Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Isnin, 25 April 2011

tanggungjawab dan amanah..........

kita sebagai khalifah dimuka bumi ini tidak dapat lari daripada memegang amanah dan tanggungjawab........yg utama skli amanh kpd Allah dan nabi Muhammad saw dalam menegakkan syiar islam.....oleh itu, sama2 la kita merenung sedetik adakh kita sudah menjlnkn tggugjwb tsbut...........AYUH!!!!!

Ahad, 24 April 2011

Awas Muslimah! Gambar Kamu Di Facebook Dalam Bahaya!



Macam keras bunyi tajuknya menyatakan amaran kepada akhawat muslimah sekalian.  Tapi apalah sangat jika amaran tersebut dapat menyelamatkan kita sahabat seagama daripada menjadi bahan sasaran fitnah di kemudian hari walaupun bukan kita merelakannya dengan sengaja.
Facebook semakin galak dieksploitasi oleh makhluk sengal tak bertanggungjawab.  Daripada kisah maklumat Facebook yang bocor ke tangan CIA dan FBI hinggalah kes pembunuhan gara-gara maklumat yang terlebih dedah oleh tuan punya profile FB.  Bahaya sungguh.  Rasanya makin lama guna FB makin banyak yang didedah samada sengaja atau tidak.  Paling tidak pun gambar yang terupdate saban minggu dan kali ini isu gambarlah yang nak dikongsikan.
Saya baca benda ni di wall saudara Perindu Syurgawi dan rasa bertanggungjawab untuk dikongsikan dengan readers myfitri semua terutamanya yang bergelar wanita @ muslimah @ puteri-puteri negara.  Apa yang mengejutkan sasaran utamanya ialah muslimah yang bertudung! Kenapa ya?  Kerana nak mamburukkan muslimah kita yang sedaya-upaya menjaga imej islamik mereka.  Kalaupun orang tahu itu adalah imej tipu tapi secara tak langsung mereka berjaya mewujudkan imej kotor dalam minda kita.
Dalam kelincahan tangan memandu mouse untuk mengupload gambar ke profile masing-masing, pernahkah korang terfikir yang gambar tu terdedah kepada tangan-tangan kaki porno di luar sana?  Kalau sekadar dilihat-lihat je takpe.  Tapi kalau dah ‘dibogelkan’ dengan kecanggihan teknologi bernama super impose nak buat macam mana tu?  Takkan nak perambat si tukang pengedit gambar.  Mana nak carik si anonymous di alam maya yang takde sempadan ni.
Macam mana diorang buat?
Super Impose!  Sumber gambar paling senang nak dapat apalagi kalau bukan FB.  Tempat orang paling suka letak gambar peribadi.  Gambar wanita bertudung tadi akan dipotong (biasanya pada bahagian garisan tudung) dan akan dicantumkan dengan gambar bogel yang dirasakan sesuai.  Ada yang lagi teruk gambar tadi akan di’animate’kan (dalam format GIF) dan diletakkan di website lucah untuk tatapan pengunjung.  Memang gambar asal adalah kaku tapi kalau dah dibuat bergerak faham-faham sendirilah.
Teknik kedua ialah body scanning macam guna X-ray tu.  Bukan imigresen kat airport je boleh buat.  Diorang pun boleh!  Macam tak masuk akal pun ada bila gambar pun boleh buat body scanning.  Tapi itulah kenyataannya.  Siap boleh dipadankan lagi walaupun saiz tubuh yang berlainan dengan mengolahnya menggunakan teknologi 3D.  Bijak tak bertempat betul mamat-mamat bangang ni.


tak kisah la yang bertudung labuh atau tidak.... 

Takut? Habis apa nak buat ni?!
6228-000629button paling ideal untuk kes ini…
Takut sahaja tak memadai.  Tapi harus diiring dengan langkah berjaga-jaga yang mesti korang ambil. Delete je semua habis cerita.  Tak payah nak Lock sebab belum tentu langkah tu selamat.  Berwaspada lagi penting daripada perasaan sayang nak buang gambar tu.  Biar susah sedikit daripada menjadi mangsa eksploitasi.  Lepas Delete, ganti dengan gambar kartun.  Biar diorang scan puas-puas.hehe
Kalau takut tapi gambar masih tersergam indah kat FB tu nak buat ape kan?  Memang gambar berlambak.  Tapi tak mustahil jika gambar korang sendiri yang bakal ‘disuntingnya’ nanti buat bahan eksperimen tak bertamadun tu.
Buat yang membaca ayuh sebar luaskan mesej ini kepada keluarga masing-masing dan kawan-kawan muslimah kita yang lain.  Tujuannya hanya satu, demi menjaga maruah sahabat muslimah kita dan memelihara kesucian deenul Islam yang amat kita cintai ini.
Apa tunggu lagi.  Sila delete sepantas mungkin!

