar dikurangkan lagi bilangan waktu solat untuk ummatmu laksanakan”.Lantas Nabi Allah,Muhammad menjawab, “Sesungguhnya aku malu untuk bertemu dengan-Nya lagi”.Lalu,Nabi Allah,Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibrail turun semula ke bumi serta disebarkan akan perintah Allah untuk dilaksanakan sebagai tanda taat dan akur ke seluruh pelusuk alam.Walaupun pada mulanya ramai dikalangan manusia tidak mempercayai akan apa yang berlaku serta perintah dari Allah,namun bagi mereka yang benar-benar beriman,mereka menerima serta mempercayai akan apa yang dikhabarkan kepada mereka oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka mengetahui bahawa nabi tidak pernah berdusta.
Ikwah akhawat ahibbah,
Begitulah serba ringkas gambaran serta paparan yang dipertontonkan oleh Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.Mudah-mudah,apa yang berlaku serta gambaran yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kita,dapat kita ambil ikhtibar serta pengajaran bagi mencari keredaan Allah.Mudah-mudahan,kita mendapat manfaat serta maghfiroh dari-Nya Yang maha Pengampun.
Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِالَّليْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ الَّليْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا.
  Bermaksud:Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya dimalam hari untuk  menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari.Keadaan ini akan berterusan sehinggalah matahari terbit di sbelah barat(kiamat)
                                                                                                                                             Hadith Riwayat Muslim
Jazakallah…

DI SEBALIK TABIR 1 (ISRA’ DAN MIKRAJ)



Adik Hassan, PPISMP 3.01



DI SEBALIK TABIR 1 (ISRA’ DAN MIKRAJ)
Dengan nama-Mu  Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Wahhab,aku memulakan penulisanku ini dengan cermat agar dapat memberikan manfaat buatku yang menulis serta manfaat bagi mereka yang membaca penulisanku ini..Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,para sahabat serta para shuhada’ yang berjuang mempertahankan agama islam yang suci.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi,kerana memberikan kekuatan kepada ana untuk terus menulis dalam blog ana.Mudah-mudan,perkongsian ana pada kali ini dapat menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.wt dengan sebenar-benar taqwa.
Ikwah akhawat ahibbah,
Pada kali ini,ana akan menulis salah satu peristiwa besar  yang paling bersejarah dalam dunia umat islam dimana kesan darinya,kita dapat melaksanakan solat lima waktu sehari semalam sebagai tanda ketaatan dan keimanan kita kepada Allah Azza Wajalla.
Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 27 rejab setahun sebelum hijrah dan peristiwa ini dinamakan peristiwa ISRA’ DAN MIKRAJ.Pada malam 27 rejab itulah,Nabi Allah,Muhammad s.a.w diperjalankan dari dua tempat yang suci iaitu dari Masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqso,Palestin seterusnya  diangkat kelangit untuk menerima ibadah fardu yang sehingga kini kita laksanakannya yakni solat yang pada asalnya 50 waktu akhirnya menjadi 5 waktu sahaja.Maka,pada malam 27 Rejab tersebut,maka terbukalah bumbung rumah Nabi Allah,Muhammad s.a.w  lalu turunlah penghulu segala malaikat,Malaikat Jibrail a.s dengam membawa sebuah bejana yang penuh berisi dengan hikmah dan iman.Lantas,ia belah dada Muhammad s.a.w bermula dari lekuk di bawah leher  sehingga berhampiran perut baginda,maka dikeluarkan hati baginda dan di bersihkan dengan air zamzam dan dimasukkan hikmah dan iman kedalam hati baginda.
Setelah segalanya selesai,maka Allah menghantar  seekor binatang dari syurga  dimana warnanya putih bersih,badannya lebih besar daripada himar(keldai),boleh melangkah sejauh mata memandang dan binatang inilah yang dinamakan “Burok”.Pada asalnya,binatang Burok ini kelihatan sangat liar,kemudian,berkata Malaikat Jibrail a.s : “Hai Burok,sesungguhnya tidak pernah engkau ditunggang oleh seorang makhluk yang lebih mulia selain daripada utusan Allah,Muhammad”.Lalu,setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibrail a.s.,maka,Burok tersebut berubah sikapnya menjadi sangat jinak.Maka,naiklah Nabi Muhammad s.a.w  dan berangkatlah baginda daripada Masjidil Haram,Mekah menuju ke Masjidil Aqso di Palestin.



Inilah yang diceritakan oleh Allah dalam kalamnya Surah Al-Isra’,ayat pertama juzuk ke 15:
سُبْحَانَ الَّذِى اَسْرَى بِعَدْهِ لِيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ اَيَاتِنَا اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيرُ.
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya(Muhammad) pada malam hari dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkatib sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Ikwah akhawat ahibbah,
Sewaktu Nabi Allah,Muhammad s.a.w menuju ke Masjidil Aqso,nabi dipertontonkan oleh Allah dengan pelbagai peristiwa ajaib yang tidak boleh dicapai dan didambar oleh aka manusial.Pelbagi peritiwa yang aneh nabi diperlihatkan ketika menunggang Burok yang di temani Malaikat Jibrail a.s menuju ke Masjidil Aqso.Di antara peristiwa yang Allah perlihatkan kepada baginda adalah,baginda melihat seorang wanita tua berdiri di  tepi jalan,lalu baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail, “Siapa itu Ya Jibrail?”..Jibrail menjawab, “Jalanlah terus”.Kemudian baginda dilihatkan lagi dengan satu suara di suatu simpang menyeru, “Marilah ke sini wahai Muhammad”,lalu baginda bertanya lagi, “Suara siapakah itu Ya Jibrail?,Jibrail menjawab, “ Teruskanlah perjalanan”,Seterusnya nabi bertemu dengan seorang yang memberi salam kepada baginda, “ Salam sejahtera atasmu”,maka Malaikat Jibrail meminta agar baginda menjawab salam tersebut.Lalu,Jibrail menjawab semua pertanyaan yang diajukan kepadanya bahawasanya ,wanita tua yang sedang berdiri di tepi jalan tadi adalah,itulah gambaran  umur dunia yang sudah sangat tua.Suara yang menyeru kepada baginda agar mendekatinya tadi adalah itulah suara Iblis laknatullah dan yang terakhir tadi,orang yang memberi salam kepada baginda tadi ialah Nabi Allah Ibrahim,Musa dan Isa  A’laihissalam.
Kemudian Nabi Allah Muhammad meneruskan lagi perjalanannye menuju ke Masjidil Aqso.Sewaktu dalam perjalanan tersebut,Nabi di perlihatkan lagi satu kaum dimana mereka menanam dan menuai dalam masa satu hari sahaja.Setelah  mereka selesai menuai,maka tanaman tersebut kembali seperti sedia kala,maka mereka menuai lagi.Lalu,Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail a.s, “ Siapakah mereka itu Ya Jibrail?”,Jibrail menjawab, “Mereka itulah orang yang berjihad dijalan Allah dan di beri ganjaran sebanyak 700 kali ganda pahala.Suhbanallah..
Ikwah akhawat ahibbah,
Seterusnya,Nabi diperlihatkan lagi satu golongan dimana mereka ini menghempap kepalanya sendiri di atas sebuah batu yang sangat besar,lalu pecah berderai kapala mereka.Namun,tiap kali kepala mereka pecah berderai,maka,akan bercantum kembali seperti asal dan mereka mengulang kembali perbuatan mereka ini tidak putus-putus.Maka Nabi bertanya, “ Siapakah mereka itu Ya Jibrail? “,maka Jibrail a.s. menjawab, “Mereka itulah golongan yang susah dan berat untuk mengerjakan solat fardu”.


Kemudian,Nabi diperlihatkan satu golongan dimana mereka hanya menutup kemaluan mereka dengan menggunakan kain-kain perca yang koyak rabak,kemudian mereka makan makanan yang busuk,berduri serta menelan batu-batuan daripada batuan  api neraka.Nabi meneruskan lagi pertanyaannya kepada Jibrail,maka JIbrail a.s. menjawab, “Mereka inilah orang yang tidak mengeluarkan zakat setelah cukup syarat dan khaul.
Setelah Jibrail a.s. menjawab pertanyaan Nabi,Nabi melalui satu  golongan manusia dimana dihadapkan dihadapan mereka ada dua bekas penuh berisi daging.Satu bekas daging yang elok serta enak untuk dimakan,dan satu bekas lagi berisi daging yang mentah,kotor lagi  busuk.Namun,mereka ini memilih untuk makan daging daripada bekas yang kedua,mentah,kotor serta  busuk.Lalu Jibrail mengkhabarkan,inilah seksaan dan balasan bagi mereka dari kaum  lelaki dan wanita yang telah mempunyai pasangan yang halal lagi baik,namun mereka ini berzina dengan pasangan yang haram lagi berdosa buat mereka.Kemudian Nabi dipertontonkan dengan satu golongan  yang mengangkat bebanan dibahu mereka,namun mereka tidak mampu mengangkatnya sebaliknya mereka menambah lagi bebanan tersebut,maka Jibrail memberitahu kepada baginda, “Inilah balasan bagi mereka yang tidak mampu memikul amanah,namun mereka tetap memikul amanah itu”..
Astagfirullah~~~~~~~~~~~
Ikwah akhawat ahibbah,
Nabi Allah,Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalannya,seterusnya Nabi di perlihatkan oleh Allah satu kaum dimana mereka menggunting bibir dan lidah mereka sendiri menggunakan gunting yang diperbuat  dari bahan api neraka.Setiap kali bibir dan lidah tersebut terpisah dari bahagiannya,maka,akan bercantum kembali.Nabi bertanya lagi, “Wahai Jibrail,apakah seksaan dan balasan mereka ini?”,maka Jibrail menjawab, “Mereka inilah golongan yang suka menabur fitnah”.Seterusnya,Nabi tiba di suatu lembah yang bertiupan angin yang dingin,mengeluarkan bauan yang harum lagi wangi.Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah dia gambaran syurga Allah bagi mereka yang taat akan perintah-Nya.Namun,tidak jauh dari situ,nabi merasa tiupan angin yang panas,serta  mengeluarkan bauan yang busuk lagi sakit menghidunya.Lalu Jibrail mengkhabarkan,inilah dia gambaran neraka Allah bagi mereka yang ingkar dari melaksanakan sedala  perintah-Nya.
Kemudian nabi mendengar satu suara dari sebelah kanan baginda dan menyeru, “Hai Muhammad,aku hendak bertanya kepadamu”,namun nabi tidak mengindahkan suara tersebut.Maka Jibrail berkata, “Inilah seruan dari yahudi,sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan menjadi seperti orang yahudi.Nabi mendengar lagi seruan yang sama dari sebelah kiri baginda pula,nabi turut tidak mengendahkan seruan tersebut,maka Jibrail menjawab, “Inilah seruan dari kaum nasrani,sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan menjadi seperti kaum nasrani.Nabi meneruskan lagi perjalannya,kali ini nabi lihat seorang wanita menyinsing lengan bajunya maka terlihalah segala perhiasan di tangannya,namun nabi tidak mengindahkan  wanita tersebut.Maka Jibrail memberitahu bahawa itulah dunia.Sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan memilih dunia dari akhirat.

Nabi Allah Muhammad meneruskan perjalanannya,namun pada kali ini,Nabi berhenti di suatu tempat dan malaikat jibrail meminta agar baginda menunaikan  solat sunat 2 rakaat di situ.Maka setelah baginda selesai menunaikan solat sunat,Jibrail mengkhabarkan bahawa tempat ini bernama Taif(Madinah),Nabi meneruskan lagi dan tiba di suatu tempat,maka malaikat Jibrail meminta agar nabi solat sunat di situ pula,maka setelah selesai,Jibrail mengkhabarkan bahawa tempat ini bernama Madyan dimana terdapatnya pohon Nabi Allah Musa a.s..Seterusnya,Nabi berhenti lagi di tempat yang lain dan Malaikat Jibrail meminta agar nabi solat sunat di situ,maka setelah selesai,jibrail mengkhabarkan bahawa inilah tempat yang bernama Baitul Laham di mana kelahiran Nabi Allah Isa a.s.
Akhirnya,Nabi Allah,Muhammad tiba diMasjidil Aqso.Maka di tambatnya haiwan tunggangan Burok tersebut di mana nabi-nabi sebelumnya menambat haiwan mereka.Maka,Nabi Muhammad masuk ke dalam masjd dan solat sebanyak dua rakaat.Setelah selesai menunaikan solat,Nabi Muhammad s.a.w keluar dari masjid,namun,baginda berasa begitu dahaga.Maka,Jibrail membawa dua bekas bejana.Salah satu dari bekas tersebut di isi dengan arak dan satu bekas lagi berisi susu.Lantas,Nabi memilih bekas berisi susu lalu meminumnya.Maka Jibrail mengkhabarkan bahawa sekiranya Nabi memilih arak tadi,maka seluruh ummatnya akan menghadapi kesusahan.
Seterusnya,Malaikat Jibrail meminta Nabi agar pergi di sebalik batu besar tersebut dan memberi salam kepada penduduk tersebut.Maka,nabi pergi mellihat apa yang berada disebalik batu besar tersebut dan melihat ramai wanita yang cantik,baik, bersih lagi berseri.Lantas Nabi memberi salam kepada mereka dan bertanya, “Siapakah kalian semua ini?”,Maka mereka menjawab, “Kamilah wanita yang baik,cantik dan isteri bagi mereka  dari kalangan orang yang baik dan soleh serta kami akan tetap berada disini dan tidak akan mati menanti pasangan kami”..
Alhamdulliah,inilah sebahagian peristiwa yang dipertontonkan oleh Allah sewaktu perjalanan Nabi Allah  Muhammad menunggangi Burok diiringi Malaikat Jibrail a.s.Insya-Allah,ana akan sambung kembali peristiwa serta gambaran yang diperlihatkan kepada badinda dalam perjalanana baginda dari Masjidil Aqso naik untuk ke langit bertemu dengan Maha Pencipta,Allah Rabbul Jalil di post yang akan datang.
Jazakallah,Barakallah a’laikum..
Wassalam..




NOVEL: 'Budak Gangster' (bab 4)



“Aku kat mana ni?”. Man melihat di sekelilingnya setelah terjaga daripada pengsan.
“Jangan risau, kau tak apa-apa Man, kau rehatlah dulu, tadi aku jumpa kau kat tepi jalan”.  Erul menenangkan Man.
“Aku tadi kena be..la…..”.
“Sudah tu Man, kau tak payah fikir lagi, aku dah tahu dah semua yang terjadi kat kau ni”. Erul memotong kata-kata Man.
“Macam mana kau tahu Rul?.”Man kehairanan.
“Kau kan sahabat dunia akhirat aku, aku tahu la”. Erul pandai bermain kata.
“Yela Rul”. Man membuat muka manjanya. Walaupun Man berada dalam keadaan kepenatan dan kesakitan, namun Erul berjaya menenangkan jiwa sahabatnya itu, bagi Erul, dia sangat sayangkan Man, tetapi di sebalik kejadian tersebut, Erul cuba menyembunyikan sesuatu bagi menjaga hati sahabatnya itu.
“Man, kau berehatlah dulu, apa-apa yang kau nak minta tolong, jangan lupa jerit nama aku, hari ini aku layan kau macam anak raja”. Erul menyelimutkan Man sambil memandang wajah sahabatnya itu.
“Tak apa lah Rul, aku cuba buat sendiri, aku tak nak menyusahkan diri kau”. Man cuba semampu mungkin untuk mengelakkan diri daripada menyusahkan Erul.
“Isyh budak ni!, jangan risau, hari ni aku tolong kau, besok hari mana tahu aku susah, Allah yang tolong aku balik”. Erul memicit pipi Man.
“Okeylah Rul, terima kasih, nanti kalau aku perlukan pertolongan, aku mesej kau ye.” Sempat lagi Man bergurau dengan Erul.
“Kalau macam tu, aku biarkan kau rehat dulu, aku ada kerja sikit nak diselesaikan”. Man keluar dari biliknya dalam keadaan  penuh serba salah.
******************************************************************************************************************************
“Rul, kau tahu tak ayah aku kat mana, tadi aku balik rumah, aku masuk dalam, rumah tu kosong, selalu ayah aku waktu macam ni, dia memang ada kat dalam rumah”.
“Ermm…., sebenarnya ayah kau tu dah kena…”.
“Kena apa Rul???”. Man meninggikan suara”.
“Sebenarnya ayah kau dah kena tangkap dengan polis”. Erul berterus terang.
“ Innalillah hi wainnailaihirajiun”. Air wajah Man berubah.
“Rul, kenapa kau tak cakap kat aku awal-awal lagi kalau kau dah tahu?”. Air mata pemuda ini mula mengalir deras.
“Aku bukan tak nak cakap dengan kau, tapi aku takut kesihatan kau makin terjejas”. Erul serba salah.
“Ayah aku kena tangkap sebab apa Rul?”.
“Sebenarnya ayah kau kena tangkap sebab dia membekalkan  mengedarkan dadah”. Erul  masih lagi dalam keadaan serba salah dalam menyatakan kesilapannya.
Man masih lagi terdiam kaku, seakan ujian yang datang bertalu-talu menjadikan dirinya lemah gara-gara hasutan syaitan yang bertalu-talu mengenai tepat pada dirinya.
Man berlalu pergi daripada rumah Erul dalam keadaan kesedihan menyelebungi dirinya, sudahlah ibunya meninggal, kini dia kehilangan bapanya. Dia pulang segera ke rumahnya tanpa sempat Erul mengajaknya untuk tidur di rumahnya. Erul dalam keadaan serba salah membiarkan Man menenangkan dirinya dahulu kerana dia sudah memahami akan Man yang tidak suka diganggu apabila dia berada dalam kesulitan kerana dia tidak mahu menjadikan manusia sebagai tempat untuk dia bergantung harap, tetapi dia mahu mengadu segala kesulitannya kepada Yang Esa.
“ Man, kalau mahu apa-apa pertolongan, bolehlah contact aku”. Erul sempat menghantar mesej.
***********************************************************************************************
Sudah masuk lima hari Man menghilangkan diri entah ke mana, puas sahabatnya yang lain mencarinya namun hasilnya sering kali gagal, berita kehilangan Man tersebar luas, malah ada yang mengatakan Man sudah bunuh diri. Ada juga suara-suara nakal mengatakan Man sudah menjadi penagih dadah sama seperti ayahnya. Erul tahu sahabatnya tidak seperti yang dinyatakan orang kampung, dia lebih mengenali sahabatnya itu, dia tahu sahabatnya itu bukanlah orang yang mudah tewas dengan ujian.
Kisah kehilangan Man terus menjadi misteri dan menjadi perbualan orang kampung tidak kiralah di kedai makan, di masjid mahupun di taman-taman. Mereka semua memperkatakan tentang kehilangan seorang remaja yang bernama Man.
************************************************************************************************

Kelihatan lima orang lelaki sedang duduk di meja bulat di kawasan rehat di tengah taman itu sambil berborak antara sesama mereka.
“Man, kau tahu tak, kita ada projek besar malam ni?”Rizduan seorang pemuda berasal dari kedah dengan memakai jaket Chelsea kegemarannya sedang menyoal sahabatnya itu.
“Eh, aku tak tahu apa-apa pun, kenapa korang semua tak bagi tahu aku ni?’. Man atau nama sebenarnya Luqman kelihatan hairan apabila dirinya tidak mengetahui rancangan besar untuk malam ini.
“Eh, takkanlah kau tak tahu, kami semua dah rancang lama dah projek ni, biar kita kasi gegar kawasan MPI ni”. Shahid mencelah perbualan antara mereka. MPI merupakan Maktab Perguruan Islam dan merupakan tempat pengajian mereka.
“Yela Man, kami semua dah rancang yang terbaik, malam ni  lepas isyak, projek kita berjalan”. Firdaus menyakinkan sahabatnya itu.
“Aku pun dah sedia dah ni, tak sabar rasanya nak buat ‘projek’ besar kita malam ni”. Hahahaha.  Aki din ketawa berdekah-dekah.
“Apa-apa je la, asalkan aku tak ketinggalan untuk ‘projek’ mega malam ni’. Man tersenyum lebar melihatkan perancangan sahabatnya itu seakan-akan MPI akan digegarkan dengan serangan hebat ‘budak gagster’ pada malam ini.
“Terbaik la”. Mereka semua melaungkan slogan ini secara serentak menandakan mereka semua amat sepakat dalam melakukan projek untuk malam ini.

****************************************************************************************************************
Mereka berlima telah memakai pakaian masing-masing, kelihatan Man sedang  memakai pakaian bersut biru, Rizduan dengan baju bersut hijau, Aki Din dengan pakaian bersut merah, Shahid dengan baju bersut coklat dan Firdaus dengan baju bersut kuning. Dengan kuasa magnatik yang ada pada baju mereka mampu membuatkan baju mereka berterbangan di udara.
“Weyh Wan, apa rancangan kau ni?” Man seolah-olah tidak tahu menahu rancangan mereka semua.
“Kau ikut je kami semua, nanti kau akan tahu betapa dasyatnya rancangan kita pada malam ini.”
“ Hahaha..”
Aki Din dan sahabatnya yang lain ketawa berdekah-dekah.
Malam itu MPI digegarkan dengan serangan bom bertalu-talu daripada  di kawasan tempat parking motor di asrama lelaki. Kesemua motor musnah dan hancur terbakar akibat serangan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘budak gangster’.
Pagi itu, satu Malaysia heboh mengatakan tentang kemusnahan akibat bedilan bom daripada kumpulan ‘budak gangster’, Media massa dan media elektronik heboh mempromosi berita ini di muka surat hadapan mereka dan kini MPI menjadi kawasan yang dijaga ketat polis kerajaan.
“Isyh, Ini sudah melampau!” Kelihatan Hasan sedang meluahkan perasaannya sambil menumbuk meja di hadapannya.
“Apa yang melampau tu San?” Fikri datang merapati Hasan.
“Kau tengoklah ni, habis nama baik MPI ni”. Hasan menunjukkan berita di internet di laptopnya kepada Fikri.
“Tu la  fasal, tapi nak buat macam mana, mereka semua ni degil. Puas polis buru mereka tapi tak berjaya”. Merah padam muka Fikri melihatkan gambar motorsikal yang hangus terbakar.
Kelihatan  sepasang telinga sedang mendengar tepat perbualan mereka berdua.
“Kau tunggulah kedatangan aku wahai ‘budak gangster”. Pemuda tersebut tersenyum sinis apabila melihat muka ‘Budak Gangster’ terpampang di hadapan muka surat berita  Tarbiyah Muslimun.
*********************************************************************************************************

NOVEL: 'Budak Gangster' (bab 3)




Pagi itu, Man membawa bekalnya ke sekolah. Dia membuat sendiri sarapannya itu. Dialah yang memasak nasi sendiri dan menggoreng telur sendiri. Dia tidak pernah sesekali rasa terbeban dengan kehidupannya. Walaupun serba kekurangan, dia tidak pernah mengeluh. Baginya, rezeki yang Allah kurniakan ini sudah cukup untuk dia meneruskan hidup. Segala perbelanjaan sekolahnya ditanggung Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Man, kau bawa apa tu?” Erul merapati sahabatnya itu.
“Aku bawa bekal dari rumah”. Man membuka bekalnya itu.
‘Kau nak?’ Man menunjukkan makanannya itu kepada Erul.
‘Boleh juga’. Erul tersenyum.
“Nanti rehat, kita makan sama-sama ye”. Man mempelawa sahabatnya itu.
“Okey”. Erul menunjukkan ibu jari kepada Man tanda dia setuju dengan cadangan Man itu.
Kringg…kringg…kringg... Loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun bermula.
“Man, jom ikut aku pergi belakang surau, kita makan kat sana”. Erul mempelawa Man.
“Okeylah macam tu”. Man mengikuti sahaja sahabatnya itu.
Mereka berdua makan bersama-sama, selesai makan, Erul mengeluarkan sesuatu di dalam di dalam poketnya itu.
“Man kau buat apa ni?”. Man melihat sahabatnya itu.
”Aku sebenarnya merokok Man”. Erul berterus terang. Dia terus mengambil rokok tersebut dan dimasukkannya ke dalam mulut.
Man tidak pernah sesekali menghukum tindakan sahabatnya itu, baginya itu bukan tindakan yang bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
“Rul, kau ada masalah ke?” Man cuba memperovokasi sahabatnya itu.
“Sebenarnya aku ada masalah Man”. Man berjaya juga mencungkil persoalan kepada Erul.
“Masalah apa Rul?” Man meneruskan pertanyaaannya.
“Bapa aku tidak pernah memahami aku”. Dia nak aku cemerlang dalam pelajaran sedangkan aku tidak mampu buat demikian, katanya untuk jaga maruah keluarganya.?”
Pak cik Razak merupakan seorang usahawan yang berjaya, dia tidak pernah mengambil berat soal anaknya, dia cuma mahukan anaknya berjaya dalam pelajaran.
“Jadi, sebab tu kau merokok?”. Man cuba mencungkil lagi rahsia Erul.
“Masa tu aku tension sangat, aku rasa dunia ni dah nak kiamat, aku jumpa kawan-kawan aku, dia sarankan aku hisap rokok untuk aku hilangkan tension aku, jadi aku pun mulalah merokok sampai sekarang.Bagi aku, rokok ini dapat menghilangkan tension”. Man berhujah.
“Boleh tak aku jumpa ayah kau nanti”. Man memandang Erul.
“Kau biar betul Man?”. Erul terkejut melihat  keseriusan sahabatnya itu.
“Kau tak percaya aku ke?”. Man semakin serius.
“Bukan aku tak percaya..tapi…”
“Tapi apa Rul?” Man memotong kata-kata Erul.
“Kalau macam tu, hujung minggu ni aku bawa kau jumpa ayah aku”. Erul serba salah namun dikuatkan juga hati untuk membawa Man bertemu ayahnya itu.
“Alhamdulillah, bagus la macam tu”. Man tersenyum sendirian. Dia berjaya juga mencungkil rahsia sahabatnya itu.
Perasaan suram dan ceria terus menemani mereka seakan-akan penderitaan Erul akan berakhir tidak lama lagi.
*******************************************************************************************************
“Assalamualaikum Pak cik Razak”. Man memberikan salam kepada bapa Erul.
“Waalaikumsalam”. Pak cik Razakk menyambut salam Man.
“Pak cik, boleh tak saya berbincang berdua dengan pak cik”. Man memulakan perbualan.
“Boleh, jom borak dengan pak cik kat ruang dapur”. Pak cik Erul membawa Erul ke halaman dapurnya.
Rumah Erul terlalu mewah, masakan tidak, bapanya seorang usahawan yang berjaya. Segala alatan di rumahnya kelihatan bernilai tinggi, ada alatan antik yang jelas seperti di beli di luar Negara.
Ketika itu Erul dengan pandangan pelik memerhatikan sahaja sahabatnya dan bapanya itu berborak sesama sendiri.
Lebih satu jam mereka berborak, Man berjalan menuju ke luar bilik dan menuju ke arah Erul.
“Erul, aku minta diri dulu”. Man tersenyum kepada Erul.
“Eh, tunggulah dulu, tak kan sekejap  je”. Erul kehairanan melihat Man sedikit ceria daripada kebiasaan.
“Tak pe la Erul, aku ada kerja kat rumah yang perlu diselesaikan”. Man menolak ajakan sahabatnya itu dengan baik.
“Kalau begitu ok la macam tu”. Erul memeluk sahabatnya itu.
“Assalamualaikum”. Man meminta diri.
“Waalaikumsalam”. Erul melambai tangan sambil melihat Man menghilang daripada pandangannya.
**************************************************************************************************
Man berjalan keseorangan apabila pulang dari rumah sahabatnya, Erul. Di tengah-tengah jalan sempat dia menyanyikan lagu Dambaan Kasih, Lagu yang dinyanyikan Amar, artis nasyid terkenal di Malaysia.
Apabila aku terkenangkan janjimu, terasa beratnya di hatiku
Betapa fakirnya cintaku padamu, betapa jauhnya diriku darimu
Seandai ku dibuai mimpi telah ku lupakan janji Mu oh Ilahi
Lenaku Masih belum terjaga lagi, Ya Allah sedarkanlah daku..
Man khusyuk menyanyikan lagu tersebut tanpa dia sedar akan kehadiran dua orang lelaki di hadapannya.
“Woit budak!”. Dua orang pemuda berbadan besar di hadapannya sedang memegang kayu sambil merenung tajam ke mata Man.
“Awak siapa? Apa yang awak nak pada saya?”. Man menjadi resah gelisah dengan kelakuan dua orang pemuda itu.
“Kau anak pak cik Lutfi Kan?”. Salah seorang pemuda itu mengajukan soalan kepada Man.
“Ye,saya anak pak cik Lutfi, kenapa?”. Man kehairanan.
“Bapa kau tu banyak berhutang dengan kami dan dia tidak membayar lagi hutang-hutangnya”. Muka pemuda itu merah padam.
“Saya mintak maaf, tapi saya tak tahu masalah yang abang katakan ni”. Man semakin gusar dengan tindakan pemuda tersebut.
“Aku tak kira kau tetap ada kena mengena dalam hal ni”. Pemuda tersebut datang kepada Man, lalu dipukulnya Man bertalu-talu. Man tidak sedarkan diri.
*****************************************************************************************************

NOVEL: 'Budak Gangster' (bab 2)



“Man oh Man”. Kedengaran suara pak cik Lutfi sedang memanggil anaknya itu.
“Saya ayah”. Man bersuara lembut.
“Abah nak keluar dah ni, abah nak tengok rumah ni bersih sebelum pukul 5 nanti, faham?”. Pak cik Lutfi bernada kasar kepada anaknya itu.
“Baik yah”. Man menjawab soalan ayahnya dengan baik tanpa ada perasaan dendam kepada ayahnya itu.
Petang itu, Man melakukan tugasannya kerja rumah yang telah diberikan gurunya sewaktu di sekolah. Dia terlena kerana kepenatan.
Masa terus berlalu sehinggakan Man terlupa ada tugasan daripada ayahnya.
“Ya Allah, dah pukul berapa ni?”. Man melihat jam ditangannya.
“MasyaAllah, dah pukul 5 petang”. Man kalang kabut membersihkan dirinya.
Dia cepat-cepat berlari ke bilik air, sambil membersihkan dirinya, berwuduk dan terus menunaikan solat fardu Asar.
Ketika Man solat, ayahnya pulang dalam keadaan terkejut bercampur marah.
“Kurang asam punya anak, aku bagi kau kerja macam ni kau buat”. Pak cik Lutfi terus berlari ke arah anaknya lalu disepak anaknya yang sedang solat itu.
“Yah sakit Yah, Man mintak maaf, Man terlena tadi”. Man merayu-rayu meminta belas kasihan daripada ayahnya itu.
Man yang sedang solat terpelanting setelah disepak dengan kuat oleh ayahnya itu.
“Kau anak tak guna, aku bagi kerja kau tak buat, celaka!”. Marah Pak cik Lutfi membuak-buak.
Pak cik Lutfi mengambil rotan di atas meja di ruang tamu lalu disebatnya anak yang tidak berdosa itu dengan sekejamnya.
“Yah, tolong Yah, Man janji tak buat lagi”. Man meraung-raung kerana merasai kesakitan yang teramat sangat.
**************************************************************************************************
Kehidupan Man bagai dalam Neraka Jahanam, habis badannya bengkak-bengkak dipukul ayahnya, bagi Man, dia sudah biasa dengan keadaan sebegini. Kerap kali juga ayahnya memukulnya tanpa ada rasa belas kasihan. Dia dijadikan mangsa amarah ayahnya itu.
Pagi itu, Man pergi ke sekolah seperti biasa, berjalan kaki lebih kurang 10km ke sekolah sudah menjadi kebiasaan buat Man, dia tidak pernah menampakkan tanda-tanda mengeluh meskipun dirinya diuji sehebat begitu, baginya dia lebih suka menjadikan diri nabi Muhammad sebagai contoh ikutan yang baik dan menjadi idola buat dirinya.
Dia tahu, masih ramai antara sahabatnya tidak pernah sesekali mengenali idola kebanggaan umat islam, Muhammad. Dia juga mengetahui bahawa rakan-rakannya tidak pernah menjadikan Nabi sebagai idola dan ikutan, yang ada cuma pemain bola sepak yang mereka agung-agungkan itu sehingga rambut dan segala jenis perbuatan mahu ditiru bulat-bulat idola kesayangan mereka itu.
“Man, apa yang kau termenungkan tu?”. Erul melihat sahabatnya itu.
“Eh, tak ada apa-apa la”. Man menutup buku di atas meja tersebut.
“Kau baca buku apa tu Man”?. Erul mengambil buku yang ditutup Man tadi sambil menyelak satu persatu helaian muka surat itu.
“Ni ha, buku Muhammad sebagai ikutan”. Man mempromosi buku tersebut kepada Erul.
“Wah, macam menarik je!”. Erul tertarik dengan buku tersebut.
“Boleh aku pinjam?” Erul segan silu bercakap dengan Man.
“Eh, apa yang tak bolehnya, dipersilakan.” Man menghulurkan buku tersebut kepada Erul.
“Man, kau la sahabat aku dunia akhirat, terima kasih banyak-banyak”. Erul terlalu gembira sehingga tidak perasan dia terpeluk Man.
“Kau ni kelakarlah Rul”’. Man bergurau dengan Erul.
Cikgu Aisyah telah masuk ke kelas dan memulakan pengajarannya. Man dan Erul tekun dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, bagi Man, dia terlalu gembira dalam menimba ilmu kerana malaikat mengembangkan sayapnya ketika seseorang menutup ilmu, dia juga seorang yang sangat cintakan ilmu, walaupun ketiadaan duit, dia sanggup mencari kertas-kertas yang telah dibuang dalam tong sampah semata-mata mahu menulis ilmu di atas kertasnya itu.
************************************************************************************************

“Man oh Man”. Pak cik Lutfi memanggil anaknya itu.
“Ya yah”. Man menjawab pertanyaan ayahnya itu.
“Mari sini tolong ayah angkat barang ni”. Pak cik Lutfi membawa seguni botol.
“Botol apa tu yah”. Man cuba membuka tali karung guni tersebut.
“Jangan sesekali kau buka karung guni ni. Faham?”. Suara kasar Pak cik Lutfi menyebabkan Man ketakutan, lalu Man tanpa berlengah membantu ayahnya mengangkat guni tersebut.
“Man, malam ni, kau jangan keluar bilik. Faham?”. Pak cik Lutfi langsung tidak berlembut dengan anaknya itu seolah-olah Man seperti anak tirinya.
“Baik yah”. Man menuruti arahan ayahnya itu.
Malam itu Man tertidur awal selepas menunaikan solat fardu isyak. Man sudah meniatkan dalam dirinya supaya dia dapat bangun awal pagi untuk melakukan qiamulail, Jam loceng yang berada di atas meja itu hasil duitnya sendiri sudah berulang kali mengejutkan Man dan dia tidak pernah sesekali tidak pernah bangun apabila jam locengnya berbunyi. Man terlena dibuai mimpi.
Kringg….kringg…..kringgg... Jam loceng Man berbunyi.
Man bangun dari tidur lalu dilihatnya jam loceng di atas meja menunjukkan pukul 2 pagi. Apabila Man keluar dari bilik, dia terkejut kerana melihat ayahnya dan dua orang rakannya berada dalam keadaan mabuk sambil memegang botol arak di tangan mereka.
“Astagfirullahalazim”. Man terkejut beruk melihat ayahnya sendiri melakukan perbuatan terkutuk itu.
Selama ini Man berfikir karung guni itu botol mineral biasa rupa-rupanya botol arak.
“Ya Allah, ampunilah dosa ayahku”. Perkataan itu terkeluar sendiri daripada mulut Man.
Mengalir air mata Man melihatkan situasi ayahnya yang melakukan perbuatan haram itu, namun siapalah dirinya untuk menegur ayahnya itu, air mata Man mengalir deras lalu dia pantas berlari ke arah bilik air dan terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat.
“Ya Allah,ampunilah dosa ayahku, Ya Allah, kasihanilah dia, Ya Allah, berikanlah dia petunjuk agar ayahku tidak berada daam kesesatan, tunjukkanlah dia ke jalan yang lurus, aku sayangkan dia Ya Allah..”
Suara serak Man kedengaran apabila dia mengangkat tangan berdoa kepada Yang Esa dalam keadaan sayu dan air matanya tidak henti berlinangan.
Walaupun usia Man masih lagi kanak-kanak, tetapi pemikirannya sudah mencapai tahap kematangan kerana ilmu yang dia miliki, dia bukanlah seorang kanak-kanak yang biasa, tetapi dia memiliki tahap pemikiran yang luar biasa.
****************************************************************************************************

NOVEL: 'Budak Gangster'



“Abah, Man nak lori permainan  tu boleh tak?”  Seorang budak berusia 10 tahun sedang khusyuk melihat barang permainan di salah sebuah Pasar Raya Giant di Bandar Baru Bangi.
“Tak boleh, nanti abah penampar baru tahu!” kelihatan seorang pak cik tua yang berbaju kusut sedang memarahi anaknya itu.
“Ayah, Man nak lori tu, nanti bila Man dah besar, Man boleh belikan ayah lori “. Man masih merengek-rengek meminta jasa baik ayahnya supaya dibelikan lori permainan itu.
“paannggggggggggggg!”. Satu tamparan terus mengenai tepat pipi Man tanpa ada belas kasihan.
“Ayah kata tak boleh, tak bolehla, faham?”. Lelaki tua itu terus memarahi anaknya itu tanpa belas kasihan.
Orang ramai melihat sahaja tingkah laku orang tua tersebut yang bertindak kejam terhadap anaknya itu.
“Ayah tak sayangkan Man ke?”. Man terus memandang sayu ke arah mata ayahnya meskipun telah ditampar dengan kuat oleh ayahnya.
“Ayah tak suka ada anak yang suka merengek”. Ayahnya membalas hujah Man.
Man atau nama sebenarnya Luqman merupakan seorang anak kepada Pak cik Lutfi, seorang yang tidak bekerja dan masih menganggur. Ibunya sudah meninggal dunia semenak Man masih kecil lagi, bapanya yang menanggung kesemua perbelanjaan Man meskipun Man anak tunggal.
****************************************************************************************************
“Man, semalam aku dengar kau kena tampar, betul ke?” Erul menanyakan soalan kepada rakannya itu.
“Mana kau dengar cerita ni Rul?” Man kelihatan monyok.
“Cerita kau ni dah heboh satu sekolah ni kau tahu?”
“Aku tak kisahlah, janji tak heboh satu Malaysia sudah”. Man menjawab dengan selamba.
“Susah la cakap dengan orang yang perahsia macam kau ni”. Erul pergi meninggalkan Man dalam keadaan yang masih menjadi persoalan kepada dirinya.
Pagi itu, Man ke sekolah seperti biasa, dia melihat ramai sahabatnya itu sudah berada di kelas, hari ini, dia masuk lewat tidak seperti hari-hari sebelumnya.
“Man, mari sini”. Cikgu Aisyah memanggil nama Man.
“Ada apa cikgu?”. Man menjawab sopan pertanyaan gurunya itu.
“Kenapa kamu lewat?” Cikgu Aisyah bertanya lembut kepada Man.
“Saya sakit perut cikgu”. Man memberikan jawapan sambil meminta maaf kepada gurunya itu.
“Tak pela, lain kali kamu cuba praktikkan diri supaya datang awal ye”. Cikgu Aisyah cuba memotivasi diri Man.
“InsyaAllah cikgu, saya ingat pesan cikgu.” Man tersenyum kembali kepada gurunya itu sambil bergerak semula ke tempat duduknya.
Man seorang murid yang disayangi guru-gurunya di sekolah. Man merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah tersebut. Dia juga merupakan rakan yang boleh dipercayai.
“Man, aku nak tahu la, macam mana kau boleh berjaya dalam pelajaran sedangkan aku tengok kau selalu sibuk tolong ayah kau bila kau ada  masa.” Erul kembali bertanyakan sesuatu kepada Man.
“Aku cuba bahagikan masa yang termampu dan paling penting, aku tak suka buat kerja bertangguh-tangguh”. Ujar Man.
“Oh, hebatlah kau ni!. Aku bangga ada sahabat macam kau Man”. Erul menepuk-nepuk bahu Man.
“Erul, kata ustaz aku, kalau kita suka memuji sahabat kita, ibarat kita taburkan pasir kat sahabat kita tu lebih-lebih lagi kalau kita tahu akan kekurangan dirinya.” Man memberikan nasihat kepada rakannya itu.
Erul tergamam mendengar perkataan aras tinggi yang terkeluar daripada mulut sahabatnya itu.
“Apa maksud kau Man?, aku tak faham la”. Erul menggaru-garu kepalanya.
“Maksudnya, kalau kita suka kat seseorang tu, jangan kita puji lebih-lebih, nanti apabila kita dah tahu kesalahan orang itu, kemungkinan kita akan mengeji mereka pula.” Man memberikan sedikit pengetahuan yang pernah dia pelajari sewaktu  belajar mengaji bersama ustaznya.
“Man, aku rasa bersyukur ada sahabat macam kau, ni yang buat aku semakin sayang kau ni”. Erul mencuit pipi sahabatnya itu.
“Aku tak kisah Rul, janji kau bahagia.” Man bergurau dengan Erul.
Pagi itu kelihatan ceria dengan kisah persahabatan mereka berdua
********************************************************************************************************************************************************