Katakanlah:

Katakanlah:"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan ilmu (hujah yang nyata), Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". Yusuf [12]:108

Ahad, 1 Mei 2011

Bicara roh,hati dan minda..

Kesedihan menganggu pemikiranku saat ini…aku resah dengan kehidupanku. Kadangkala terasa hati ini terlalu jauh daripada redho allah, hinggakan hati tidak tenang. Air mata sering ingin mengalir ke pipi tetapi disekat dek suasana persahabatan yg sering menyedarkan aku tentang kehidupan. Mungkin jga perasaan ini hadir kerana posisiku yang jauh daripada keluarga. Sudah berapa hari ak tidak menatap wajah ibu ayah. Sangat sukar memendam perasaan rindu tp apa dayaku ini adalah hidup,yg harus aku terokai, yg harus aku tempuhi..ya allah pnjgkan umur ibu bapa ku, izinkan lh ak membalas jasa mereka, izinkan lh mereka merasai gaji pertamaku sebagai pendidik nanti.
        Adakah aku akan berjaya ya rabbih,?..adakah aku akan berjaya menghabiskan pembelajaranku d kpi ini?. Jika ak adalah calon yg dipilih oleh Mu tuhan untuk membawa keluargaku, masyarakatku dan bangsaku ke jalan kebenaran maka aku pasra..tatapi satu pintaku perhatilah jalanku, redohi lh perbuatanku..jika engkau membenci dan tidak ingin melihatku ya rabbih, cukup lh dengan engkau mendengar doaku saban waktu.
        Perubahan!sebenarnya ku ingin perubahan, walupun aku tidak perna melakonkannya dalam perwatakan seharianku. Akan tetapi jauh di lubuk ati ini perubahan itu telah wujud sejak aku menjejekkan kaki ke institusi ini. Cuma, mungkin aku tidak sedar, Cuma mungkin rohku  mengabaikannya. Atiku?pasti akan berubah suatu hari nanti..aku sendiri tidak tahu bila, aku sendiri tidak tahu bagaimana, aku sendiri tidak tahu kerana apa, aku sendiri tidak tahu berapa lama, yang aku tahu pasti!pasti!pasti akn berubah.
        Minda? kalau lh ati berbicara tidak ada sambutan dari mu, maka tidak mungkin terjadi hijrah. Minda, tolong lah jasad, tolong lh roh untuk berubah kearah kebenaran Masa depan. Minda Bantu aku untk berfikir, bahawa aku bakal ustaza/ustaz, minda tolong lah berfikir untukku..jasad bergeraklah apabila minda sudah berfikir. Kerana aku amat memerlu kamu...

By: sejuta lautan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan