“Aku kat mana ni?”. Man melihat di sekelilingnya setelah terjaga daripada pengsan.
“Jangan risau, kau tak apa-apa Man, kau rehatlah dulu, tadi aku jumpa kau kat tepi jalan”. Erul menenangkan Man.
“Aku tadi kena be..la…..”.
“Sudah tu Man, kau tak payah fikir lagi, aku dah tahu dah semua yang terjadi kat kau ni”. Erul memotong kata-kata Man.
“Macam mana kau tahu Rul?.”Man kehairanan.
“Kau kan sahabat dunia akhirat aku, aku tahu la”. Erul pandai bermain kata.
“Yela Rul”. Man membuat muka manjanya. Walaupun Man berada dalam keadaan kepenatan dan kesakitan, namun Erul berjaya menenangkan jiwa sahabatnya itu, bagi Erul, dia sangat sayangkan Man, tetapi di sebalik kejadian tersebut, Erul cuba menyembunyikan sesuatu bagi menjaga hati sahabatnya itu.
“Man, kau berehatlah dulu, apa-apa yang kau nak minta tolong, jangan lupa jerit nama aku, hari ini aku layan kau macam anak raja”. Erul menyelimutkan Man sambil memandang wajah sahabatnya itu.
“Tak apa lah Rul, aku cuba buat sendiri, aku tak nak menyusahkan diri kau”. Man cuba semampu mungkin untuk mengelakkan diri daripada menyusahkan Erul.
“Isyh budak ni!, jangan risau, hari ni aku tolong kau, besok hari mana tahu aku susah, Allah yang tolong aku balik”. Erul memicit pipi Man.
“Okeylah Rul, terima kasih, nanti kalau aku perlukan pertolongan, aku mesej kau ye.” Sempat lagi Man bergurau dengan Erul.
“Kalau macam tu, aku biarkan kau rehat dulu, aku ada kerja sikit nak diselesaikan”. Man keluar dari biliknya dalam keadaan penuh serba salah.
******************************************************************************************************************************
“Rul, kau tahu tak ayah aku kat mana, tadi aku balik rumah, aku masuk dalam, rumah tu kosong, selalu ayah aku waktu macam ni, dia memang ada kat dalam rumah”.
“Ermm…., sebenarnya ayah kau tu dah kena…”.
“Kena apa Rul???”. Man meninggikan suara”.
“Sebenarnya ayah kau dah kena tangkap dengan polis”. Erul berterus terang.
“ Innalillah hi wainnailaihirajiun”. Air wajah Man berubah.
“Rul, kenapa kau tak cakap kat aku awal-awal lagi kalau kau dah tahu?”. Air mata pemuda ini mula mengalir deras.
“Aku bukan tak nak cakap dengan kau, tapi aku takut kesihatan kau makin terjejas”. Erul serba salah.
“Ayah aku kena tangkap sebab apa Rul?”.
“Sebenarnya ayah kau kena tangkap sebab dia membekalkan mengedarkan dadah”. Erul masih lagi dalam keadaan serba salah dalam menyatakan kesilapannya.
Man masih lagi terdiam kaku, seakan ujian yang datang bertalu-talu menjadikan dirinya lemah gara-gara hasutan syaitan yang bertalu-talu mengenai tepat pada dirinya.
Man berlalu pergi daripada rumah Erul dalam keadaan kesedihan menyelebungi dirinya, sudahlah ibunya meninggal, kini dia kehilangan bapanya. Dia pulang segera ke rumahnya tanpa sempat Erul mengajaknya untuk tidur di rumahnya. Erul dalam keadaan serba salah membiarkan Man menenangkan dirinya dahulu kerana dia sudah memahami akan Man yang tidak suka diganggu apabila dia berada dalam kesulitan kerana dia tidak mahu menjadikan manusia sebagai tempat untuk dia bergantung harap, tetapi dia mahu mengadu segala kesulitannya kepada Yang Esa.
“ Man, kalau mahu apa-apa pertolongan, bolehlah contact aku”. Erul sempat menghantar mesej.
***********************************************************************************************
Sudah masuk lima hari Man menghilangkan diri entah ke mana, puas sahabatnya yang lain mencarinya namun hasilnya sering kali gagal, berita kehilangan Man tersebar luas, malah ada yang mengatakan Man sudah bunuh diri. Ada juga suara-suara nakal mengatakan Man sudah menjadi penagih dadah sama seperti ayahnya. Erul tahu sahabatnya tidak seperti yang dinyatakan orang kampung, dia lebih mengenali sahabatnya itu, dia tahu sahabatnya itu bukanlah orang yang mudah tewas dengan ujian.
Kisah kehilangan Man terus menjadi misteri dan menjadi perbualan orang kampung tidak kiralah di kedai makan, di masjid mahupun di taman-taman. Mereka semua memperkatakan tentang kehilangan seorang remaja yang bernama Man.
************************************************************************************************
Kelihatan lima orang lelaki sedang duduk di meja bulat di kawasan rehat di tengah taman itu sambil berborak antara sesama mereka.
“Man, kau tahu tak, kita ada projek besar malam ni?”Rizduan seorang pemuda berasal dari kedah dengan memakai jaket Chelsea kegemarannya sedang menyoal sahabatnya itu.
“Eh, aku tak tahu apa-apa pun, kenapa korang semua tak bagi tahu aku ni?’. Man atau nama sebenarnya Luqman kelihatan hairan apabila dirinya tidak mengetahui rancangan besar untuk malam ini.
“Eh, takkanlah kau tak tahu, kami semua dah rancang lama dah projek ni, biar kita kasi gegar kawasan MPI ni”. Shahid mencelah perbualan antara mereka. MPI merupakan Maktab Perguruan Islam dan merupakan tempat pengajian mereka.
“Yela Man, kami semua dah rancang yang terbaik, malam ni lepas isyak, projek kita berjalan”. Firdaus menyakinkan sahabatnya itu.
“Aku pun dah sedia dah ni, tak sabar rasanya nak buat ‘projek’ besar kita malam ni”. Hahahaha. Aki din ketawa berdekah-dekah.
“Apa-apa je la, asalkan aku tak ketinggalan untuk ‘projek’ mega malam ni’. Man tersenyum lebar melihatkan perancangan sahabatnya itu seakan-akan MPI akan digegarkan dengan serangan hebat ‘budak gagster’ pada malam ini.
“Terbaik la”. Mereka semua melaungkan slogan ini secara serentak menandakan mereka semua amat sepakat dalam melakukan projek untuk malam ini.
****************************************************************************************************************
Mereka berlima telah memakai pakaian masing-masing, kelihatan Man sedang memakai pakaian bersut biru, Rizduan dengan baju bersut hijau, Aki Din dengan pakaian bersut merah, Shahid dengan baju bersut coklat dan Firdaus dengan baju bersut kuning. Dengan kuasa magnatik yang ada pada baju mereka mampu membuatkan baju mereka berterbangan di udara.
“Weyh Wan, apa rancangan kau ni?” Man seolah-olah tidak tahu menahu rancangan mereka semua.
“Kau ikut je kami semua, nanti kau akan tahu betapa dasyatnya rancangan kita pada malam ini.”
“ Hahaha..”
Aki Din dan sahabatnya yang lain ketawa berdekah-dekah.
Malam itu MPI digegarkan dengan serangan bom bertalu-talu daripada di kawasan tempat parking motor di asrama lelaki. Kesemua motor musnah dan hancur terbakar akibat serangan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘budak gangster’.
Pagi itu, satu Malaysia heboh mengatakan tentang kemusnahan akibat bedilan bom daripada kumpulan ‘budak gangster’, Media massa dan media elektronik heboh mempromosi berita ini di muka surat hadapan mereka dan kini MPI menjadi kawasan yang dijaga ketat polis kerajaan.
“Isyh, Ini sudah melampau!” Kelihatan Hasan sedang meluahkan perasaannya sambil menumbuk meja di hadapannya.
“Apa yang melampau tu San?” Fikri datang merapati Hasan.
“Kau tengoklah ni, habis nama baik MPI ni”. Hasan menunjukkan berita di internet di laptopnya kepada Fikri.
“Tu la fasal, tapi nak buat macam mana, mereka semua ni degil. Puas polis buru mereka tapi tak berjaya”. Merah padam muka Fikri melihatkan gambar motorsikal yang hangus terbakar.
Kelihatan sepasang telinga sedang mendengar tepat perbualan mereka berdua.
“Kau tunggulah kedatangan aku wahai ‘budak gangster”. Pemuda tersebut tersenyum sinis apabila melihat muka ‘Budak Gangster’ terpampang di hadapan muka surat berita Tarbiyah Muslimun.
*********************************************************************************************************


Tiada ulasan:
Catat Ulasan