Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Khamis, 31 Mac 2011

Ibrah di pantai Port Dickson

Alhamdulillah, selesai sudah kita semua berekreasi di pantai port dickson. Banyak perkara menarik yang kita semua dah sertai . Berkayak, naik banan bot, bbq, main pantai, main pasir, water confident dan sebagainya. Satu pengalaman baru tetapi amat bermakna buat kita sebagai seorang murabbi.

Apa yang menarik di sana bukanlah pantainya, mahupun tandasnya yang menawan, tetapi kerana indahnya kebesaran Allah. Bagi yang suka mentadabbur alam, sudah pasti terlihat banyak tanda-tanda kebesaran Allah disekeliling pantai Port Dickson tersebut.

Air laut sahaja sudah membuktikan betapa kerdilnya diri kita di hadapan Allah kelak, ibarat kita berada di lapangan padang mahsyar, dalam keadaan Allah mempedulikan kita ataupun tidak, Begitu juga dengan ombak, melihat ombak yang sederhana sahaja sudah menggetarkan hati apabila berkayak di tengah-tengah laut, itu baru ombak sekecil itu, jika dibayangkan tsunami menimpa di tengah-tengah laut itu, nauzubillah, antara selamat atau tidak.

Jika diambil sedikit ilmu daripada rekreasi tersebut, sudah tentu saya pilih 'keyakinan diri'. Ya, siapa sangka, pada permulannya, ramai yang tidak percaya pada diri sendiri mahupun jaket keselamatan yang digunakan. Setelah 'membawa' diri ke laut, akhirnya keyakinan diri akhirnya berjaya 'diproses' sedikit demi sedikit dan akhirnya kami berjaya 'bermain-main' di laut tersebut walaupun dalam keadaan kaki tidak mencecah pasir laut tersebut.

Tambah menarik, saya masih teringat dengan kata-kata seorang pak cik yang menguruskan kami untuk berkayak. Beliau berjaya mengajak kita berfikir tentang kebesaran Allah..
"Jangan takut pada laut tapi takut pada yang satu"

Ya, benar kata-kata pak cik itu..

alhamdulillah, Port dickson berjaya kami jejaki. Lepas ini ke mana pula?

Allah hendak menguji kamu

Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi dibenarkan bernafas untuk meneruskan saki-baki kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Hari-hari kehidupan kita adalah satu nikmat dan satu 'hadiah' bermanfaat untuk kita semua. Hari ini saya ingin berkongsi sekidikit pengisian untuk anda semua berkenaan dengan ujian Allah kepada manusia.

Adakah anda pernah diuji Allah sehingga anda duduk terdiam sambil mengalirkan air mata kerana beratnya dugaan yang menimpa? adakah anda pernah diuji dengan ujian kematian? kelaparan? kekurangan harta benda dan sebagainya ujian yang telah diberikan kepada anda? ya, saya tahu, kemungkinan besar antara kita semua telah mengalami ujian ini. Jika kita sosori kehidupan ini, manusia itu sudah pastinya tidak akan terlepas daripada ujian sehinggakan satu masa ada antara mereka yang berputus asa dari rahmat Allah, ada yang berjaya dalam menempuh kehidupan dan ada yang  terus-terusan gagal dalam menempuh ujian sehingga mereka hilang keyakinan dengan Allah.

Jika kita menjuruskan kehidupan dalam maktab ini, kita sering kali diuji dengan ujian assigment yang menimbun ibarat menara KLCC, kita juga sering kali 'tumpas' dengan dunia kkp sehinggakan kkp tersebut ibarat dunia kita. Ya, saya juga kadang-kala berada dalam situasi tersebut, cuma saya terfikir bagaimana caranya untuk 'keluar' daripada situasi ini. Kadang-kala saya kasihankan diri saya, hari-hari bercakap mengenai kkp dan assigment sehinggakan Allah diletakkan no.2, apabila stress datang pada peringkat 'kemuncak', saya seakan tiada motivasi diri, dunia ibarat gelap. Adakah anda juga pernah merasai situasi demikian?

Wahai sahabat, Allah telah berfirman di dalam surah al-baqarah ayat 256 yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupannya".

Ya, Allah maha mengetahui tentang diri anda, Allah tahu anda sanggup memikul bebanan yang berat ini walaupun anda merasai diri anda tidak mampu melakukan demikian. Abang usrah saya pernah menasihati saya.
"wan,kadang-kadang Allah bagi kerja kita banyak kat maktab ni sebab Allah tak nak kita lakukan perkara yang tidak berfaedah'

Saya terkedu seketetika, ada benarnya kata-kata abang usrah saya ini. Kesibukanlah yang membuatkan diri kita ditarbiyah dan dididik untuk melakukan perkara yang berfaedah.

Konklusinya..
Apabila menerima ujuan, lapangkan dada untuk bersangka baik terhadap Allah kerana kita tidak mengetahui ujian tersebut sebenarnya satu tarbiyah untuk diri kita, ada masanya ujian itu juga untuk 'menaiktarafkan' darjat kita di dunia ini.

Sahabat saya ada berpesan pada saya:

"Jangan diminta dikurang ujian tetapi mintalah kepada Allah supaya dibesarkan iman"

Jujurnya, saya juga sering kali tumpas dengan ujian yang melanda tetapi ALLAH berikan saya motivasi semula melalui ujian untuk saya cekal dan tabah dalam menghadapi kehidupan ini.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:
" Dan sesungguhnya kami berikan ujian kepadaMU, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"


Moga-moga kita ditabahkan hati dikuatkan jiwa dicekalkan iman untuk menghadapi ujian kkp ini. Tiada jalan yang mudah untuk berjaya dan tiada jalan mudah juga untuk menuju ke syurga. Kesemuanya penuh berliku dengan pelbagai cabaran.

Selalulah berdoa kepada Allah " ya allah ya tuhanku yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hatiku dengan agamaMU'.

Moga-moga kita istikomah dalam menerajui kehidupan yang penuh dengan duri yang bertaburan untuk mencari syurga yang hakiki..




















Tazkirah 5 minit

Alhamdulillah, tazkirah 5 minit setiap hari telah berjalan seperti biasa, namun terdapat beberapa 'penceramah' yang tidak dapat memberikan tazkirah atas sebaba-sebab yang tertentu. Tahniah kepada anda semua kerana berjaya melatih diri untuk terus ke hadapan sesuai dengan 'jiwa' kita untuk mendidik manusia satu hari nanti. Setakat ini tajuk yang anda pilih amat bersesuaian dengan situasi semasa dan saya ada dari kalangan anda telah berjaya 'menjiwai' isi yang ingin disampaikan sehingga mampu menusuk ke kalbu.

Tahniah, anda telah berjaya dan mampu memberikan tazkirah selama 5 minit dan lebih. Harapnya selepas ini anda juga mampu menjadi penceramah bebas untuk menyebarkan ilmu yang anda peroleh kepada orang lain dengan harapan ilmu itu diamalkan diri dan orang lain dan mampu menjadi 'saham' kepada diri kita juga di akhirat kelak. Semoga kelas kita sentiasa berada dalam keredoan-NYA untuk selama-lamanya dan saya berharap tazkirah ini tidak berakhir setakat semester ini sahaja, tetapi akan berlanjutan sehingga kita kita menjadi seorang guru di sekolah kelak. Anda Mampu Mengubahnya!

Jamuan Rabu Meriah

Jamuan Rabu Meriah?
Siapa sangka setelah berbulan-bulan duduk di sini, ternyata kita semua dapat memberikan komitmen yang begitu baik dalam menjalankan beberapa program anjuran kelas antaranya jamuan rabu, Alhamdulillah, bagi muslimin, mereka sudah melepasi 3 bilik dan hanya tinggal 3 bilik lagi untuk diselesaikan sebelum tiba jamuan perdana yang akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan. Bagi muslimat, saya kurang mengetahui perkembangan jamuan rabu mereka tetapi apa yang saya dengar, Ramai daripada mereka sedang menumpang di bilik rakan lain dan tidak dapat menjalankan jamuan ini. Tidak mengapa tidak menjadi tetapi anda boleh melakukannya pada bila-bila masa yang anda mahu. Program jamuan rabu ini dijalankan bagi mengeratkan silaturahim antara kita sesama sahabat yakni muslimin-muslimin, muslimat-muslimat.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini. Semoga ukhwah yang dibina ini semakin utuh dan kuat dan ikatan persaudaraan kita semakin 'hebat' untuk ke hadapan bagi menggempur musuh-musuh ALLAH yang terus menerus 'memisahkan' umat islam. Semoga urusan kita dipermudahkan ALLAH. Kita perlu berfikiran ke hadapan dan menjadikan kelas kita sebagai kelas 'contoh' kepada kelas yang lain sebagaimana yang telah dilakukan rasulullah sendiri dalam perang badar yang mana rasulullah percaya pada janji ALLAH dan yakin umat islam akan menang pada peperangan itu. PERCAYA dan BERJAYA. Kita perlu mara ke hadapan supaya tidak ketinggalan!

Perempuan juga hebat berfutsal?

Wah, berita tergempar. Dengarnya muslimat kelas PPISMP 2.01 juga hebat berfutsal. Adakah kebenaran itu satu yang pasti? Jika, ya tahniah buat anda kerana sanggup 'menggadaikan' duit semata-mata mahu membeli sebuah bola futsal. Menariknya, mereka juga mahu bersukan dan berfutsal! lain daripada yang lain. Elok lah sekiranya begitu, moga-moga 'harga' sebuah bola terbayar dengan ukhwah yang mantap sesama anda untuk mencari keredoan ALLAH. Teruskan bersukan dan mengeratkan silaturahim. Apapun, jangan lupa untuk menutup aurat apabila bersukan, pastikan kaum adam tidak melihat anda bersukan. Semoga berjaya!

Rabu, 30 Mac 2011

Pasukan Futsal PPISMP 2.01 berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir..


 Tahniah buat pasukan futsal PPISMP 2.01 !

Tahniah buat mereka kerana telah mengharumkan nama kelas PPISMP 2.01 kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir petang tadi. Keputusan tersebut telah diambil kira setelah 3 pasukan lagi dalam group ini telah tersingkir. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu? walaupun pada permulaannya pasukan ini tewas kepada kelas 2.05 dengan jaringa 1-2, namun dengan keazaman 'Kami boleh' mereka telah berjaya menewaskan pasukan 2.04 yang dianggap pasukan terkuat dalam kumpulan tersebut, pasukan ini telah berjaya membukitkan bahawa 'gelanggang' itu bukan milik mereka sahaja. Hal ini dibuktikan dengan kemenangan berharga buat kelas ini dengan jaringan 2-0.

Keesokan harinya, mereka turun lagi untuk berdepan dengan pasukan meningkat naik, 2.07, pada awalnya mereka telah menguasai permainan sehingga menjaringkan gol awal dan banyak juga serangan bertali arus ke gol lawan, namun pasukan lawan membalas jaringan tersebut pada minit-minit akhir untuk menyamakan kedudukan 1-1. Kedudukan itu kekal sehingga akhir perlawanan. Walaupun penyelaras program telah menimbulkan banyak tanda tanya dengan pelbagai kesilapan teknikal sehingga pasukan ini terpaksa ditundakan perlawanan seterusnya akibat kesilapan mereka sendiri, namun 'harimau muda teman seperjuangan' tidak memepedulikan kesilapan tersebut dan terus mengamuk 'membedil' pasukan 'harimau arab' dengan jaringan 4-0. Ternyata segala hasil peluh mereka terbalas jua walaupun pada permulaannya mereka berada di tangga terbawah kumpulan, namun kini mereka bergear juara kumpulan. Pasukan PPISMP 2.01 telah berjaya mara ke separuh akhir kejohanan futsal ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah 'mengurniakan' kemenangan kepada kami dan memberikan kami peluang untuk terus mara ke hadapan dalam menjayakan visi kelas iaitu menjadi 'role model' kepada kelas PPISMP yang lain.

Matlamat tersebut ternyata sukar dicapai berseorangan, namun atas keyakinan yang tinggi dalam kalangan warga PPISMP 2.01, InsyaAllah, akan menjadi KENYATAAN satu hari nanti. Sama-sama kita doakan, Tahniah 'harimau muda teman seperjuangan'. Kepada warga PPISMP 2.01, doakan kejayaan kami semua pada peringkat separuh akhir nanti.

Blog Baru 'special' untuk anda semua warga PPISMP 2.01

Keluarga PPISMP 2.01

Saya selaku setiausaha kelas ini dengan ini dengan ini mengumumkan bahawa kita sudah ada satu blog baru untuk 'kita' semua di dalam group ini. Tiba-tiba sahaja idea ini muncul ketika waktu  maghrib tadi. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan untuk 'mencreate' blog ini buat tatapan anda semua sebagai warga keluarga PPISMP 2.01. Hari ini, kita maju ke hadapan lagi setapak demi setapak untuk sama-sama kita bergerak seiring dengan dunia yang penuh dengan teknologi maklumat. InsyaALLAH, blog ini akan dikendalikan saya sendiri semampu yang mungkin untuk memberikan sebaran artikel, maklumat, catatan semasa, pengalaman dan sebagainya untuk sama-sama kita membentuk diri menjadi hamba ALLAH yang sebenar-benar hamba. Hari ini 30.3 telah tercatatnya tarikh blog ini diwujudkan dan anda menjadi saksi kepada kewujudan blog ini. Blog ini masih lagi dalam keadaan 'kosong' dan mungkin akan diupdate hari demi hari untuk perkongsian kita semua.Akhir kata, saya ucapkan selamat datang ke blog 'Keluarga PPISMP 2.01'. Jemput masuk sekiranya ada kelapangan.