Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Jumaat, 1 April 2011

Ya Rasulullah,Kami merinduiMU

Amat sukar sekali untuk mengingati Rasulullah kerana baginda sudah tidak lagi bersama kita semua, jasa baginda untuk menegakkan islam sehingga tersebar ke seluruh pelusuk bumi tidak dapat kita lupakan, apatah lagi pengorbanan baginda di akhirat kelak untuk 'mensyafaatkan' umatnya daripada masuk ke dalam neraka, sungguh, baginda pesuruh Allah yang mempunyai akhlak paling mulia.

Sering kali saya terfikir sejenak, layakkah aku bersama baginda di syurga kelak? bolehkah aku menatap wajah baginda di akhirat kelak? adakah rasulullah akan mengingati aku? semua soalan itu bertubi-tubi menyerang diri ini tatkala diri begitu banyak melakukan dosa.

Ya, Rasulullah makhluk paling mulia dan paling berakhlak di muka bumi ini, bagi yang mencintai baginda, setiap pergerakan, tutur kata, perbuatan baginda akan dijadikan ikutan. Cuba bayangkan jika Rasulullah bersama kita? kita dapat melihat dan menatap wajah baginda, kita dapat mendengar tutur kata baginda, sudah tentu kita akan menangis dan mahu menjadi sahabat baginda. Mungkin juga kita mahu berdamping bersama baginda untuk selama-lamanya.

Wahai sahabat, tujuan utama saya bercerita tentang rasulullah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk kita mengenang kembali 'kekasih' kita ini. Tidak rindukkah kita pada kekasih kita? saya tahu jawapan anda sudah semestinya Ya...mari berdoa supaya kita semua dapat menjadikan rasulullah sebagai contoh dan tauladan utama dalam kehidupan kita semua..

Dalam riwayat bersumber daripada sahabat nabi bernama al-bara bin azib r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w ialah seorang lelaki berperwatakan sedang, bahunya bidang. Rambutnya yang lebat mencecah daun telingannya. Bila baginda menegnakan pakaian merah, tiada seorang pun yang pernah aku lihat lebih tampan daripadanya" 
( Diriwayatkan oleh Muhammad bin basyar al-abdi, dari Muhammad bin ja'far dari syu'bah dari abi isyaq bersumber dari al-bara bin azib r.a)

Mari kita sama-sama kenang kembali manusia terhebat di muka bumi ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan