Selasa, 11 Oktober 2011
KAUKAH KEKASIHKU?
Selama pena ini masih utuh digerakkan, maka saya mengambil peluang ini untuk menyampaikan sesuatu untuk dikongsikan bersama. Selama jari jemari ini punyai kekuatan untuk mengungkapkan sesuatu, maka saya akan cuba sedaya upaya menggerakkan jari ini untuk menyatakan pendapat saya. Hidup manusia itu perlu ada pemurnian jiwa. Hatinya perlu diketuk untuk sama-sama bermuhasabah diri.
Barangkali, sudah hampir setahun setengah kita bersama. Kekuatan ukhwah kita juga semakin serasi namun tidak dinafikan ada antara kita yang sering bertelagah dek kerana nafsu semata-mata. Hal itu juga terjadi kepada saya selama ini. Manusia itu mana mungkin tidak ada kesilapan dalam dirinya, sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang bertaubat setelah mereka melakukan dosa.
Kau kekasihku.....
Siapa antara kita yang tidak mahu berkahwin, berumah tangga, mempunyai anak, mempunyai keluarga besar? Ya, saya rasa kita semua ada niat sedemikian cuma belum waktunya untuk kita berumah tangga belum kunjung tiba. Fitrah dan sunnah nabi untuk menggalakkan umatnya berkahwin. Bahkan ada dalam beberapa riwayat nabi yang menggalakkan umatnya berkahwin.
Ada caranya.....
Kadang-kala dalam ghairah bercinta, kita terlupa sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita, kita terlupa pada Yang Maha Mencintai Kita. Dia selalu menjaga kita, Selalunya Dia lebih memahami kita, akan tetapi kita lupa pada-Nya. Tiap kali kita cuba menjaga diri orang lain, Dia menjaga kita, tiap kali kita mengingati-Nya, Dia tidak akan cuba untuk melarikan diri daripada hambanya.
Umumnya, dalam diri kita, sahabat sendiri tidak mampu menjaga diri kita. Kita kadang kala mahukan sahabat yang terbaik dalam diri kita, ataupun kekasih yang terbaik dalam diri kita akan tetapi kita terlupa sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan kita, Yang Maha Mencintai kita adalah sahabat terbaik kita.
Ringkasnya, kata-kata saya sekadar untuk mengajak diri saya dan sahabat-sahabat semua mencintai Yang Maha Mencintai. Kemana kita selepas ini jika tidak kembali menjadi tanah. Ditimbus dengan tanah lalu hancurlah tulang belulang kita? Lalu, kepada siapa lagi kita wajar meminta pertolongan? Bukan sahabat kita, bukan ibu bapa kita, bukan adik beradik kita, bukan saudara mara kita, namun jawapan yang bukan mustahil adalah DIA Allah yang Maha Kuasa.
Letakkan pengharapan kita pada-Nya. Kembalikan hati kita mencintai-Nya. Belajar lah mengenal Diri-Nya. Mengabdikan diri kepada-Nya dengan sebenar-benar pengabdian. Wallahualam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan