Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi dibenarkan bernafas untuk meneruskan saki-baki kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Hari-hari kehidupan kita adalah satu nikmat dan satu 'hadiah' bermanfaat untuk kita semua. Hari ini saya ingin berkongsi sekidikit pengisian untuk anda semua berkenaan dengan ujian Allah kepada manusia.
Adakah anda pernah diuji Allah sehingga anda duduk terdiam sambil mengalirkan air mata kerana beratnya dugaan yang menimpa? adakah anda pernah diuji dengan ujian kematian? kelaparan? kekurangan harta benda dan sebagainya ujian yang telah diberikan kepada anda? ya, saya tahu, kemungkinan besar antara kita semua telah mengalami ujian ini. Jika kita sosori kehidupan ini, manusia itu sudah pastinya tidak akan terlepas daripada ujian sehinggakan satu masa ada antara mereka yang berputus asa dari rahmat Allah, ada yang berjaya dalam menempuh kehidupan dan ada yang terus-terusan gagal dalam menempuh ujian sehingga mereka hilang keyakinan dengan Allah.
Jika kita menjuruskan kehidupan dalam maktab ini, kita sering kali diuji dengan ujian assigment yang menimbun ibarat menara KLCC, kita juga sering kali 'tumpas' dengan dunia kkp sehinggakan kkp tersebut ibarat dunia kita. Ya, saya juga kadang-kala berada dalam situasi tersebut, cuma saya terfikir bagaimana caranya untuk 'keluar' daripada situasi ini. Kadang-kala saya kasihankan diri saya, hari-hari bercakap mengenai kkp dan assigment sehinggakan Allah diletakkan no.2, apabila stress datang pada peringkat 'kemuncak', saya seakan tiada motivasi diri, dunia ibarat gelap. Adakah anda juga pernah merasai situasi demikian?
Wahai sahabat, Allah telah berfirman di dalam surah al-baqarah ayat 256 yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupannya".
Ya, Allah maha mengetahui tentang diri anda, Allah tahu anda sanggup memikul bebanan yang berat ini walaupun anda merasai diri anda tidak mampu melakukan demikian. Abang usrah saya pernah menasihati saya.
"wan,kadang-kadang Allah bagi kerja kita banyak kat maktab ni sebab Allah tak nak kita lakukan perkara yang tidak berfaedah'
Saya terkedu seketetika, ada benarnya kata-kata abang usrah saya ini. Kesibukanlah yang membuatkan diri kita ditarbiyah dan dididik untuk melakukan perkara yang berfaedah.
Konklusinya..
Apabila menerima ujuan, lapangkan dada untuk bersangka baik terhadap Allah kerana kita tidak mengetahui ujian tersebut sebenarnya satu tarbiyah untuk diri kita, ada masanya ujian itu juga untuk 'menaiktarafkan' darjat kita di dunia ini.
Sahabat saya ada berpesan pada saya:
"Jangan diminta dikurang ujian tetapi mintalah kepada Allah supaya dibesarkan iman"
Jujurnya, saya juga sering kali tumpas dengan ujian yang melanda tetapi ALLAH berikan saya motivasi semula melalui ujian untuk saya cekal dan tabah dalam menghadapi kehidupan ini.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:
" Dan sesungguhnya kami berikan ujian kepadaMU, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"
Moga-moga kita ditabahkan hati dikuatkan jiwa dicekalkan iman untuk menghadapi ujian kkp ini. Tiada jalan yang mudah untuk berjaya dan tiada jalan mudah juga untuk menuju ke syurga. Kesemuanya penuh berliku dengan pelbagai cabaran.
Selalulah berdoa kepada Allah " ya allah ya tuhanku yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hatiku dengan agamaMU'.
Moga-moga kita istikomah dalam menerajui kehidupan yang penuh dengan duri yang bertaburan untuk mencari syurga yang hakiki..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan