Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Ahad, 18 Disember 2011

CORETAN SANTAI


Teringat seketika waktu pertama kali menjejakkan kaki ke bumi IPG KPI yang dulunya dikenali ramai golongan guru sebagai Maktab Perguruan Islam, Bangi. Kemudian nama tersebut ditukar berkali-kali sehinggalah menjadi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.


Waktu itu penulis menjejakkan kaki ke IPG ini pada bulan Julai 2010. Ketika itu penulis begitu gembira kerana hasrat yang selama ini terpendam tercapai jua untuk menjadi pendidik yang diiktiraf ilmunya. Di sini lahirnya pelbagai guru yang sudah bertebaran di serata Malaysia terutamanya mereka yang mengajar subjek Pendidikan Islam dan juga Bahasa Arab.


Setelah berkenalan dengan rakan-rakan pelbagai negeri, penulis juga sempat mendegar luahan rakan-rakan lain berkenaan dengan cita-cita 'asli' mereka. Kebanyakan mereka yang memasuki Institut ini bukanlah kerana kehendak hati. Rata-rata mereka 'dipaksa' oleh orang tua mereka sendiri. Ada juga yang mengisi borang dan datang ke temu duga hanya sekadar memenuhi pengisian yang tidak kesampaian dan sebagainya. Ada juga yang telah memasuki Universiti sebelum ini dan ada juga yang telah mendapat  pelbagai tawaran 'lumayan' daripada luar negara dan IPT tempatan dan menolaknya hanya kerana mahu bergelar sebagai seorang pendidik!


Tahniah diucapkan jika hasrat awalnya begitu tetapi penulis amat kasihan pada mereka yang memasuki Insitut ini secara terpaksa. Bukan apa, penulis kadang-kala berasa hairan dan kasihan dengan mereka. Sudahlah terpaksa belajar selama 5 tahun setengah tanpa ada langsung minat, hanya Allah yang tahu isi hati mereka.


Kadang-kala, hidup di Institut ini terlalu enjoy. Maklum sahajalah, sudah diberikan elaun yang agak lumayan tetapi kadang-kala ada juga mereka yang mengkritik tidak cukup tetapi penulis selalu bertanya pada diri adakah layak kita mengungkapkan perkataan tersebut? berapa ramai di luar sana yang memohon untuk menjadi seorang guru tetapi tidak dipersoalkan? Ya, pada tahun penulis, seramai 100 00 ribu orang memohon untuk menjadi guru dan 10 000 daripadanya terpilih untuk ditemu duga dan dalam anggaran 6000-7000 sahaja yang terpilih untuk menjadi seorang guru yang berkelayakan. Ya, dalam tak sedar seramai inilah guru-guru yang telah terpilih dan diiktiraf untuk menyambung kerja pewaris nabi ini.


Alahai....


Kasihan sungguh, adakalanya penulis bermuhasabah diri. Apabila terlalu enjoy dengan 'kewangan' yang kukuh tidak seperti di Universiti awam dan tempatan, sebahagian besar mereka menggunakan duit sara sendiri ataupun duit daripada ibu bapa mereka tetapi di sini Alhamdulillah, rasanya ibu bapa tidak perlu mengirimkan wang lagi dan mereka juga sudah lega kerana bakal guru yang memasuki maktab di taja penuh pelajarannya sehingga 5 tahun setengah. Penulis begitu bersyukur walaupun ada sebahagian daripada mereka yang tidak pernah bersyukur dikurniakan rezeki ini tetapi mereka perlu ingat, bahawa kesemua rezeki dan nikmat ini akan dipersoalkan kelak.


Sayang seribu sayang...


Profession perguruan sudah dianggap sebagai proffession 'tajaan penuh' dan tidak perlu bersusah payah. Ketika itu ramai yang bersenang lenang dengannya. Ketika dahulu, penulis masih teringat kepada sahabat-sahabat penulis yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk menjadi seorang guru tetapi tidak berjaya memasuki IPG, dia bersungguh-sungguh mengejar cita-citanya tetapi sebahagian bakal guru di mana-mana IPG tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberi...


