Alhamdulillah, saya masih lagi dibenarkan bernafas untuk menghirup udara segar nikmat Allah ini untuk meneruskan saki baki kehidupan di dunia ini.
Hari ini saya ingin mengajak anda mengenali ketua kelas kita secara lebih detail, tujuannya untuk kita sama-sama menggembleng tenaga bekerjasama dengan ketua kelas kita, Sazly.
Untuk pengetahuan semua, sazly adalah sahabat saya sewaktu berada di sekolah menengah dahulu. Beliau juga sekelas dengan saya sewaktu berada di tingkatan 4 dan 5. Jumlah kami pelajar lelaki cuma 6 orang di dalam kelas tersebut.
Cumanya jali adalah pelajar asrama manakala saya pelajar luar. Di asrama, jali menjadi penolong ketua asrama dan hebat dalam bidang bersukan dan Nasyid. Jali memang aktif, apabila tiba hari sukan di sekolah, dia akan memasuki antara 3 hingga 4 acara dan majoriti acara tersebut dia mendapat no.1. Takraw, bola tampar, bola kesemuanya no.1.
Hebat bukan? apatah lagi dalam bidang nasyid, siapa lagi yang mengharumkan nama sekolah itu diperingkat selangor jika bukan kerana kehebatan jali sebagai pemukul gendang.
Jangan dinilai orang melalui wajahnya, tetapi nilailah orang melalui hatinya. Jali walaupun kelihatan serius orangnya tetapi hati budinya tidak begitu, bagi yang mengenalinya bertahun-tahun lamanya, akan mengenali jali yang sebenarnya.
Di sekolah juga, jali merupakan ketua rumah sukan rumah merah dan berjaya membawa rumah sukan tersebut mucul johan sekaligus mempertahankan kejuaraan untuk 5 tahun berturut-turut.
jali juga hebat bersilat, nak belajar bersilat, belajar dengan jali.
Jadi untuk akhirnya,Sebagai warga kelas PPISMP 2.01, taatilah pemimpin anda, jali untuk memudahkan urusan beliau..

ermmmmmmmm....
BalasPadamyela 2 ...sg bird
BalasPadammoga-moga fauzi dan jali dapat bekerjasama dgn baik..
BalasPadamabe ohh abe!!!!
BalasPadamabe...sg bird tu apa maksudnya???
BalasPadamjali tok guru silat?????
BalasPadamno komen!!!!!
BalasPadam