Alhamdulillah, selesai sudah kita semua berekreasi di pantai port dickson. Banyak perkara menarik yang kita semua dah sertai . Berkayak, naik banan bot, bbq, main pantai, main pasir, water confident dan sebagainya. Satu pengalaman baru tetapi amat bermakna buat kita sebagai seorang murabbi.
Apa yang menarik di sana bukanlah pantainya, mahupun tandasnya yang menawan, tetapi kerana indahnya kebesaran Allah. Bagi yang suka mentadabbur alam, sudah pasti terlihat banyak tanda-tanda kebesaran Allah disekeliling pantai Port Dickson tersebut.
Air laut sahaja sudah membuktikan betapa kerdilnya diri kita di hadapan Allah kelak, ibarat kita berada di lapangan padang mahsyar, dalam keadaan Allah mempedulikan kita ataupun tidak, Begitu juga dengan ombak, melihat ombak yang sederhana sahaja sudah menggetarkan hati apabila berkayak di tengah-tengah laut, itu baru ombak sekecil itu, jika dibayangkan tsunami menimpa di tengah-tengah laut itu, nauzubillah, antara selamat atau tidak.
Jika diambil sedikit ilmu daripada rekreasi tersebut, sudah tentu saya pilih 'keyakinan diri'. Ya, siapa sangka, pada permulannya, ramai yang tidak percaya pada diri sendiri mahupun jaket keselamatan yang digunakan. Setelah 'membawa' diri ke laut, akhirnya keyakinan diri akhirnya berjaya 'diproses' sedikit demi sedikit dan akhirnya kami berjaya 'bermain-main' di laut tersebut walaupun dalam keadaan kaki tidak mencecah pasir laut tersebut.
Tambah menarik, saya masih teringat dengan kata-kata seorang pak cik yang menguruskan kami untuk berkayak. Beliau berjaya mengajak kita berfikir tentang kebesaran Allah..
"Jangan takut pada laut tapi takut pada yang satu"
Ya, benar kata-kata pak cik itu..
alhamdulillah, Port dickson berjaya kami jejaki. Lepas ini ke mana pula?

belajar mentadabbur alam..
BalasPadamTerbaikla..anak soleh....anak soleh...
BalasPadam