Nak baca lagi sila ke sini:



Sabtu, 23 April 2011

hafal... hafal & hafal... selamat beramal !!!

Assalamualaikum… untuk post kali ini… ana nak share ngn sahabat sumer sal daya ingatan kita… ana harap post kali nih sangat dapat membantu sumer sahabat ana dalam menghafal ayat al-Quran ok!!!

Ok first sekali, apa yang kita perlu amal kan dan jauhi untuk mengelakkan kita dari 
mudah lupa atau meningkatkan daya ingatan kita?

®     Sentiasa bersihkan diri supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga. (jgn lak korang duk mandi 24 jem jek, abis air maktab ni kang… ha!! Sape nak bayo?? Kikikikiki )
®     Makan kurma, kismis dan madu. ( kat warta ada… g la beli )
®     Jangan melihat najis. Tak kiralah sendiri punya atau orang lain. ( eeeee…  make sure msuk toilet pakai spek itam!!! Hehehehhe )
®     Jangan minum air yang ada semut. Senang cakap jangan makan semut le…. sbb dlm semut tu pheromone..bende tu yg menyebabkan kite lupe.. so prepare awl2 ridsect dalam bilik korang ok…


®     Jangan suka tengok benda benda tak elok mcm gambar2 lucah ke atau sewaktu dengannya…. Ha!!! Filem2x skang ni bukan leh caye… toksah eyhhh tgokkk.. aishhhhh
®     Pastikan mendapat  rehat yang sewajarnya dan amalkan tidur yang cukup supaya otak kita sentiasa cergas. Emmm ada alasan nak kena tido dan rehat selalu nie. ahaks.
®     Jangan ketawa terlalu banyak. Orang kata sekali kita ketawa ada titik titik yang menghitamkan hati kita.



®     Rajin rajin membaca buku buku yang berilmiah. Heheheh… buku pengantar ilmu tafsir dah abis baca???
®     Dan yang paling penting solat jangan tinggal dan rajinkan diri membaca ayat ayat suci Al-Quran.
®     Pas uh… korang jangan tgok tanda salib kristian uh… ermmmm lau trtengok uh.. istighfar banyak2x.. bende uh sangat leh wt ingatan kita lemah…
®     Tulisan atas batu nisan tu pun… jgn syok pulak korang tgok… elakkan ok!!!
®     Makan makanan yang berkhasiat… jangn makan makanan yang haram atau dari sumber yang haram … makann yang syubhah pun takleh eyhhh… ingt!! Makanan ni sgt penting… jadi darah daging kita tau ..
®     Korang jgn suka makan bende2x yang masam… yang dijeruk… makanan mcm nih… leh wat ingatan korang lemah..
®     Bagi muslimah… avoid tgk darah haid..(rasenye klu sendr punyer tu x pe la,tp klu orang len punye tu avoid la)..tapi lau buleh sendiri punyer tu pun elak-elakkan la… sory la klu terlalu open,tp rasenye ramai yg tatau psl mende ni.


Actually banyak ag… tapi hanya ini yang ana dapat kongsikan bersama sahabat sumer… jika sesiapa yang nak tambah ag… silalah tambah-tambahkan ye... marilah kita share- menge’share’… sharing is caring right??? Hehehehehhehe….  Ok seterusnya ana nak kongsi doa untuk mengelak lupa…



اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.
Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”



ok la sampai sini jek... kang lau ana tulis panjang2x... takdok sape yang nak baca... hehehheheh... k last but not least... hope you all sumer dapat praktikkan apa yang ana tulis... sekadar ingin berkongsi...wassalam







Jumaat, 22 April 2011

:)












1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la 
bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love 
never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir 
biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan 
drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan 
tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi `guru', seorang yg 
blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri 
kita. 

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan 
pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. 
Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat 
salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang 
kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak 
Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah `terikat' 
atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. 
Dalam hal ini, `terikat' itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg 
cukup sukar ditepis. 

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap 
masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula 
menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think 
positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah 
menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh 
itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal abadi…kasih manusia 
sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada 
bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..






PUISI

KOMIK

Khamis, 21 April 2011

Pengajaran daripada 'sebuah lampu'

Pernah dengar cerita tentang Thomas Edison?

Beliau merupakan seorang yang begitu tabah dan gigih dalam melaksanakan hasratnya untuk menyalakan  sebuah lampu.

Beliau sudah membuat lampu sebanyak 6000 kali tetapi kesemuanya gagal bernyala sehinggalah ibu beliau menyuruh beliau berhenti daripada melakukan perkara demikian.

Beliau berkata..'aku tidak pernah gagal dalam menyalakan lampu, tetapi aku berjaya mencipta 6000 cara untuk membuat lampu tidak bernyala.

Nampak gayanya beliau tidak cepat berputus asa walaupun setelah 6000 kali percubaan untuk menyalakan lampu itu.

Setelah itu, dia berjaya menyalakan lampu tersebut. Ya, saya tertarik dengan kesungguhan beliau, namun begitu kesungguhan dan usaha beliau tidak setanding nabi kita,muhammad. 

Bagaimana pula diri kita? adakah kita tidak mampu jadi seperti Thomas Edison? Beliau telah membuktikannya bahawa 'usaha tangga kejayaan', 'jika tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya". 

Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu, gagal sekali bukan gagal selamanya. Saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat kita..beliau berkata..'if u failed, u can repeat it!'







VIDEO: Apabila berdosa, jangan takut untuk pulang ke jalan Allah

'Hindarilah olehmu sifat malas dan mudah bosan, kerana keduanya merupakan sumber daripada segala kejahatan. Sebab apabila kamu malas, maka kamu tidak akan tabah dalam menegakkan kebenaran'

-IMAM MUHAMMAD AL-BAQIR-

Selasa, 19 April 2011

إسلام الكامل...

Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.
Peristiwa pengIslaman Saidina Umar Al-Khattab  bermula apabila pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut.
Dalam perjalanan, beliau bertembung dengan Saad bin Abi Waqqas r.a dari Bani Zuhrah.
“Mahu ke mana engkau wahai Umar?”
“Aku mahu membunuh Muhammad!” jawab Umar.
“Tidakkah engkau sedar bahawa Bani Hashim, Bani Zuhrah dan Bani
Abdul Manaf akan bertindak balas membunuhmu”.
Umar tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Saad lalu menghunus pedangnya. Saad juga bertindak sedemikian untuk mempertahankan nyawanya sambil mengisytiharkan keIslamannya.
Pertarungan hampir tercetus dan pada ketika itu Saad berkata:
“Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik  perempuanmu dan iparmu telah memeluk Islam”.
Mendengar sahaja berita itu, kemarahan Umar meluap-luap dan beliau menukar langkah untuk menuju ke rumah adiknya. Pintu rumah adiknya dikunci dari dalam dan kedua-dua adiknya sedang menerima pengajaran Al-Quran daripada Khabbab r.a. Umar mengetuk pintu dan memanggil adiknya supaya membuka pintu.
Mendengar suara Umar, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran. Apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata:
“Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah  kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.
Adik iparnya menjawab:
“Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.
Umar bertanya kepadanya:
“Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru itu?”.
Adik iparnya menjawab:
“Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baik dan benar?’’.
Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu, Umar bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya. Adiknya meluahkan perasaannya:
“Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim.   Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.
Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya.
Adiknya berkata:
“Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.
Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur.
Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:
“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.
(Surah Thaha : ayat 14)
Lantas Umar bersuara:
“Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.
Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata:
“Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah; “Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”.
Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.
Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.
Abdullah bin Mas’ud berkata:
“PengIslaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam”.
Wallahu’alam.

DALIL-DALIL AL-QURAN ADANYA AZAB DAN NIKMAT DALAM KUBUR









Pertama:
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Surah Al-An‘aam:6)
Ungkapan pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina…mengandung makna azab ketika akan mati atau azab di dalam alam Barzakh. Ini kerana seandainya yang dimaksudkan dengan azab pada ayat di atas adalah selepas Hari Kiamat maka sudah tentu ia tidak disebut sebagai pada hari ini kamu dibalas.
Kedua:
Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” (Surah Al-Mukmin:40)
Allah SWT memperlihatkan (mendedahkan) azab kepada Firaun dan pengikutnya pagi dan petang lalu kemudian menyiksa mereka dengan azab yang keras setelah kiamat. Ini bermakna azab sebelum kiamat itu adalah azab kubur dan bukan azab di akhirat (neraka) mahupun di dunia. Ini kerana:
i)          Azab tersebut berlaku sebelum kiamat
ii)         Di alam akhirat tidak ada pagi dan petang
iii)         Azab tidak diperlihatkan kepada Fir’aun di dunia
Ketiga:
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan, kemudian dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). Surah Nuh :71)
Ayat ini menyatakan azab yang ditimpakan ke atas orang-orang dari umat Nabi Nuh a.s.Setelah mereka ditenggelamkan kerana kesalahan-kesalahan mereka lalu Allah sambung dengan kemudian dimasukkan ke dalam neraka. Maksud neraka di sini ialah azab di alam Barzakh dan bukan di alam setelah Kiamat. 
Atas dasar kaedah ini maka maksud ayat di atas adalah, umat Nuh yang derhaka itu dimasukkan terus ke dalam neraka setelah mereka ditenggelamkan tanpa menunggu lama. Demikianlah menurut zahir ayat. Ia tidak bermaksud azab api neraka setelah Hari Kiamat kerana azab tersebut masih lama setelah kejadian taufan Nabi Nuh a.s.
Keempat:
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu , sampai kamu masuk ke dalam kubur. (Surah Al-Takaathur :102)
Diriwayatkan bahawa 'Ali radhiallahu 'anh berkata: Kami masih meragukan akan adanya azab kubur sehingga turunlah ayat ini. (Riwayat Al-Tirmizi)
Kelima:
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.  (Surah Thaha : 20)
Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat di atas mengemukakan sebuah hadis daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW berkata tentang firman Allah: maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, maksudnya adalah azab kubur. Berkata Imam Ibn Katsir setelah itu: “Isnadnya baik.”



Isnin, 18 April 2011

PUISI

menagislah.jpg

Puisi buat Sahabat seperjuangan..

Sahabat,,
aku bukanlah seorang yang baik,
aku bukanlah seorang yang bijak menyusun kata,
aku bukanlah seorang yang sesempurna mane..


Tapi, ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.



Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.



Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.



Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.



Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.


jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..


by psykenol@psyco_connection...

Sabtu, 16 April 2011

Jamuan Perdana untuk Anda semua

Salam semua..apa kabar iman? masih di ufuk mentari? bagaimana idola kita, Rasulullah? masihkah kita mengingatinya? Bagaimana dosa kita hari ini? sudahkah kita bermuhasabah? jika belum, mari kita ambil masa 5 minit untuk mengingati dosa -dosa yang pernah kita lakukan. Jika saya pernah melukakan hati anda untuk hari ini, maka maafkan saya.

Insyaallah, pada 24 hb nanti kita akan membuat satu majlis untuk mengeratkan ukhwah antara kita semua. Saya harap anda semua sudah bersedia untuk majlis itu. Pada majlis tersebut, saya mengharapkan kerjasama anda semua. Majlis itu bukan untuk saya, tetapi untuk anda semua.

Majlis akan berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari, kepada AJK makanan, jom kita bawa sama-sama makanan naik ke kelas, kepada AJK ITC Liyana, saya dan erul nanti kita cuba bincang nak buat macam mana ITC tu.

Kepada semua warga PPSIMP 2.01, saya amat mengharapkan kerjasama anda semua. Kepada pentazkirah perdana, pastikan tajuk yag dipilih baik untuk kita semua. Kepada AJK makanan, minggu depan kita bincang dekat kelas ye, nak makanan yang macam mana, nak minuman apa, kesemua itu akan kita bincangkan pada minggu depan.

Kepada 'penghias kelas' iaitu AJK persiapan, jom kita hias kelas sama-sama nanti. Hias cuma bersihkan yang mana patut agar makanan tidak termasuk habuk. itu sahaja :-)

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan..pakat mari datang ye.. :-)