Ada sebahagian penuntut di Institut ini sangat suka membelanjakan wang ke arah perkara yang tidak sepatutnya dan ada pula yang membelanjakan wang tersebut untuk tujuan yang sewajarnya. Ada yang memberikan wang tersebut kepada adik beradiknya, ada yang diberikan kepada ibu bapanya, ada yang di dermakan, ada yang di belanjakan untuk membeli buku dan ada juga yang digunakan untuk berjalan-jalan di muka bumi Allah ini. Tidak ketinggalan juga ada yang menyimpan untuk mengerjakan haji. Ya, sungguh seronok jika wang itu dapat dimanfaatkan sebaiknya...


Mereka yang tidak berminat itu....


Seharusnya mereka yang benar-benar tidak berminat dengan bidang perguruan bertindak dengan baik dalam menangani masalah ini jika tidak mahu di ambil tindakan oleh Kerajaan apabila telah mentandatangani surat perjanjian. Ya, apabila sudah mengisi borang perjanjian dan menghantarkannya, maka di situ anda sudah 'berkhidmat' dengan kerajaan sepenuhnya sehingga hari yang ditetapkan. Jika tidak, anda akan diambil tindakan berkemungkinan terpaksa membayar wang  RM 120 000 seperti yang tertulis dalam perjanjian sebelum ini...


Jadi, siapa yang salah?


Tidak harus menyalahkan sesiapa, anda yang perlu bertindak cemerlang dalam menangani hal ini. Ramai sahabat penulis yang tidak mahu menjadi guru pada awalnya akan tetapi setelah lama duduk dan belajar di sini, mereka semakin menyesuaikan diri untuk bergelar seorang pendidik. Jangan takut, pena telah ditulis dan sudah kering. Jika anda sudah masuk ke Insititut Pendidikan Guru ini, terimalah hakikat bahawa takdir anda sudah ditetapkan dan anda hanya perlu melalui perjalanan itu dengan tabah. Mana tahu, selepas belajar dan bekerja dengan kerajaan dalam jangka waktu yang ditetapkan, anda mampu mengejar cita-cita anda? Belajarlah dan istikomah dalam menuntut ilmu..


Kadang kala penulis terkenang kenangan lalu...


Kini, penulis sudah setahun setengah berada di sini. Segalanya berjalan lancar dan penulis semakin serasi dengan dunia perguruan. Mungkin kerana  minat yang mendalam. Tiba-tiba penulis terkenangkan semula percaturan Allah dalam hidup penulis. Sungguh, penulis bersyukur kerana terpilih untuk belajar di sini. Malah, penulis tidak pernah berasa kesal kerana berpindah dari Universiti Islam Antarabangsa. Terkenangkan ramai pak cik DAN  mak cik penulis juga ibu bapa penulis yang cukup gembira setelah mendengar khabar penulis menjejakkan kaki ke bumi IPG ini membuatkan penulis merenung jasa mereka. Ada pak cik saudara penulis yang sedia menjadi penjamiN KEDUA untuk borang perjanjian penulis. Bayangkan, apabila tiba-tiba sahaja penulis melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan di buang daripada  IPG, maka pak cik penulislah yang akan menanggung sengsara itu.


Tapi...Mereka sanggup menanggung penulis...Jasan mereka membuatkan diri penulis semakin bertekad untuk melakukan sesuatu. Duduk di IPG bukan untuk berehat tetapi untuk menambahkan ilmu syariat untuk mengajar mereka semula kelak. Siapa lagi kalau bukan anda wahai ustaz dan ustazah...! Mengajarlah, jadilah seperti tanah yang subur yang mengeluarkan pokok yang berbuah subur...


Ingatlah, peluang ini direbut ramai manusia di luar sana tetapi anda salah satunya yang terpilih untuk menjadi seorang pendidik yang diiktiraf!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan