Saya ada matlamat tertinggi untuk direalisasikan untuk kelas, namun untuk bekerja berseorangan sahaja tidak cukup, maka saya perlukan kerjasama anda semua untuk merealisasikan hasrat ini.
Bagaimana mahu mewujudkan suasana biah solehah dalam kelas? anda sudah pasti tahu jawapannya. Dalam jamah, kita memerlukan 3 keperluan penting dan antaranya baitul muslim..
Untuk mewujudkan suasana 'biah solehah' dalam kelas, kita perlu terapkan konsep 'baitul muslim' iaitu penyebaran islam melalui 'keluarga'..
Apa kata kita mulakan dari kelas kita dulu? kita terapkan usaha murni ini di dalam kelas, kita bersama-sama berlumba melakukan kebaikan, berlapang dada dalam menyelesaikan masalah, saling bantu membantu dalam menggerakkan kerja dakwah, malah bersatu dalam 'menentang' anasir luar.
Jadi, untuk mewujudkan kekuatan luar biasa itu, maka kita perlukan ukhwah yang mantap untuk terus bersama-sama menggembleng tenaga mencari redo ilahi..
Bukan mudah untuk mewujudkan suasana tersebut kerana anda adalah antara orang yang perlu bersama-sama 'seiringan' bergerak mewujudkan suasana itu.
Menarik bukan?
Kita kembali mengikuti sunnah nabi, kita bersama-sama menggembleng tenaga dan fikiran mahupun harta untuk mewujudkan susana itu..
Anda mungkin tidak nampak hasilnya sekarang tetapi mungkin hasilnya akan 'wujud' setelah anda keluar dari IPG ini. Maka tugas seterusnya mentarbiyah keluarga jatuh di tangan anda. Apabila anda sudah ditarbiyah di kelas, tidak mustahil anda mampu mentarbiyah keluarga anda satu hari nanti. Maka, ini perancangan jangkan panjang..(kemahiran berfikir)..
Namun, natijahnya, Allah yang sempurnakan..Mungkin anda juga mampu membimbing masyarakat kelak, siapa tahu? Allah mampu 'membolak-balikkan' hati manusia dengan sekelip mata..
Ayuh kita wujudkan suasana itu di kelas, kita semua mampu mengubahnya, mungkin ada antara cadangan anda yang lagi 'meletup' selepas sesi tazkirah 5 minit, jamuan rabu, aktiviti migguan seperti futsal, aktiviti kelas seperti bukit broga dan lain-lain lagi. Anda ada idea? jadi salurkan kepada saya, insyaallah, kita bincang nanti!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan