Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Ahad, 3 April 2011

Kuliah Duha: "Adam dan Hawa,kau dan aku berbeza"

Alhamdulillah, pagi tadi sempat mengikuti kuliah duha bertajuk 'Adam dan Hawa' kau dan aku berbeza di dewan idris al marbawi. Sedikit perkongsian yang saya dapat daripada ahli panel dan moderator tadi iaitu abang shahrin, mantan ydp jpp ipg kpi sesi 2008/2009 dan juga wakil muslimat dari UKM, saudari Afifah (kalau tak silap la), dan juga moderatornya saudara fakrul Razi.


Sebelum memulakan sesi forum, abang shahrin memaparkan video yang dibawanya bertajuk tudung masa kini oleh ustaz azhar idrus yang juga merupakan orang negerinya sendiri. Selama ditayangkan video tersebut, banyak info yang boleh dikongsi menyatakan bahawa remaja masa kini hanya memakai tudung kerana 'trend' terkini tetapi bukan kerana Allah, ada yang memakai tudung semata-mata kerana pakwe, ada juga kerana mahu cantik dan sebagainya, pengajarannya: betulkan niat apabila berpakaian, niatkan kerana menutup aurat.


Akhi shahrin juga ada menceritakan tentang pengalaman beliau apabila mengajar di sekolah bandar di damansara, beliau bercerita tentang murid-muridnya yang tidak menutup aurat dan ada yang menutup aurat sebagai trend. Ada yang tidak menutup aurat kerana ibu bapanya tidak memberi kebenaran, ada yang menutup aurat tetapi apabila masuk ke kelas agama sahaja dan pelbagai ragam lagi. Jadi, apabila kita menjadi guru kelak, bersediakah kita dengan ragam murid-murid ini? bersediakah kita mendidik mereka menjadi manusia yang sebenar-benar manusia?


Selepas itu, akhi shahril ada bercerita tentang ikhtilat atau dengan kata mudahnya pergaulan atau muamalat. Abang Shahril ada bercerita tentang pengalaman beliau sewaktu di sekolah dahulu. Beliau apabila bercakap dengan perempuan, beliau akan bercakap di sebalik dinding, takut tidak menjaga pandangan dan sebagainya. Beliau juga ada bercerita tentang pergaulan study group yang sering dilakukan oleh mana-mana yang bergelar pelajar, abang shahril berhujah cuba test letak mana-mana lelaki yang alim dalam group itu, tentu 5 minit sahaja yang mereka akan bincang tentang pelajaran, tetapi selepas itu perkara yang tidak berfaedah yang akan dilakukan.


Akhi shahrin turut menasihatkan agar muslimat menjaga suara, tidak bergurau berlebih-lebihan. Beliau juga turut bercerita tentang rakan-rakan sekelasnya sewaktu foundation dulu, mereka pada mulanya malu-malu, jaga adab tetapi apabila sudah lama rapat, si perempuan tidak lagi berasa malu dengan lelaki..

Bergurau antara lelaki dan perempuan?
bercakap perkara yang tidak berfaedah?
menganggap lelaki dan perempuan adik beradik?
suara yang berlebihan?




kesemua perkara di atas telah dihuraikan akhi shahrin,
elakkan diri daripada mendekati zina....

Akhir kata, jagalah aurat, yang wanita wajib berstoking walau ke mana anda pergi, aurat itu bukan ditetapkan manusia, tetapi Allah yang maha kuasa, setiap perkara yang baik, ada balasannya begitu juga yang buruk..
sekadar perkongsian sahaja.....

4 ulasan:

  1. sama2 lah kita mengambil iktibar dari apa yg disampaikan ini...amin.......

    BalasPadam
  2. saudara izwan...sila gunting dan tampal di laman sesawang biro dakwah? tahniah dan harapan dapat membina bahasa jiwa bangsa.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam