Pernah dengar cerita tentang Thomas Edison?
Beliau merupakan seorang yang begitu tabah dan gigih dalam melaksanakan hasratnya untuk menyalakan sebuah lampu.
Beliau sudah membuat lampu sebanyak 6000 kali tetapi kesemuanya gagal bernyala sehinggalah ibu beliau menyuruh beliau berhenti daripada melakukan perkara demikian.
Beliau berkata..'aku tidak pernah gagal dalam menyalakan lampu, tetapi aku berjaya mencipta 6000 cara untuk membuat lampu tidak bernyala.
Nampak gayanya beliau tidak cepat berputus asa walaupun setelah 6000 kali percubaan untuk menyalakan lampu itu.
Setelah itu, dia berjaya menyalakan lampu tersebut. Ya, saya tertarik dengan kesungguhan beliau, namun begitu kesungguhan dan usaha beliau tidak setanding nabi kita,muhammad.
Bagaimana pula diri kita? adakah kita tidak mampu jadi seperti Thomas Edison? Beliau telah membuktikannya bahawa 'usaha tangga kejayaan', 'jika tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya".
Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu, gagal sekali bukan gagal selamanya. Saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat kita..beliau berkata..'if u failed, u can repeat it!'


macam kenal jer trade mark tue?
BalasPadamSiapa Berusaha,Dia pasti berjaya..Jahul Bakhir!!!!
BalasPadam