Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Selasa, 5 April 2011

ARENA FUTSAL: KAMI BERJAYA KE FINAL!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan rahmat kasih sayangnya kita dapat bersama-sama menghirup udara yang segar. Hari ini hari yang benar-benar meletihkan bagi saya, tetapi satu pengalaman menyeronokkan apabila berjaya bersama-sama teman seperjuangan yang lain bermain futsal bersama-sama dalam pertandingan futsal batch di gelanggang futsal Blok B.

Hari ini kami bertanding di peringkat separuh akhir menentang pasukan jiran kami iaitu PPISMP 2.02, Alhamdulillah, setelah berhumpas-pulas untuh merobohkan benteng lawan yang ternyata kebal, akhirnya kami berjaya dengan izin Allah mengalahkan pasukan jiran kami itu dengan keputusan 2-1.

Lawan mendapat jaringan awal menerusi penyerang sensasinya Hasif, namun begitu skuad 'teman seperjuangan' berjaya membalas jaringan tersebut dengan jaringan penyamaan daripada penyerang PPISMP 2.01 iaitu Saiful Hanif untuk menggembirakan seketika penyokong pasukan PPISM 2.01 yang hadir untuk memberikan sokongan padu dan penyokong tersebut hanyalah saudara erul Fazli. Walaupun beliau dalam keadaan kesakitan, beliau masih lagi larat untuk turun menyokong rakan-rakannya yang lain.

Allah membalas segala pengorbanan sahabat-sahabat saya ini. Walaupun timbul sedikit perselisihan faham sebelum pertandingan, namun hati kami berjaya dijalinkan dengan ikatan keimanan, saling berlapang dada antara satu sama lain. Hasilnya, pasukan kita berjaya memperoleh gol kemenangan hasil umpanan cantik pemain cilik, hasan dan disempurnakan penyerang PPISMP 2.01, Rizduan untuk mengesahkan kemenangan dan seterusnya layak ke peringkat akhir.

Untuk itu, sebagai warga PPISMP, marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan untuk pasukan futsal PPISMP 2.01 yang akan bertanding di peringkat akhir menetang sama ada pasukan PPISMP 2.3 atau PPISMP 2.04. Kedua-dua pasukan ini akan berentap pada besok hari untuk mengesahkan tempat ke peringkat akhir.

Kepada sahabat sekalian, terima kasih tidak terhingga kerana mendoakan kejayaan buat pasukan muslimin PPISMP 2.01...

2 ulasan: