Alhamdulillah, kita sudah selesai ke bukit broga pada bulan 2 yang lepas, ternyata banyak pengalaman menarik yang telah sama-sama kita nikmati sepanjang berada di bukit tersebut. Walaupun terdapat beberapa perselisihan masalah pada permulaannya, tetapi dengan izin Allah, kita semua berjaya 'menakluk' bukit broga hingga ke puncak.
Sebelum memulakan perjalanan, kita semua sempat berkumpul di garaj bas untuk sama-sama mengangkat barang dan sedikit sesi taklimat sebelum berangkat pergi. Perjalanan diketuai muslimat.
Dalam perjalanan tersebut, kita semua 'berkonvoi' sambil menikmati alam sekeliling ciptaan Allah ini. Kita juga sempat juga menangkap gambar sewaktu berada di jalan raya, mana tidaknya keadaan jalan raya yang kosong membuatkan kita semua bagai rusa masuk kampung. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya kita semua ada gambar kenangan yang boleh disimpan.
Sampai sahaja di Bukit Broga, kita semua terus berkumpul sambil menikmati air kosong dan roti sandwich buatan muslimat, Walaupun hanya sekeping roti, tetapi sudah cukup mengenyangkan perut untuk meneruskan misi 'menakluk' Bukit Broga..
Pendakian diteruskan untuk menawan Bukit Broga, Kepenatan terasa kerana kita semua 'terlebih' masa untuk mendaki bukit seperti waktu yang dirancang pada permulannya, namun atas semangat 'Malaysia boleh' seperti baju yang dipakai erul, maka pendakian diteruskan, kita bersungguh-sungguh mendaki, tetapi orang lain bersungguh-sunggu turun bukit..
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Bukit Broga berjaya ditawan anak-anak muda PPISMP 2.01, Tahniah diucapkan, walaupun kita berselisih faham pada permulaannya untuk memilih lokasi berehlah, akhirnya perselisihan itu merapatkan hubungan kita semua..Allah yang menyatukan hati kita semua.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas perlakuan saya yang kurang profesional dalam mengawal emosi, saya mintak maaf pada semua sahabat kelas PPISMP 2.01, moga-moga kita dapat bersama-sama terus menjadi pemuda dan pemudi yang hatinya terpaut pada Allah..

Semoga semua menjadi anak yang soleh..
BalasPadamamin...
BalasPadamamin ya rabbal alamin!!!!!!
BalasPadam