Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Sabtu, 25 Jun 2011

NOVEL: 'Budak Gangster' (bab 5)



“Hahahahah, habis rosak MPI kita kerjakan, terbaik la!”. Man ketawa berdekah-dekah seolah-olah kemenangan berpihak kepada mereka.
“Aku suka bila kita baling bom dari udara, aku tengok dari atas dah macam pesta bunga api je”. Shahid kelihatan gembira melihat  taktiknya berjaya.
“Eleh kau Man, mula-mula kata tak best la rancangan kita, tapi seronok juga kau ni”. Firdaus menyakat Man.
“Itu mula-mula dulu, tapi sekarang aku rasa puas!”. Wajah Man bertambah riang.
“Lepas ni apa pula plan kita?”. Rizduan membuka persoalan.
“Aku ada idea”. Man bangun dari tempat duduknya sambil  memanggil rakan-rakannya rapat kepadanya dan berbisikkan sesuatu.
“Terbaik la”. Mereka semua bersepakat dengan idea Man tersebut.

*******************************************************************************************************
Malam itu, di Masjid Imam Shafie mengadakan solat hajat untuk memohon perlindungan daripada Allah daripada bala yang menimpa, Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) menganjurkan solat hajat perdana bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya ditetapkan hati para mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut terutamanya motorsikal mereka yang hancur lebur dibedil bom.
“Arif, kau rasa apa patut kita buat?” Jamry menyoal sahabatnya itu. Arif merupakan Yang Dipertua Perwakilan Pelajar di MPI ini.
“Aku rasa kita perlu adakan program mendekati para mangsa yang terlibat. Kita tidak boleh biarkan mereka terus-terusan bersedih hati, malam ni, kita kumpulkan kesemua EXCO kita dan aku nak buat sedikit mesyuarat tergempar”. Arif begitu mengambil berat dengan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
“Baik Rip, aku cuba hubungi kesemua EXCO sekarang juga”. Jamry menurut perintah sahabatnya itu.
Sementara itu di dalam Masjid, isu pengeboman itu tersebut diperkatakan dengan hangat sekali, satu persatu abang-abang senior tampil ke hadapan untuk memberikan semangat kepada mangsa kejadian supaya bersabar di atas dugaan yang menimpa mereka. Antara salah seorang daripada mereka ialah saudara Fendi Ujang.
“Sebagai manusia yang beriman kepada Allah, kita hendaklah sabar di atas dugaan yang melanda, jika kita susuri perjalanan nabi-nabi terdahulu, ujian mereka lebih berat daripada ujian manusia biasa seperti kita, malah mereka juga pernah mendapat ujian diugut, dibunuh, dikecam, diracun dan sebagainya lagi, tetapi ujian kita Cuma sekelumit sahaja, Ana harap antum dapat bersabar, mohonlah kepada Allah supaya dibesarkan iman jangan mohon kepada-nya supaya dikurangkan ujian.’ Fendi Ujang cuba menenangkan para mangsa yang berada dalam kesedihan akibat kehilangan motorsikal yang mereka sayangi itu”.
Malam itu kelihatan suram, hujan yang turun lebat mengiringi kesedihan mangsa kejadian.
***************************************************************************************************
Kesemua EXCO JPP sibuk menzirahi para mangsa yang kehilangan motorsikal , Mereka berhempas pulas menyediakan yang terbaik buat pemangsa. Ada yang membawa makanan, ada yang memberikan kata-kata semangat dan mereka juga menjemput para penceramah yang hebat untuk menceriakan Masjid Imam Syafie dengan ceramah motivasi pada minggu itu. Bagi mereka, biar berhabis wang, asalkan mangsa kejadian yang dibomkan motorsikalnya tempoh hari dapat menenangkan jiwa mereka. Bukan mudah untuk menenangkan jiwa orang yang berada dalam keadaan sedih, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada orang lain. Mereka hanya berusaha, natijahnya diserahkan bulat-bulat kepada Allah.
Dalam satu sudut, kelihatan mata-mata sedang seronok melihat reaksi Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) melayani para mangsa,  mata-mata itu kelihatan meneliti satu persatu perbuatan dan perbualan daripada aggota JPP tersebut.
“Kau ingat, kau buat macam ni, budak-budak tu boleh terima ke?”. Man, bermonolog sendirian sambil memerhati satu persatu EXCO JPP tersebut.
“Kau tunggulah tindakan susulan kami”. Man terus menyimpan dendam kepada ahli JPP.
Kelihatan seorang pemuda juga turut meneliti satu persatu perbuatan JPP, namun pemuda itu ternyata tenang tanpa ada pransangka buruk terhadap JPP.
Malam terus berlalu dan usaha keras JPP menampakkan hasilnya dari hari ke hari.
*************************************************************************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan