Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Khamis, 7 April 2011

Nikmatnya syurga!

Salam..
Apa kabar wahai sahabat? bagaimana iman kamu pada hari ini? sihat-sihat aja? hari ini saya ingin berkongsi satu 'post' yang agak baik untuk kita semua
'Nikmat Syurga'..

Bagaimana rasanya berada di syurga? adakah syurga sama seperti yang kita bayangkan?
Saya ingin bercerita tentang syurga dengan niat untuk membangkitkan semangat 'kita' semua sebagai seorang hamba untuk mengejar cita-cita ke syurga tersebut.

Sahabat sekalian, janganlah kamu mudah berputus asa dengan rahmat Allah, teruskan mencuba mengejar cinta hakiki daripada mengejar cinta duniawi..

Abu Hurairah r.a berkata: 'Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu? jawabnya: Dari air. Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga !'


Jawabnya: ' Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya dari kasturi yang semerbak harum,tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya'


Bagaimana sekarang? boleh anda bayangkan betapa indahnya syurga? subhanallah, indahnya bangunan syurga dihiasai dengan batu bata bertahtakan emas dan perak, malah kita kekal bahagia di dalamnya tanpa ada ujian yang menimpa diri..

Sahabat, Allah telah menceritakan kita tentang kehebatan syurga di dalam quran, maka marilah kita bersama-sama merebutnya, jangan takut untuk berubah, jangan takut untuk menjadi muslimin dan muslimat yang bermanfaat serta soleh dan solehah, jangan biarkan diri 'tergelincir' ke dalam neraka sahabat!

Indahnya 'keadaa' di syurga telah diceritakan dalam hadis ini:

Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratu tahun tidak putus naungannya. Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga,bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia dan seisinya"

Nah, bayangkan betap besarnya pepohon syurga itu, Indahnya syurga, anda sudah bersedia ke syurga?
Untuk itu wahai sahabat, bukanlah mudah untuk menuju ke syurga, jalan ke syurga penuh dengan kepayahan manakala jalan ke neraka penuh dengan hawa nafsu. 


Maka, pasanglah himmah (cita-cita tertinggi) untuk menuju ke syurga, setiap hari apabila bangun, bayangkanlah syurga di hadapan anda, apabila anda muram, bayangkan syurga di hadapan anda, apabila berada dalam tekanan yang dasyat maka bayangkanlah syurga di hadapan anda, itu sebagai motivasi untuk anda mengejar syurga yang hakiki! syurga yang abadi!

Wahai sahabat, imam syafie pernah berkata: "seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat"

Abu Hurairah r.a berkata : 'Demi Allah yang menurunkan kitab pada nabi muhammad s.a.w sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua"

Nak jadi cantik dan handsome yang kekal? maka di syurgalah jawapannya...


 Maka, bayangkalah syurga wahai sahabatku, marilah 'berkhayal' dengan syurga, semoga impian kita semua menuju ke syurga tercapai..

Insyaallah...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan