Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Sabtu, 9 April 2011

Kesedihan itu bermakna bukan?

Pernah anda mengalirkan air mata? kerana apa?

Kerana apa anda menangis? putus cinta? hilang kasih sayang? dimarahi ibu bapa? ditimpa bencana?

Cuba sama-sama kita renungkan kembali, air mata kita banyak dibasahi untuk apa? adakah kerana Allah ataupun kerana duniawi?

Pernakah kita berputus asa di atas rahmatnya? mungkin jawapan ini mampu dijawab anda sendiri...

Hidup manusia tidak akan lekang daripada di uji, kata orang, hidup ini umpama roda, setiap kali diuji, pasti manusia akan berpusing-pusing kedudukannya, jika sebelum ini, manusia berada di atas, maksud di atas di sini manusia itu berada dalam keadaan selesa seperti dikurniakan harta yang banyak, jawatan yang tinggi, nikmat sihat dan sebagainya tetapi kemudian roda itu berpusing buat kali kedua, kemudian jatuh ke tingkat paras bawah, manusia itu jatuh dan jatuh, di uji dengan kehilangan nikmat yag 'terlalu selesa' sebelum ini.

Siapa sangka orang yang berjawatan tinggi satu hari nanti Allah 'menukarkan' menjadi si pengemis, siapa sangka satu hari nanti, orang yang hartanya menggunung tinggi satu hari nanti Allah uji dengan kehabisan harta, merempat di rumah orang lain, siapa sangka orang yang dikurniakan nikmat sihat, boleh bergerak ke sana sini tetapi satu hari nanti Allah uji dengan 'membekukan' anggota badannya dengan penyakit lumpuh. Siapa sangka? Kerana Allah mampu 'mengubahnya'.. 

Jika disosori kehidupan Nabi Muhammd, baginda hamba Allah yang paling banyak diuji, rasul kita sendiri contoh ikutan terbaik untuk umatnya, baginda diuji dengan pelbagai ujian dalam menegakkan agama suci ini,tetapi baginda tidak sering kali berputus asa dengan ujian yang melanda. Bayangkan jika kita  berada di kedudukan nabi, ditawarkan dengan wanita, dijanjikan pangkat, ditawarkan harta yang melimpah ruah dan sebagainya tetapi adakah nabi mengambil kesemua itu? tidak bukan?

Firman Allah di dalam surah yusuf ayat 87 bermaksud:

"....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" 


Allah juga berfirman dalam surah al-hijr yang ayat 56 yang bermaksud:


"Ibrahim berkata: 'Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat"


Nauzubillah, jika kita berputus asa dengan rahmat Allah, nascaya sesatlah kita..Cuba bayangkan ayat Allah itu dengan kehidupan semasa kita sekarang jika mahu tahu kebenarannya, Dahulunya ramai antara rakan-rakan kita yang aktif dalam bidang dakwah di sekolah, tetapi apabila dia berputus asa dengan rahmat Allah, maka dia sudah tidak lagi seperti dulu, kalau dulu, rambut bertudung litup, tetapi apabila berada di univiersiti,  maka tudung itu ditukarkan kepada free hair.


Jika sebelum ini  sahabat kita itu  hebat berceramah sana sini tetapi apabila dia berputus asa dengan rahmat Allah, maka hukum hakam Allah tidak lagi menjadi pegangan, keluar dengan perempuan atau lelaki bukan mahram sehingga menimbulkan fitnah, merompak, terlibat dengan kes berat dan sebagainya. Bukankah itu bukti ayat Allah di dalam surah yang saya perkatakan tadi? Apabila kita berputus asa, maka kita tergolong dalam golongan orang yang sesat.

Kata-kata Allah itu selalu benar, maka berhati-hatilah sahabat agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang sesat.

Wahai sahabat, dunia itu umpama tempat berteduh, kita berehat sebentar kerana mendapat 'tugas' dari Allah, apabila selesai urusan kita di dunia maka bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil kita dari tempat berteduh itu untuk bertemu dengan-Nya.

Cumanya keadaan kita berbeza-beza apabila diambil kelak, ada yang dalam keadaan mati accident, mati dalam keadaan mata terbeliak, mati dalam keadaan dalam keadaan perut terburai di jalanan, jika baik, maka matilah kita dalam keadaan baik dan tidak menyakitkan.

sahabat, hidup di dunia ini membuatkan hidup kita terleka lebih-lebih lagi hidup di dalam maktab yang penuh dengan keselesaan, adanya katil yang empuk, adanya elaun, adanya mesin basuh, adanya motor, adanya tempat belajar yang kondusif, air-cond, subhanallah..ujian kita amat berat sahabat!

Kita terleka dengan dunia di maktab, perubahan pada diri kita, hanya kita sendiri yang ketahui, duit rakyat itu kita gunakan sewenang-wenangnya tanpa kita ambil kira pertanyaan Allah di akhirat kelak, katil yang empuk pula membuatkan kita terbuai lena sehingga sukar bangun untuk melakukan ibadah (muhasabah diri), Kelas yang ber air-cond membuatkan kita sukar menuntut ilmu, elaun yang banyak menyebabkan kita sukar untuk bersedekah.

Sahabat, nabi kita sendiri tidak tinggalkan harta sesen pun, tetapi nabi kita tinggalkan harta yang paling berharga iaitu ilmu melalui quran dan sunnah.

Saya kadang kala sedih dengan perubahan diri, apabila hidup terlalu selesa, maka Allah jauhkan diri kita dengan-Nya, nikmat yang banyak ini untuk menguji diri kita sendiri

moga-moga kita dijauhkan daripada kufur nikmat. seperti kata Allah di dalam surah ibrahim ayat 7 yang bermaksud:

"Dan tatkala tuhanmu memaklumkan, 'sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah kepadamu dan jika kamu mengingkarinya maka sesungguhnya azabku sangat pedih"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan