Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Sabtu, 25 Jun 2011

NOVEL: 'Budak Gangster'



“Abah, Man nak lori permainan  tu boleh tak?”  Seorang budak berusia 10 tahun sedang khusyuk melihat barang permainan di salah sebuah Pasar Raya Giant di Bandar Baru Bangi.
“Tak boleh, nanti abah penampar baru tahu!” kelihatan seorang pak cik tua yang berbaju kusut sedang memarahi anaknya itu.
“Ayah, Man nak lori tu, nanti bila Man dah besar, Man boleh belikan ayah lori “. Man masih merengek-rengek meminta jasa baik ayahnya supaya dibelikan lori permainan itu.
“paannggggggggggggg!”. Satu tamparan terus mengenai tepat pipi Man tanpa ada belas kasihan.
“Ayah kata tak boleh, tak bolehla, faham?”. Lelaki tua itu terus memarahi anaknya itu tanpa belas kasihan.
Orang ramai melihat sahaja tingkah laku orang tua tersebut yang bertindak kejam terhadap anaknya itu.
“Ayah tak sayangkan Man ke?”. Man terus memandang sayu ke arah mata ayahnya meskipun telah ditampar dengan kuat oleh ayahnya.
“Ayah tak suka ada anak yang suka merengek”. Ayahnya membalas hujah Man.
Man atau nama sebenarnya Luqman merupakan seorang anak kepada Pak cik Lutfi, seorang yang tidak bekerja dan masih menganggur. Ibunya sudah meninggal dunia semenak Man masih kecil lagi, bapanya yang menanggung kesemua perbelanjaan Man meskipun Man anak tunggal.
****************************************************************************************************
“Man, semalam aku dengar kau kena tampar, betul ke?” Erul menanyakan soalan kepada rakannya itu.
“Mana kau dengar cerita ni Rul?” Man kelihatan monyok.
“Cerita kau ni dah heboh satu sekolah ni kau tahu?”
“Aku tak kisahlah, janji tak heboh satu Malaysia sudah”. Man menjawab dengan selamba.
“Susah la cakap dengan orang yang perahsia macam kau ni”. Erul pergi meninggalkan Man dalam keadaan yang masih menjadi persoalan kepada dirinya.
Pagi itu, Man ke sekolah seperti biasa, dia melihat ramai sahabatnya itu sudah berada di kelas, hari ini, dia masuk lewat tidak seperti hari-hari sebelumnya.
“Man, mari sini”. Cikgu Aisyah memanggil nama Man.
“Ada apa cikgu?”. Man menjawab sopan pertanyaan gurunya itu.
“Kenapa kamu lewat?” Cikgu Aisyah bertanya lembut kepada Man.
“Saya sakit perut cikgu”. Man memberikan jawapan sambil meminta maaf kepada gurunya itu.
“Tak pela, lain kali kamu cuba praktikkan diri supaya datang awal ye”. Cikgu Aisyah cuba memotivasi diri Man.
“InsyaAllah cikgu, saya ingat pesan cikgu.” Man tersenyum kembali kepada gurunya itu sambil bergerak semula ke tempat duduknya.
Man seorang murid yang disayangi guru-gurunya di sekolah. Man merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah tersebut. Dia juga merupakan rakan yang boleh dipercayai.
“Man, aku nak tahu la, macam mana kau boleh berjaya dalam pelajaran sedangkan aku tengok kau selalu sibuk tolong ayah kau bila kau ada  masa.” Erul kembali bertanyakan sesuatu kepada Man.
“Aku cuba bahagikan masa yang termampu dan paling penting, aku tak suka buat kerja bertangguh-tangguh”. Ujar Man.
“Oh, hebatlah kau ni!. Aku bangga ada sahabat macam kau Man”. Erul menepuk-nepuk bahu Man.
“Erul, kata ustaz aku, kalau kita suka memuji sahabat kita, ibarat kita taburkan pasir kat sahabat kita tu lebih-lebih lagi kalau kita tahu akan kekurangan dirinya.” Man memberikan nasihat kepada rakannya itu.
Erul tergamam mendengar perkataan aras tinggi yang terkeluar daripada mulut sahabatnya itu.
“Apa maksud kau Man?, aku tak faham la”. Erul menggaru-garu kepalanya.
“Maksudnya, kalau kita suka kat seseorang tu, jangan kita puji lebih-lebih, nanti apabila kita dah tahu kesalahan orang itu, kemungkinan kita akan mengeji mereka pula.” Man memberikan sedikit pengetahuan yang pernah dia pelajari sewaktu  belajar mengaji bersama ustaznya.
“Man, aku rasa bersyukur ada sahabat macam kau, ni yang buat aku semakin sayang kau ni”. Erul mencuit pipi sahabatnya itu.
“Aku tak kisah Rul, janji kau bahagia.” Man bergurau dengan Erul.
Pagi itu kelihatan ceria dengan kisah persahabatan mereka berdua
********************************************************************************************************************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan